NASH 21

18.9K 1.6K 401
                                    

Secara perlahan, kaki melangkah mengekori susuk tubuh sasa yang sedang berjalan bersama rakan menuju ke suatu tempat yang dia tidak pasti.

Gadis berkaca mata besar melilit selendang menutup rambut agar si mangsa tidak menyedari kehadirannya.

Pagi itu, Laureen sanggup bangun awal semata-mata ingin mengekori jejaka pujaan hati bagi menjayakan misi yang telah di rancang.

Laureen membuntuti langkah Nash sambil berselindung di sebalik selendang. Telinga berjaya menangkap perbualan jejaka itu bersama rakannya.

"Sungguh membosankan pepagi dah bercakap hal kerja." Laureen bernada berbisik mengutuk dua jejaka itu.

Laureen menyembunyikan diri di sebalik dinding apabila melihat mereka berdua berhenti melangkah apabila bertembung dengan rakan yang lain.

Laureen ingin meneruskan langkah apabila melihat Nash berlalu pergi bersama rakannya tetapi jerkahan di sebelah telinga membuatkan niatnya terbantut.

"Siapa kau dan apa kau buat di sini?!"

Laureen mengurut dada dan sempat menarik hujung selendang untuk dijadikan niqab.

"Erkk erkk--" Laureen tergagap apabila gadis berambut perang memarahi dirinya.

"Aku perasan kau asyik ekori dua jejaka itu sejak tadi. Siapa kau?" Gadis berambut perang mencekak pinggang melihat tajam manusia yang memakai selendang dihadapannya itu.

"Kenapa Yvonne?" Soal Hilman apabila dia turut terkejut mendengar suara nyaring Yvonne yang mematikan langkah mereka.

"Ada pengintip." Balas Yvonne.

"Kau dari syarikat Planet Wild, kan?"

"Mereka hantar kau untuk mengintip apa yang kami sedang kaji, kan?" Yvonne cuba menarik selendang gadis dihadapannya itu tetapi gadis itu menarik semula selendang yang dipakai.

Laureen bergelut dengan gadis berambut perang itu dan mata sempat melihat beberapa manusia dihadapannya yang sedang melihat pertunjukkan di waktu pagi.

Tetapi dimana Nash?!

"Aku akan hantar kau ke balai polis!" Yvonne mengeluarkan iphone dari kocek seluar untuk membuat panggilan kepada pihak polis apabila tidak berjaya merentap selendang gadis itu.

"Hish semalam balai polis, hari ini pun balai polis juga. Muka aku ini nampak macam perompak, kah?!" Laureen membuang selendang kerana berasa bengang apabila mendengar perkataan balai polis.

Hilman memejam mata apabila selendang dibaling ke wajahnya kerana dia berada di depan gadis itu.

Cis!

"Aku dah agak memang betul kau pengintip!" Yvonne memulas pergelangan tangan Laureen.

Laureen menjerit kesakitan.

"Bagaimana kau tahu dia pengintip?" Soal Rhodes yang asyik membelek gadis comel dan pendek itu.

"Kebanyakan pekerja Planet Wild adalah nerdy dan memakai kaca mata besar." Beritahu Yvonne kepada mereka.

"Sebelum aku cakap kau perempuan bodoh, lebih baik kau lepas tangan aku." Laureen terasa seperti ingin menangis apabila pergelangan tangan dipulas oleh seorang gadis gila.

"Aku tak akan lepaskan kau wahai pengintip!" Yvonne semakin kuat memulas pergelangan tangan gadis berkaca mata besar.

"Mama!!!" Laureen menjerit nyaring.

N A S HWhere stories live. Discover now