NASH 5

18.9K 1.4K 217
                                    

Suara bising memeriahkan bilik mandi pelajar lelaki. Air pancur yang mencurah seperti hujan lebat tidak dapat menangani suara-suara garau yang sedang bergelak ketawa.

"Kau dah fikir?" Soal Rafael kepada Nash yang sedang bercukur kumis di depan cermin besar.

"Cari orang lain."

"Aku nak kau." Rafael meludah ubat gigi ke dalam sinki.

"Aku tak berminat."

"Aku tak terima TIDAK sebagai jawapan." Rafael sinis melihat wajah tampan Nash di sebalik refleksi cermin.

"Jadi apa guna suruh aku fikir?" Nash menaikkan sebelah kening kepada Rafael yang kadang perangai seperti diktator.

"Beritahu aku apa yang patut aku buat supaya kau terima?" Rafael menyapu shaving cream jenama Clinique for Men ke wajah.

"Jangan ganggu aku." Balas Nash tanpa rasa bersalah.

"Mungkin aku patut minta si nerdy pujuk kau. Mana tahu kau cair." Tanduk syaitan Rafael mula tumbuh di atas kepala.

"Rabbit punch?" Nash mempamerkan reaksi wajah kegemaran iaitu poker face.

"Woah menakutkan." Rafael menyungging sinis.

Rabbit punch adalah salah satu teknik tinju di mana para peninju tidak dibenarkan mempratikkan teknik itu kerana boleh mengakibatkan kematian kepada si lawan.

"Kau tahu aku sibuk dengan belajar dan kerja. Aku tak ada masa untuk join kau." Nash mengelap wajah yang basah, lalu menyembur after shaving cologne jenama Paco Rabanne.

"Tapi kau satu-satunya harapan aku." Rafael masih tidak berputus asa memujuk Nash untuk menjadi rakannya di dalam pertandingan tinju yang bakal diadakan. Ini kerana pertandingan kali itu memerlukan dua orang peninju untuk berentap.

Rafael tidak mahu memilih pelajar-pelajar yang berada di dalam kelab tinju kerana dia pasti mereka akan menyebabkan kekalahan. Mereka masih memerlukan latihan yang banyak.

Hanya Nash sahaja yang boleh menolong dia kerana jejaka itu sememangnya mahir di dalam bidang martial arts.

Bagaimana dia boleh tahu jejaka itu mahir berlawan adalah tiga tahun yang lepas mata menangkap pelajar baru yang dibuli oleh beberapa pelajar lelaki yang bodoh.

Pada mulanya, pelajar baru itu memekakkan telinga dan tidak melayan tetapi apabila salah seorang dari pelajar lelaki bodoh mencekak kolar kemeja pelajar baru tersebut.

Tanpa sebarang kata, pelajar baru itu mencekik leher pelajar lelaki bodoh sehingga sesak nafas dan menendang kuat sehingga terpelanting ke arah loker.

Mereka yang menyaksi kejadian di depan mata itu hanya mampu tergamam sambil ternganga besar kerana tendangan begitu kuat sekali diberikan oleh pelajar baru terhadap si pembuli.

"Jika kau masih ingin melihat matahari, lebih baik kau menjauhkan diri dari aku."

Rafael berdiri dihujung koridor sambil tersenyum sinis melihat pelajar baru yang bernama Nash itu memberikan amaran kepada pelajar lelaki bodoh.

"Eliaz?" Nash memberikan cadangan kepada Rafael yang nampak begitu terdesak.

"Eliaz tak boleh menunjukkan skill dia kepada umum."

"You know Stanislav family. Skill mereka digunakan untuk perkara tertentu sahaja." Beritahu Rafael apabila melihat riak wajah hairan yang dipamerkan oleh Nash.

Nash mengangguk memahami kerana keluarga Stanislav bukan dari calang-calang orang. Cari hal dengan Eliaz. Sekejap sahaja puak dia akan sampai.

"Back to our main topic."

N A S HWhere stories live. Discover now