Daripada CEO kepada Barista.

103 6 0
                                    


Haura

Aku duduk di dalam kereta, Mikael sedang memandu dengan tekun. Aku suka melihat ketika dia memandu. Tambah apabila dia meletakkan tangannya pada kerusiku ketika hendak mengundurkan kereta. Dia nampak sangat segak.

Hari ini dia memakai kemeja hitam dan seluar jeans hitam. Warna hitam sentiasa menyerlahkan mata coklatnya. Rambutnya disikat rapi namun beberapa helai terjuntai di mukanya.

Aku sudah kenal dengan Mikael sejak aku berumur 19 tahun. Ketika itu, dia tidak sehebat dan seberjaya ini. Dia singgah ke gerai kecil kami, aku dan Mikael bermain mata ketika itu.

Mata awak bersinar. Itu ayat pertama Mikael katakan kepadaku pada hari itu. Mikael merupakan lelaki yang amat yakin, itu antara kualiti dirinya yang membuat aku gila-gilakannya dan aku pasti, dia pun gila akan aku.

Setiba di depan rumah, Mikael memandangku,

Aku melemparkan senyuman kepadanya, memastikan lesung pipitku membuat dia terpaku.

Mikael tersengih,

“ Senyuman awak paling manis pernah saya lihat. ” Mikael memujiku lantas membuat aku tersimpuh malu.

“ Bye, Haura balik dulu. ” kemudian aku membuka pintu dan melangkah keluar daripada keretanya.

Dia menurukan cermin keretanya yang legap,

“ Mimpikan saya malam ini. ” katanya sambil mengenyit mata kemudian dia menekan pedal minyak dan beredar dengan penuh gaya.

Aku rasa bagai ingin cair seperti aiskrim diletakkan dalam oven.

Aku tersengih seorang diri sambil memeluk beg kertas Gucci dan Dior.

Mina yang sedang berdiri di depan pintu turut menggelejat,

Aw, mimpikan saya malam ini. Mina mengusik dengan suara yang kedengaran romantis.

Aku pula sudah kemerahan pipi dan tersengih-sengih.

“ Huh, orang bercinta. Aku menyampah. ” kata Safiya sambil lalu ditepiku membawa segelas cawan teh.

Kedengaran kasar tetapi dia hanya bergurau, aku langsung tidak ambil hati.

“ Lain kali cari lah boyfriend. Baru tak menyampah. ” balasku sambil tertawa.

“ Bukan uncle sebelah rumah ni bujang lagi? Boleh la Safiya kenal-kenal. ” kata Sheila, tak padan dengan pendiam.

Sheila sedang duduk di sofa, membuat dokumen untuk urusan pembukaan syarikatnya di SSM.

Sempat lagi dia meninggalkan kerjanya hanya untuk membahan Safiya.

“ Eh, bukan kamu ke yang minat uncle tu? Sebab itu Sheila selalu siram bunga depan rumah pakai baju lawa-lawa. ” kata Safiya, tidak mahu kalah dalam bahan-membahan.

Aku kemudian pergi ke bilik untuk membersihkan badan yang mengelengas setelah seharian berjanji temu dengan Mikael.

Aku memakai baju tidurku dan membawa beg kertas dior ke ruang tamu,

Kau, Anti-depresanku.Where stories live. Discover now