NASH 20

17.5K 1.5K 263
                                    

Jasad tanpa roh terduduk kaku di atas buaian jenis sarang yang terdapat di luar balkoni bilik tidur.

Bebola mata yang merah akibat menangis tanpa henti melihat langit alam yang gelap gelita tanpa bulan dan bintang menyinari waktu malam.

Laureen berair mata kembali sambil memeluk inhaler kegemaran pemberian jejaka pujaan hati yang masih disimpan olehnya.

Seminggu sudah berlalu keadaan dia begitu sejak jejaka pujaan hati memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan mereka agar tidak menyakiti hati mama.

Tetapi bagaimana dengan hatinya yang sakit?

Laureen cuba menghubungi jejaka pujaan hati untuk memujuk agar berjuang demi hubungan mereka yang baru bersemi.

Malang nasib apabila jejaka itu tidak memberikan sebarang respon dan mengalah dengan begitu cepat.

Laureen mula terfikir benar atau tidak jejaka pujaan hati menyukai dirinya lebih dari seorang kawan.

Laureen menggeleng kerana dia tahu Nash menyukai dia lebih dari sekadar kawan, jika tidak jejaka itu tidak mungkin akan melayan dirinya dengan penuh romantis semasa mereka dating buat pertama kali.

Bibir mengukir senyuman comel apabila memori mereka berdua terlayar di mata kembali.

Mereka berkejaran ditepi pantai dan berpelukan melihat matahari terbenam

"Ahem."

Laureen memekakkan telinga apabila mendengar deheman dibingkai pintu kaca balkoni.

"Eh hidup lagi rupanya." Sindir manusia yang sekarang berada di depan Laureen itu.

Laureen menjeling.

"Hish sempitlah!" Laureen menolak tubuh yang sedaya upaya ingin mencelah duduk disebelahnya.

"Sempit sebab hang makin gemuk!" Kutuk Gibran bersama ketawa jahat.

"Abang yang gemuk!" Laureen mencubit lengan Gibran.

"Booo tak sakit." Gibran semakin ketawa apabila lengan langsung tidak terasa pedih akibat dicubit.

"Siapa suruh balik? Buat semak je." Laureen melemparkan pandangan tidak berpuas hati.

"Abang dengar ada orang itu tak makan seminggu tapi masih lagi hidup sebab itu abang balik untuk mendapatkan kepastian." Gibran mengusap dagu sambil melihat Laureen.

Laureen membisu.

Laureen memang tidak makan selama seminggu. Dia tidak mahu makan masakan Yasmeen kerana memboikot mama dia itu.

Tetapi tanpa pengetahuan mereka, dia memesan makanan dari luar untuk mengisi perutnya yang kosong.

Biar keluarganya tetipu dengan lakonan dia yang tidak makan selama seminggu dan tidak keluar dari bilik.

Hati kecewa tetapi perut kena jaga juga

"Ureen tak nak makan. Biar mati cepat." Laureen bersuara.

"Syoknya abang dapat semua harta papa." Gibran tersenyum jahat.

"Tak boleh! Abang tak kerja dengan papa. Jangan harap abang dapat satu sen dari harta papa." Laureen memeluk tubuh.

N A S HWhere stories live. Discover now