Chapter 3

885 70 3
                                    

"Huwah! Penatnya, larikan diri dari dia" kata Sue.

Sekarang, dia berada di dalam biliknya. Selepas terserempak dengan Gempa, Sue terus guna kuasa teleport untuk teleport ke rumahnya.

Kringgg!! Kringgg!!

Sue terus mencapai telefon barunya yang terletak di atas meja. Skrin menunjukkan nama Leo yang sedang menelefonnya. Dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello" kata Sue.

"Hello Sue" balas Leo.

"Hm. Apa kau nak ni? Tetiba je call aku ni?" soal Sue.

"Aku nak tanya pasal esok. Jadi ke esok?" tanya Leo.

"Jadilah. Aku dah pergi sana tadi untuk daftar nama aku dan kau. Esok kita kena pergi sana" jawab Sue.

"Okaylah. Kalau macam tu, esok kita pergi sekali. Aku datang rumah kau esok pagi" kata Leo.

"Okaylah kalau macam tu. Aku off dulu, bye" kata Sue.

"Bye" balas Leo.

Sue terus menamatkan panggilan tersebut. Dia berjalan kearah beranda yang terdapat di biliknya. Dia memandang kearah luar. Cuaca ketika agak mendung seperti ingin hujan. Sue hanya termenung seketika lalu memandang sekilas kearah sebuah gambar yang di letak elok di dalam bingkai gambar.

Kelihatan gambar dia dan seorang kanak-kanak lelaki berambut coklat dan mempunyai beberapa helaian rambut berwarna putih sedang tersenyum riang ketika itu. Sue hanya tersenyum sedih mengingati kenangan itu.

"Kalaulah aku boleh lari dari masa silam aku sendiri. Aku nak lari sejauh yang boleh asalkan tiada siapa akan cedera lagi disebabkan aku" bisik Sue perlahan memandang kearah hujan yang baru sahaja muncul.

💟💟💟💟💟💟💟💟

Sementara itu, Gempa masih di dalam biliknya. Dia masih memandang kearah gambar tersebut.

'Betul ke itu ialah dia?' bisik Gempa di dalam hati.

Gempa terus meletakkan gambar tersebut lalu berjalan kearah tingkap biliknya. Dia hanya kearah hujan yang sedang turun dengan lebatnya.

"Adakah itu dia? Tapi kenapa? Kenapa dia lari? Kenapa dia pergi dahulu? Kenapa dia pergi tinggalkan kami?" kata Gempa bersendirian.

Secara tiba-tiba, air mata Gempa mengalir. Mata Gempa ketika kelihatan sangat jelas yang dia betul-betul sedih. Gempa terus tersandar ke dinding lalu terduduk di atas lantai.

"Kalau betul itu dia, aku berharap sangat...kami boleh bergabung balik seperti dulu. Aku amat sayangkan dia" bisik Gempa penuh harapan dan kesedihan.

Tanpa disedari, ada orang terdengar kata-kata Gempa dari mula sehingga akhir. Orang itu ialah Halilintar. Dia agak terkejut dengan apa yang dia dengar. Malah dia bertambah terkejut kerana dengar Gempa menangis. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Sejak Gempa balik dari beli barang lagi, dia dah syak ada sesuatu yang terjadi.

Tapi, apa yang terjadi? Apa yang Gempa rahsiakan dari mereka semua? Kenapa Gempa cakap macam tu? Dan siapa orang yang Gempa katakan itu? Semua persoalan tersebut, bermain di dalam fikiran Halilintar. Dia hanya diam lalu pergi dari situ. Dia tau kalau dia bertanya kepada adik keduanya itu, dia tidak akan menjawab.

Terpaksalah dia cari jawapannya sendiri.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

"Helo!! Ada orang tak?!" jerit Ice.

Kelihatan suasana sunyi dan gelap sahaja di situ.

"Helo!!" jerit Ice lagi.

Dia terus berjalan di sekitar kawasan tersebut. Tiba-tiba, ada sebuah cahaya terang menarik perhatiannya. Ice pun terus lari kearah cahaya tersebut. Suasana yang sunyi dan gelap tadi terus berubah kepada suasana di taman permainan.

