NASH 12

20.3K 1.4K 249
                                    

Nashreen

Nashreen

Nashreen

Si gadis berkaca mata besar memandang dinding berwarna putih sambil wajah mempamerkan senyuman lebar.

Terngiang-ngiang luahan jejaka pujaan hati sejak pulang dari taman tasik.

Si gadis berkaca mata besar tidak sangka bahawa jejaka tampan yang diminati turut meminati dirinya.

Penyakit asma hampir menyerang tubuh

Wajah semakin mengukir senyuman lebar apabila jejaka itu mengabungkan nama mereka berdua.

Dia mengetuk dahi kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir untuk mengabungkan nama mereka berdua yang kedengaran begitu manis.

Tidak sangka bahawa Nash seorang jejaka beku yang sentiasa beriak wajah poker itu rupanya ada kilang gula-gula kapas di dalam hati.

Cotton candy!

Laureen menggigit bawah bibir sambil terbayang wajah tampan Nash yang tersenyum bak bidadara kepadanya.

Jika diikutkan perangai gatalnya sudah lama bibir nipis berona merah itu dia mencumbui kerana terasa terlalu teruja.

Sekarang, hanya inhaler pemberian jejaka pujaan hati yang menjadi mangsa kerakusan bibirnya.

Muahhhh!

"Sudah-sudahlah itu." Imelda membelek majalah Hyper Bazaar sambil menggeleng wajah apabila kawan baik sejak tadi tersenyum melihat dinding seperti orang hilang akal.

"Mana boleh sudah!" Laureen memuncung bibir melihat Imelda sambil memeluk inhaler kesayangan.

Imelda memutar bebola mata.

"Nash sukakan aku juga." Laureen tersenyum lebar kembali.

"Nashreen." Ujar Laureen teruja.

"Kau dan Isaac tak ada nama gabungan macam kami, kan?" Laureen berwajah berlagak melihat Imelda yang menjeling kearahnya.

"Kalau Nash tahu sebenarnya kau obses dengan dia pasti tak akan sukakan kau." Usik Imelda yang berasa geram kerana benar kata Laureen bahawa dia dan Isaac tiada nama gabungan.

Jika nama mereka berdua bergabung mesti akan kedengaran bunyi pelik.

Melsaac sound like mozek

"Hey!" Laureen bangun dari duduk, lalu melompat ke atas katil Jane yang menjadi mangsa Imelda sejak tadi.

"Kalau kau beritahu pada Nash, aku akan pastikan riwayat kau akan tamat." Laureen berwajah ahli sihir kerajaan Kumomo.

"Sewel!" Imelda menunjal dahi bersih milik Laureen.

"Kes kau dan Delilah macam mana?" Soal Imelda apabila teringat Delilah yang sedang menerima rawatan di hospital kerana mata tidak dapat dibuka.

"Abang dia cakap nak saman aku." Beritahu Laureen.

Imelda mempamerkan riak wajah terkejut.

Laureen teringat kembali bahawa abang Delilah datang ke sekolah untuk berjumpa dengannya memandangkan ibu bapa gadis itu sudah meninggal dunia.

Abang Delilah telah memberikan amaran bahawa dia akan menyaman Laureen jika sesuatu yang terjadi terhadap adiknya.

Laureen berwajah selamba menceritakan kepada abang Delilah kenapa dia menyerang adik kesayangannya itu sehingga abang Delilah hilang kata kerana berasa malu dengan perangai adiknya.

N A S HWhere stories live. Discover now