Cinta yang Tertunda.

67 5 2
                                    

Sheila

Semenjak dua menjak ini, aku lihat Farzan gelisah. Dia berkelakuan pelik.

Dia merupakan pekerja yang cemerlang, jarang sekali dia buat kesilapan.

Namun hari ini sahaja, dia sudah dua kali tersilap pesanan.

Orang kata buat amerikano, dia buat air latte.

Meja kerjanya berselerak, tak seperti selalu yang sentiasa bersih dan licin.

Dia juga cepat mengelamun.

" Awak kenapa, Farzan? "

Farzan terkejut apabila aku terjahnya dengan soalan itu ketika dia mengelamun.

Farzan menggelengkan kepalanya tanpa sebarang senyuman di bibir.

" Kalau awak nak cuti, awak bagitahu saja. Saya boleh minta orang lain ganti. " ulasku.

Farzan hanya berdiam diri. Lalu, aku beredar daripada situ, aku faham dia perlukan ruang. Mungkin dia sedang alami hari yang sukar.

Keesokan harinya pula, aku sempat singgah di Kafe Qahua walaupun aku ada perjumpaan di pejabat. Aku ingin tahu samada Farzan masih berkelakuan pelik atau tidak.

Namun, aku tidak nampak Farzan di Kafe Qahua. Bahkan bayangnya juga tidak kelihatan.

" Mana Farzan? " aku bertanya kepada Nusayba yang sedang sibuk menulis dalam buku laporan kerja.

" Farzan tak datang kerja, Sheila. Saya dah cuba hubungi dia tapi dia tak angkat. "

Entah kenapa, jantungku berdegup laju. Aku risau jika Farzan tiba-tiba menghilang atau sesuatu berlaku kepadanya.

Aku sudah lihat sendiri Darius dimamah kemurungan, aku tak mahu perkara yang sama berlaku kepada Farzan.

Maka, aku menunggu hari kerjaku untuk berakhir. Ianya bagaikan penantian yang tak berpenghujung, malah aku cuba menghubungi Farzan beberapa kali.

Panggilan tidak dijawab.

Tepat sahaja pukul 4 petang, aku pergi ke rumah Farzan.

Sedang aku memandu di sepanjang perumahan Farzan, aku terasa agak seram.

Rumah-rumah disitu cantik namun semuanya mempunyai reka bentuk yang sama. Hanya sedikit sahaja penghuni di setiap lorong perumahan.

Ketika aku berada di hadapan rumah Farzan, rumahnya sunyi malah kereta usangnya juga tiada.

Tak lama kemudian, aku ditegur oleh seorang wanita pertengahan umur.

" amoi! Lu awek dia meh? " tanya wanita itu, dia kelihatan seperti penghuni di berdekatan lorong itu.

" Ha? Awek siapa? " kataku kebingungan.

" Haiya, tuan rumah ini loh. Orangnya baik, dia pernah belanja saya kopi. You awek dia meh? Awek Farzan ? "

Oh, dia berbicara tentang Farzan rupanya.

Aku hanya menggelengkan kepalanya.

" Kalau you mau jumpa dia, dia di hospital loh. "

" Hospital? Hospital mana? "

" Hospital Prince Court. "

Keningku terus berkerut, hospital itu merupakan hospital swasta. Hospital mewah.

Kau, Anti-depresanku.Where stories live. Discover now