Chapter 6

636 59 2
                                    

Selepas berjumpa dengan Sue, Gempa terus balik ke rumah. Bila dia masuk, suasana sunyi menandakan semua orang pergi ke kedai Tok Aba.

Gempa terus berjalan masuk ke bilik dia dan tutup pintu lalu kunci. Secara tiba-tiba, ada sebuah tapak tangan menekup mulut Gempa. Gempa yang terkejut terus meronta-ronta. Orang tersebut hanya memandang Gempa.

"Tak sangka aku, rupanya kau masih berada di sini. Paling tak sangka, kau rupanya yang bersama Sue ketika itu" bisik orang tersebut di tepi telinga Gempa.

Gempa terus tergamam mendengar kata-kata orang tu. Tiba-tiba, dia rasa kepalanya agak pening lalu dia terus tumbang ke lantai. Dalam keadaan separuh sedar, dia memandang kearah orang tadi. Dia terus berdecih geram melihat orang tersebut. Sebelum pengsan, dia sempat menyebut nama orang tu.

'Ryan...'

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

"Gempa"

"Gempa"

"Gempa"

Gempa terus perlahan-lahan membuka matanya apabila mendengar ada suara memanggilnya dari tadi. Dia semua adik-beradiknya ada dekat tepi katil dia.

"Gempa, kau okay tak?" tanya Solar.

"Aku okay ja. Apa yang terjadi?" soal Gempa.

"Aku yang jumpa kau terbaring atas lantai. Masa tu aku ingat nak panggil kau pergi kedai atok tapi dah kau pengsan, aku panggil semua balik rumah" terang Ice.

"Ouhh... Macam tu" kata Gempa.

"Sudahlah, dah malam ni. Esok sekolah, masuk bilik masing-masing lekas!" arah Hali.

Terus semua pecut lari masuk bilik masing-masing takut kena amukan Hali nanti.Tak pasal-pasal tidur kat luar rumah nanti. Selepas semua keluar, Hali pun keluar dari bilik Gempa dan tutup balik pintu.

Gempa hanya diam sahaja. Secara tiba-tiba, air matanya mengalir.

'Kalaulah kami tak terpisah dulu, pasti semua ni tak terjadi' bisik Gempa dalam hati.

Dia terus tertidur dalam tangisan. Tangisan yang penuh kesedihan, keseksaan, dan kerinduan yang amat terhadap seseorang yang sudah lama terpisah dengan mereka.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

"Selamat pagi, Leo! Sue!" kata Taufan,Blaze dan Thorn serentak.

"Selamat pagi!" balas mereka berdua.

Gempa terus duduk ditempatnya dengan muka muram. Sue yang perasaan wajah muram Gempa terus bertanya.

"Kau okay tak?" tanya Sue perlahan.

"Okay je, Cuma memikirkan macam manalah kita nak kalahkan mereka" jawab Gempa memandang Sue.

"Jangan risau, Aku yakin kita boleh lakukannya seperti dulu" balas Sue lalu tersenyum.

Gempa juga turut tersenyum. Ice dari jauh, nampak semua tu terjadi. Dia mula syak sesuatu.

'Sue... Nama yang... Sama' kata Ice di dalam hatinya.

Dia nekad. Dia akan cari tau juga pasal Gempa dengan Sue. Dia tengok Sue macam dia pernah jumpa dia. Ya! Dia harus cari tahu juga!

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Selepas habis waktu persekolahan, Ice terus cepat-cepat lari keluar sekolah. Dia nak sampai cepat sebelum Gempa dan yang lain sampai ke rumah. Lepas sampai sahaja ke rumah tanpa meletakkan begnya, dia terus berlari pergi ke bilik Gempa.

Dia terus buka pintu dan tutup balik. Dia memandang sekeliling mula mencari kalau-kalau ada klu tentang rahsia Gempa. Tiba-tiba, dia jumpa sebuah gambar atas meja belajar Gempa. Ada gambar Boboiboy masa kecil dan gambar seorang budak perempuan yang sama dalam mimpi Ice.

Ice terus pusingkan gambar tu lalu terkejut.

"Sue azizi?!" jerit dia perlahan.

"Asalamualaikum! Kami dah balik!" kedengaran jeritan Geng Prankster di bawah.

Ice secepat kilat keluar dari bilik Gempa dengan gambar tadi lalu masuk ke dalam biliknya. Dia menyimpan gambar itu dahulu lalu masuk ke dalam bilik air lalu mandi.

"Mana Ice ya?" soal Blaze.

"Mandi kot kat atas" jawab Solar berjalan naik ke atas.

"Tunggulah Thorn!" jerit Thorn mengejar Solar yang sudah sampai di atas.

Selesai mandi,makan dan siapkan kerja sekolah, mereka semua terus pergi ke kedai Tok Aba.

"Hali" panggil Ice perlahan tidak ingin adik-beradiknya yang lain dengar.

"Hm? Kenapa Ice?" tanya Halilintar.

Ice tidak menjawab sebaliknya menyerahkan sebuah gambar yang dia ambik dari bilik Gempa tadi. Halilintar mengangkat kening pelik tetapi diambil juga gambar tersebut. Dia terus terkejut lalu memusingkan gambar itu.

"Ice..." kata-kata Hali seolah-olah terkejut akibat terkejut sangat.

"Aku jumpa dalam bilik Gempa. Nama budak perempuan tu Sue. Sue Azizi" kata Ice serius.

"Maknanya, memang Gempa ada rahsiakan sesuatu dari kita. Dia juga tahu pasal Sue" kata Hali turut serius.

"Ada perkara yang disorokkan. Kita kena dapat tahu pasal rahsia tu" balas Ice.

~Bersambung

Sorry guys! Lama tak muncul! Nia agak sibuk sampai hampir tiga bulan tak update langsung cerita ni!!! Gomen!!😭 apapun sorry juga sebab chapter ni pendek. Nanti Nia akan panjangkan sedikit untuk chapter seterusnya okay? bye!!!💕😂

Maafkan ku, Boboiboy2: The last hope of element ( Complete)Where stories live. Discover now