Mata bundar merenung siling berwarna putih tanpa berkelip. Fikiran melayang ke alam di mana kelihatan pelbagai jenis flora mengharumkan suasana.
Tubuh kecil menari tarian hindustan sambil membawa seledang ke udara yang berangin lembut.
Dia menari dan terus menari sehingga wajah basah akibat terkena percikan air terjun yang menjadi latar belakang pemandangan indah.
Air terjun?
"Wahai kawanku yang bernama Laureen. Silalah pulang ke dunia kembali sebelum tubuh engkau aku siram dengan air di dalam baldi." Jane memegang baldi sambil menyeru semangat roh kawan baiknya itu pulang ke bumi semula.
Imelda yang duduk di atas katil bujang Jane ketawa melihat kedua kawannya itu. Semestinya paling kelakar adalah Laureen yang terbaring di atas katil seperti mayat hidup sejak semalam merenung siling.
Laureen terkebil-kebil melihat tanduk syaitan yang tumbuh di atas kepala Jane. Jane mengukirkan senyuman jahat sambil memegang baldi yang terisi air.
"I'm back!" Secara drastik Laureen bangun dari pembaringan kerana takut kawan baiknya itu akan menyiram tubuh dia di pagi hari.
"Kenapa sejak semalam kau asyik merenung siling? Selepas itu, senyum seorang-seorang. Menakutkan." Jane meletakkan baldi di atas lantai dan duduk di sebelah Imelda.
"Nash." Laureen memakai kaca mata besar miliknya yang di ambil di atas meja sisi katil, lalu dia tersipu malu.
Jane dan Imelda membuat riak wajah jengkel.
"Nash sentuh kau?" Soal Imelda apabila melihat Laureen tidak berhenti tersengih.
Laureen mengangguk.
"Apa?!!!" Jerit Jane dan Imelda serentak.
"Kedua tangan dia yang sasa berurat kekar menyentuh pinggangku. Kedua tanganku memeluk lehernya. Kami menari dan menari tanpa gangguan sesiapa." Laureen memejam mata sambil membuat gaya seperti sedang menari waltz.
Imelda mengambil bantal dan membaling ke arah Laureen yang sedang berangan. Manakala, Jane mengambil baldi untuk menyimbah air ke arah Laureen.
"Jangan simbah! Aku dah sedar!" Bulat mata bundar milik Laureen apabila melihat Jane memegang baldi.
"Kau ini main-main." Jane melabuhkan punggung kembali. Geram melihat perangai sewel kawan baiknya itu.
"Main-main pun tak boleh." Laureen memuncung bibir.
"Okay back to our main topic. Kenapa dengan kau?" Imelda melihat curiga wajah Laureen.
Mati-mati Imelda ingatkan Nash menyentuh Laureen tetapi rupanya hanya di dalam mimpi. Tidak senonoh sungguh mimpi kawan baiknya.
"Semalam Nash berbual dengan aku." Laureen meletakkan kedua tangan di bawah dagu sambil mata love struck seolah jejaka itu telah mengungkapkan kata cinta terhadapnya.
"So?" Jane mengambil dan membelek majalah Hyper Bazaar. Malas ingin melayan kegilaan Laureen.
"So? Apa so so? Tahu tak semalam adalah hari pertama kami bersua muka dan berbual!" Laureen merampas majalah yang berada di pegangan Jane. Dia mahu Jane mendengar ceritanya. Jane merengus geram.
"Korang berbual apa?" Soal Imelda teruja kerana apa yang dia tahu Nash seorang yang sukar untuk di ajak berbual. Apatah lagi jika berbual tentang perkara bodoh yang membuang masa.
"Masa depan." Laureen memintal hujung rambut yang kusut masai bersama senyuman gatal.
"Kau percaya cakap si sewel ini?" Jane memutar bebola mata apabila melihat Imelda seperti mempercayai kata-kata Laureen.
YOU ARE READING
N A S H
Romance[E-BOOK] Nash Anda pernah merindui diri sendiri? Diri anda sebelum hidup mengubah segala-galanya? Segalanya berubah sejak kehilangan wanita kesayangan Hilangnya wanita itu, aku turut hilang di dalam lautan ganas Aku keluar dari dunia yang penuh ber...