Selepas hujan berhenti, Ice terus berlari ke luar rumah sampai dia terlanggar Solar pun dia tidak berhenti. Apa yang dia tahu, dia kena cari Halilintar untuk beritahu pasal tadi. Cari punya cari akhirnya, dia menjumpai Halilintar di kedai Tok Aba yang sedang mengelap meja bersendirian.
"Hali!" jerit Ice.
"Opocot Ice jatuh longkang ice krim dia blaze makan!!" jerit Halilintar secara tiba-tiba kerana terkejut.
Ice hanya buat muka krik krik je mendengar latahan Halilintar tersebut.
"Hah! Apahal jerit-jerit nama aku? Buat terkejut orang je" kata Halilintar menjeling Ice.
"Ada sesuatu aku nak bagitau kau ni!" kata Ice.
"Haih... Aku ada kerja sekarang nanti-nanti jelah cakap" kata Halilintar.
Halilintar mula berjalan pergi dari Ice.
"Ini tentang budak perempuan tu! Aku dah dapat tau tentang budak perempuan tu!" jerit Ice.
Halilintar terus berhenti melangkah. Dia agak terkejut dengan kata-kata Ice. Dia terus pusing ke belakang memandang kearah Ice. Wajah Ice yang serius menunjukkan dia tak main-main dengan kata-kata dia.
"Baiklah. Jom, kita pergi tempat lain. Kat sini tak sesuai untuk cakap pasal perkara tu" kata Halilintar terus berjalan kembali.
Ice pun hanya menganggukkan kepala lalu mengikuti Halilintar.
💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟
Sue hanya berada di dalam biliknya sahaja. Dia sedang menguruskan pakaiannya untuk ke sekolah esok. Di atas katilnya, sudah bersepah dengan pakaiannya. Maklumlah dia bukannya minat dengan baju-baju ni semua tapi dah masuk sekolah baru dengan amaran Leo, jadi terpaksalah dia sekejap.
"Ihh!! Susahnya! Ni lagi susah dari berlawan!" jerit Sue penuh geram.
Tiba-tiba mata Sue menangkap sehelai pakaian berwarna ungu muda. Dia pandang lama kat baju tu lalu tersenyum. Dia terus mencapai baju sekolah serta baju atau lebih tepat vest ungu muda tadi lalu berlari masuk ke bilik air untuk mencubanya.
Selepas selesai, dia keluar dan memandang dirinya di hadapan cermin besar.
"Hmm... Ada sesuatu yang masih tak kena dengan diri aku tapi apa?" soal Sue sendirian.
Tiba-tiba, Sue terus tersentak. Mata dan Rambutnya!
"Aku kena sorokkanya juga! Sebab Gempa dah ternampak aku kat bandar. Tak mungkin aku pergi sekolah dengan rambut putih dan mata merah ni!" kata Sue.
Dia mula duduk di meja soleknya lalu mula mencari Lens Contectnya dan pewarna rambut yang sesuai. Selepas jumpa, dia kembali ke bilik air untuk mewarnakan rambutnya.
'Haih... Harap-harap esok dia tak perasan aku lagi' bisik Sue dalam hati.
💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟
"Hah. Sekarang cerita kat aku apa yang kau tau pasal budak perempuan dan macam mana kau dapat tau?" soal Halilintar serius.
Ice hanya meneguk ludah melihat bertapa seriusnya Halilintar. Sekarang ni, mereka berdua berada di sebuah rumah pokok khas yang dibina oleh tujuh elements di dalam hutan. Masa itu, hanya Ice dan Halilintar sahaja berada di situ.
"Sebenarnya, aku rasa kita semua mengalami hilang ingatan" kata Ice.
"Hah? Hilang ingatan? Maksud kau?" tanya Halilintar agak pelik.
"Masa tu, aku tengah tidur dan mimpikan budak perempuan tu. Aku dapat rasakan semua tu pernah berlaku. Wajah budak perempuan tu, aku tau aku pernah tengok tapi aku tak ingat. Jadi kemungkinan besar, kita hilang ingatan waktu dia tak ada" terang Ice.
Halilintar hanya diam. Betul juga kata-kata Ice. Mungkin mereka hilang ingatan tentang budak perempuan tu.
"Aku mimpi waktu kita semua masih Boboiboy biasa. Masa tu, kita cuma budak kecil berusia empat tahun dan budak perempuan tu pula seusia dengan kita. Aku nampak Boboiboy kecil dan budak perempuan bermain bersama-sama dengan gembira sekali. Tiba-tiba, ada penjahat datang. Mulanya, budak perempuan tu kena tangkap tapi Boboiboy kecil selamatkan dia. Kemudian, penjahat tu mengacukan pistol kat Boboiboy kecil lalu tembak tapi budak perempuan tadi lindungi Boboiboy kecil, jadi dialah yang kena tembakan tu" terang Ice panjang.
"Lepas tu, apa yang terjadi?" soal Halilintar.
"Budak perempuan tu jatuh. Boboiboy kecil mula menangis. Budak perempuan tu tak sedarkan diri. Boboiboy kecil terus menjerit namanya untuk bangun kembali" kata Ice serius.
"Nama?" tanya Halilintar.
"Ya, nama budak perempuan tu ialah Sue. Dan aku dengar Boboiboy kecil ada panggil dia... Adik" jawab Ice memandang tepat kearah Halilintar.
"Apa? Adik?" kata Halilintar tergamam.
"Ya, itulah yang aku terkejut. Adakah betul? Kalau betul, kenapa dia tak pernah jumpa kita lagi?" soal Ice.
"Aku rasa aku tau jawapannya" balas Halilintar.
"Apa?" tanya Ice agak terkejut.
"Aku ada terdengar Gempa cakap pasal seseorang. Lepas dia balik dari beli barang, aku rasa ada yang tak kena. Jadi, aku curi-curi dengar lah dari luar bilik dia. Aku dengar dia menangis sambil cakap macam " kenapa? Kenapa dia pergi dulu? Betul ka itu dia?" lebih kurang macam tu lah aku dengar. Aku rasa dia terjumpa seseorang dekat bandar" terang Halilintar.
"Kalau kita tanya Gempa pasal tu, rasanya dia bagitau tak?" tanya Ice.
"Dah tentulah, tak mungkin! Waktu dia sakit pun, dia tak bagitau pun kat kita! Kita dapat tau pun bila dia bercakap dengan peti ais!" bantah Halilintar.
"Ye tak ye jugakan. Kalau macam tu, nampaknya kita sendirilah kena menyiasat pasal perkara ni" kata Ice.
Halilintar hanya diam lalu memandang ke luar.
'Adik? Kenapa kami panggil dia adik? Siapa sebenarnya Sue ni? Kenapa Gempa nampak pelik sejak balik dari beli barang ye?' bisik Halilintar dalam hati.
~Bersambung
Hohoho!!puteri nia berada di sini!😂macam mana chapter kali ni, okay ke tak? Kalau suka vote..kalau nak cakap apa-apa komen k. Bye!!
![](https://img.wattpad.com/cover/131689733-288-k135480.jpg)
YOU ARE READING
Maafkan ku, Boboiboy2: The last hope of element ( Complete)
Fanfiction[Sambungan dari cerita Maafkan ku,Boboiboy] 2 tahun berlalu selepas kematian ibubapa 7 elementel brothers.7 elementel brothers hidup dengan aman dan damai di Pulau Rintis sehingga ada 1 makhluk asing dari Planet Atata tiga datang ke bumi.Kini cabara...