Si gadis berkaca mata besar berdiri di dalam kandang tertuduh bersama riak wajah tidak berpuas hati melihat musuh yang disembur lada di bahagian mata turut berdiri di dalam kandang bertentangan dirinya.
Mata-mata saksi yang melihat pergaduhan mereka hanya mendiamkan diri apabila situasi di dalam dewan mahkamah pelajar itu kelihatan tegang.
Disebabkan pergaduhan mereka menjadi perbualan hangat dan berita sensasi sekolah tinggi kolej St. Michaels, ketua tenaga pelajar terpaksa mengambil tindakkan di atas kelakuan ganas kedua pelajarnya itu.
Melihat di dalam rakaman CCTV menunjukkan si gadis comel berkaca mata besar yang memulakan pergaduhan sehingga kedua mereka menyerang di antara satu sama lain.
Tidak terkecuali anak aristokrat Romania dan anak pemilik hotel mewah dari New York yang turut menyerang pemangsa iaitu Delilah.
"Pemangsa, sila mulakan perbicaraan kamu." Pinta Mrs. Callaghan kepada gadis yang disembur lada sehingga mata tidak dapat dibuka selama beberapa hari.
"Saya tak tahu apa kesalahan saya. Tetiba dia datang melemparkan makanan dan minuman ke arah saya. Disebabkan marah, saya menyerangnya kembali." Beritahu Delilah berwajah naif kepada ketua tenaga pelajar.
"Kemudian, dia menyemburkan air lada ke arah mata saya kerana berasa tidak puas hati sehingga menyebabkan saya masuk hospital selama seminggu." Sambungnya lagi.
Delilah menyembunyikan senyuman jahat di sebalik riak wajah polosnya.
Mereka yang berada di tempat kejadian dan tahu perkara sebenar yang terjadi hanya mampu menggeleng melihat lakonan mantap dari Delilah.
"Tertuduh, sila mempertahankan diri kamu." Ujar Mrs. Callaghan yang berada di meja penghakiman sambil mata memanah wajah tidak puas hati milik gadis berkaca mata besar.
"Saya tak akan serang seseorang tanpa sebab munasabah." Laureen menggenggam erat penghadang kandang apabila mendengar Delilah berkata tidak tahu apa kesalahannya.
"Saya serang dia kerana telah membuat kawan baik saya yang bernama Jane menangis."
Gina yang sedang duduk memeluk tubuh melepaskan tertawa kecil apabila mendengar punca utama Laureen menyerang Delilah.
Hanya manusia bodoh sahaja yang akan mempertahankan kawan mereka apabila dilanda masalah kerana baginya di akhir cerita, diri sendiri yang akan ditimpa masalah semula seperti situasi sekarang.
Di mana Laureen menyerang Delilah kerana Jane tetapi gadis berkaca mata besar itu yang dikenakan tindakan tatatertib disebabkan ingin mempertahankan kawan baik sendiri.
Mr. Thomas iaitu guru disiplin memanggil Jane untuk menerangkan punca utama dia menangis.
"Saya menangis sebab perempuan sundal itu--"
"Maaf maksud saya Delilah, dia telah merakam gambar bogel saya semasa membersihkan tubuh di dalam bilik mandi." Beritahu Jane tanpa segan silu.
"Tipu! Mrs. Callaghan jangan percaya cakap dia. Mereka berpakat ingin mengenakan saya." Delilah berwajah simpati melihat ketua tenaga pelajar dan guru disiplin.
"Lagipun mereka tiada bukti." Delilah berasa selamat kerana Eliaz telah menghancurkan iphone miliknya. Jadi sebarang bukti tentang gambar bogel Jane tidak dapat dikesan.
"Pihak sekolah tidak dapat menerima alasan tersebut tanpa sebarang bukti." Kata Mrs. Callaghan kepada Jane.
"Saya ada bukti." Eliaz bangun dari duduk sambil memegang iphone miliknya.
Jane merengus geram melihat Eliaz yang tidak membuang gambar bogelnya seperti yang diarahkan.
Dasar lelaki gatal!
YOU ARE READING
N A S H
Romance[E-BOOK] Nash Anda pernah merindui diri sendiri? Diri anda sebelum hidup mengubah segala-galanya? Segalanya berubah sejak kehilangan wanita kesayangan Hilangnya wanita itu, aku turut hilang di dalam lautan ganas Aku keluar dari dunia yang penuh ber...