Ice boleh nampak ramai kanak-kanak bermain disana sini. Ice terus berjalan disitu sambil memandang kawasan sekeliling.

"Boboiboy!" jerit seseorang.

Ice terus pusing kearah suara tersebut. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berambut putih dan bermata merah delima yang menjerit nama Boboiboy tadi. Kelihatan Boboiboy ketika berusia empat tahun, berlari kearah kanak-kanak tadi. Ice terus memandang mereka berdua.

"Boboiboy! Dah ambik bola ke belum?" tanya budak perempuan tersebut.

"Dah! Jom sambung main, Sue!" jerit Boboiboy kecil.

Ice tersentak.

'Sue? Macam pernah dengar je nama tu tapi kat mana?' bisik Ice dalam hati.

Tiba-tiba suasana yang tenang tadi menjadi riuh. Semua orang bertempiaran melarikan diri. Kelihatan dua orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di merata tempat.

"Argh! Tolong!" jerit seseorang.

Ice terus memandang ke arah suara tersebut datang. Kelihatan Boboiboy kecil dan Sue kecil sedang dikepung oleh dua orang lelaki tersebut. Salah seorang lelaki tersebut merentap tangan Sue lalu mula menariknya untuk masuk ke dalam sebuah van putih.

"Sue!!" jerit Boboiboy kecil.

Boboiboy kecil terus menendang kaki lelaki tersebut. Sue terus terlepas dari lelaki tersebut.

"Berani kau budak!" jerit seorang lagi lelaki.

Dia mengacukan pistolnya ke arah Boboiboy kecil. Boboiboy kecil terkejut dan takut pada masa yang sama.

"Matilah kau budak!"

"Boboiboy!"

Kelihatan lelaki tadi terus melepaskan tembakan ke arah Boboiboy tetapi Sue terus datang dan peluk Boboiboy dari depan. Secara tidak langsung, tembakan tadi terkena pada Sue. Kanak-kanak tersebut termuntahkan darah lalu rebah di situ.

"Sue!" jerit Boboiboy kecil.

Boboiboy kecil terus memangku kanak-kanak perempuan tersebut di pehanya. Manakala dua lelaki tadi telah melarikan diri dan sedang dikejar oleh polis yang baru sahaja tiba di situ.

"Sue! To...tolonglah ber...bertahan" kata Boboiboy kecil sambil menangis.

"Bo...boi...boy" kata Sue perlahan.

Matanya mula tertutup dan akhirnya tertutup sepenuhnya. Kelihatan Boboiboy kecil seperti agak terkejut.

"Tak...Sue...ba...bangunlah" kata Boboiboy kecil.

Tetapi kanak-kanak perempuan tersebut tidak bergerak walau seinci pun.

"Tolong...jan...jangan tinggalkan aku...Sue...ba..bangunlah..." kata Boboiboy kecil semakin tertunduk.

Ice yang masih memerhati mula tergamam.

'Situasi ni...aku...ia...pernah berlaku' bisik Ice perlahan.

Secara tiba-tiba, Ice merasakan kepala dia sakit sangat. Sakitnya amatlah luar biasa. Dia terus memandang kearah Boboiboy kecil dan Sue kecil.

'S...sue...'

"To...tolong...Sue...tolong...lah...Tolonglah jangan tinggalkan aku, adik!!!" jerit Boboiboy kecil kuat.

Ice terus bangun dan terduduk di atas katilnya. Rupanya, tadi Ice tertidur.

'Mimpi tadi tu. Itu bukan mimpi lagi. Itu memori aku! Aku kena cari tau pasal Sue! Aku kena tau siapa Sue tu!' bisik dalam hatinya.

Ice terus bangun dari katilnya lalu mengambil topi kesayanganya itu. Dia terus lari keluar dari biliknya. Secara dia tidak sedar, di bawah katilnya kelihatan sebuah bola kecil yang sama macam di dalam mimpinya dan bola tersebut juga berlumuran dengan darah.

~Bersambung

Muahahaha!! Maaflah Nia terpaksa hentikan sampai setakat tu je. Sebab bateri phone Nia dah nak habis. Nanti Nia akan sambung balik di chapter akan datang k? Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen. Bye semua!!😆😆

Maafkan ku, Boboiboy2: The last hope of element ( Complete)Where stories live. Discover now