Chapter 5

842 73 9
                                    

"Malasnya nak pergi sekolah hari ni!" kata Blaze.

"Jangan nak mengada, kita tetap kena pergi sekolah juga" kata Solar.

"Betul tu apa yang Solar cakap abang Blaze" kata Thorn mengiyakan kata-kata adiknya itu.

"Tetapi tetap saja aku rasa malas!!" jerit Blaze.

"Jangan menjerit lah dekat tepi jalan!" marah Halilintar.

Gempa hanya menggelengkan kepala sahaja melihatnya. Moodnya pada hari tu agak buruk. Mungkin sebab semalam, mood cerianya terus menghilang.

Selepas sahaja 7 elementel brothers tersebut sampai ke sekolah, mereka terus menuju ke kelas. Kelihatan Fang, Gopal, Yaya dan Ying serta beberapa orang lagi murid sudah berada di dalam kelas.

"Selamat pagi semua!" kata 7 elementel tersebut.

"Selamat pagi!" jawab kawan-kawan mereka balik.

7 elementel brothers terus duduk di tempat masing-masing.

"Korang ada dengar berita yang ada budak baru nanti masuk kelas kita?" tanya Fang.

"Eh? Bila? Berapa? Perempuan ke lelaki?" tanya Taufan.

"Hari ni. Dua orang dan sorang perempuan dan sorang lelaki" jawab Ying.

"Kau tau tak siapa budak baru tu, Yaya?" tanya Gempa.

"Tak. Cikgu tak bagitau apa-apa pasal budak baru tu kat aku" kata Yaya.

"Semua! Cikgu datang! Cikgu datang!" jerit salah seorang murid.

Semua murid terus masuk ke dalam kelas. Mereka terus duduk di tempat masing-masing.

"Bangun! Selamat pagi Cikgu Kebenaran!" jerit Yaya.

"Selamat pagi Cikgu Kebenaran!" kata semua murid.

"Selamat pagi murid-murid! Duduk!" kata Cikgu Papazola.

Semua murid terus duduk kembali.

"Baiklah, sebelum kita teruskan dengan pelajaran kita hari ni! Kita ada dua orang murid baru!" jerit Cikgu Papazola.

"Uwah!! Murid baru!! Mana muridnya cikgu?" tanya semua murid.

"Baiklah, kamu berdua di luar masuk ke dalam kelas sekarang!" kata Cikgu Papazola.

Kelihatan dua pelajar mula melangkah masuk ke dalam kelas. Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.

"Hai semua, nama saya ialah Sueihiko Kashima dari Jepun! Tapi korang boleh panggil saya Sue. Salam kenal ya!" kata pelajar perempuan tersebut.

Dia mempunyai rambut berwarna ungu gelap dan mempunyai sedikit warna putih di hujung rambutnya. Matanya berwarna ungu kemerahan. Dia memakai baju sekolah dan seluar biru sekolah serta memakai vest ungu muda tanpa lengan dan mempunyai ikatan reben kecil merah jambu di kolar baju sekolahnya.

Gempa terus memandang Sue.

'Apa? Sueihiko Kashima? Tak mungkin. Aku yakin itu memang dia! Aku cam mata tu walaupun dia pakai Lens Contect sekalipun!Aku akan dapatkan jawapan untuk semua ni!" bisik Gempa dalam hati.

"Hello semua, nama saya ialah Leon Katsukyu. Saya juga dari Jepun. Salam kenal" kata pelajar lelaki yang berdiri di sebelah Sue.

Leo memiliki rambut berwarna biru gelap dan bermata warna biru cerah. Dia juga pakai baju sekolah dan seluar sekolah serta memakai vest tanpa lengan berwarna biru dan mempunyai line berwarna merah dan kuning di situ.

"Baiklah! Kamu berdua boleh duduk sekarang! Sue, kamu duduk di sebelah Gempa sementara Leo, kamu duduk dengan Solar dan Thorn!" arah Cikgu Papazola.

Maafkan ku, Boboiboy2: The last hope of element ( Complete)Where stories live. Discover now