Pagi yang indah terlihat awan berarak cantik di cakrawala langit biru yang membentang di belahan bumi bahagian selatan.
Tubuh berlari pantas selaju haiwan liar yang bernama cheetah turut berlari seiring dengan diri.
Larian dihentikan apabila diri mula terasa penat, lalu tubuh dibawa bersandar di bawah pohon camel thorn.
Nash berombak dada akibat larian marathon tanpa henti seketika tadi.
Kemudian, fikiran mula melayang memikirkan gadis berkaca mata besar.
Laureen telah pergi meninggalkan dirinya
Nash tidak tahu respon apa yang patut dia tunjukkan kerana pada ketika itu perasaannya bercampur baur.
Nash mahu bersama Laureen tetapi pada masa yang dia tidak mahu bersama gadis itu kerana Yasmeen tidak merestui hubungan mereka.
Sejak gadis itu pergi semalam selepas dihalau olehnya, diri terasa kosong kembali. Pada masa yang sama dia rasa menyesal.
"Damn! I love her!" Nash menyisir rambut ke belakang.
Nash melepaskan keluhan dan mendongak wajah melihat matahari semakin menunjukkan rupa.
Nash berlari menuju ke arah luxury camp semula apabila terasa cahaya matahari seakan menikam kulit putih yang sudah berubah menjadi warna tan akibat perkerjaan lasaknya.
He's drop-dead gorgeous
Apabila melintasi ruang lobi, mata menangkap susuk tubuh jejaka Brazil iaitu pemilik luxury camp yang sedang berbual di dalam talian.
Nash merenung lama jejaka itu seolah dengan panahan mata tersebut dapat menghancurkan jejaka itu menjadi debu.
Darius mematikan talian apabila selesai berbual dengan seseorang yang dianggap penting di dalam hidup.
"Kenapa ushar aku macam nak telan?" Darius mendekati doktor tampan yang menjadi perbualan hangat di dalam kalangan pekerjanya, terutama pekerja wanita.
"Buat apa telan kalau aku boleh tikam kau." Nash bernada serius.
"Apa yang aku dah buat?" Darius binggung.
"Dah berapa kali aku bagi amaran pada kau jangan benarkan pelancong menunggang gajah." Nash memeluk tubuh merenung tajam wajah Darius.
Sudah acap kali Nash memberikan amaran kepada Darius agar berhentikan aktiviti safari bersama gajah demi melindungi haiwan itu dari terpupus.
Gajah mempunyai tulang punggung yang lembut dan terdiri dari tonjolan tulang-tulang tajam yang hanya dilapisi jaringan tipis.
Menunggang gajah dapat mencederakan punggung gajah dan menyebabkan kematian bagi gajah kerana tulang punggung mereka memang tidak kuat untuk menahan tubuh manusia, walaupun gajah adalah haiwan bersaiz besar.
"Aku dah maklum pada pekerja safari untuk hentikan aktiviti bersama gajah." Darius bengang seketika kerana dia ingat tiada lagi aktiviti pelancong bersama gajah kerana terdapat beberapa gajah yang mati akibat aktiviti tersebut.
"Aku tak rasa mereka dengar cakap kau." Balas Nash yang berwajah poker.
"Kau jangan risau aku akan bercakap dengan mereka." Darius tahu Nash bengang kerana jejaka itu yang akan merawati haiwan yang sakit.
YOU ARE READING
N A S H
Romance[E-BOOK] Nash Anda pernah merindui diri sendiri? Diri anda sebelum hidup mengubah segala-galanya? Segalanya berubah sejak kehilangan wanita kesayangan Hilangnya wanita itu, aku turut hilang di dalam lautan ganas Aku keluar dari dunia yang penuh ber...