Bab 11

6.5K 176 0
                                    

Ellysa mengerling Khail disebelah.Tak habis-habis lagi dengan phone dia tu?!Siapa yang call sebenarnya?Keysha?

Dalam kereta pun masih nak menjawab fon tu.Ellysa membebel dalam hati.Namun entah kenapa jalan ni bukan ke KLIA?

Ellysa pandang keluar tingkap saat kereta mewah Khail berhenti disebuah bangunan yang tinggi lagi gah.Terpampang jelas Grand Hiyatt Hotel.

Fuhh,belum pernah lagi Ellysa ke sini.Muka dipaling kepada Khail yang masih dengan telefon bimbitnya.

"Yelah,abang lewat sikit je.Pergilah jalan-jalan dulu.Nanti abang ambik.Call nanti.Bye!"Khail mematikan talian seusai bercakap dengan adiknya itu.

Dia berpaling ke arah isterinya yang ralit merenung diri.Khail kerut dahi.Minah ni berangan ke apa?!

"Hoi,kau ni apasal?"Khail menjentik dahi Ellysa.

"Auch!Sakitlah!"Ellysa memegang dahinya.Muka cemberut ditayang.Free jelingan tajam ke arah suaminya itu.

Khail tayang sengih sebelum meledakkan ketawa.Hailah muka tu,geram aja nak cubit-cubit je!

"Khail!Dahlah tu!!"Ellysa membentak.Geram weii,ingat best ke kena jentik kat dahi pulak tu!

"Yelah-yelah."Ucap Khail dalam sisa ketawa.Ellysa membuat rolling eyes.

"Kenapa kita ada kat sini?Bukan Keysha dah tunggu kat airport ke?"Soal Ellysa.

"Aku ada meeting kejap kat sini.Jomlah turun.Keysha aku dah suruh dia jalan-jalan sementara aku ada meeting kat sini."Balas Khail sambil membetulkan kot yang tersarung ditubuh tegapnya itu.

"Oh."Itu sahaja yang dibalas oleh Ellysa.Mata tertumpu kepada seorang wanita ayu,manis diluar kereta sambil memegang dokumen.

Mata wanita tersebut masih tertumpu kepada Khail sambil tersenyum manis.Ellysa berulang kali memandang Khail dan wanita tersebut silih berganti.

Apahal?Ada something ke 2 ekor ni?Fuh,sesedap rasa je aku letak ekor kat diorang.Hahahah,sekali sekala kan?

"Kau ni kenapa?Berangan?"Suara garau Khail menyentakkan Ellysa.

"Tak ada apalah."Balas Ellysa sambil tersengih.Coverline lah orang kata.

"Jomlah keluar.Tak reti panas ke kau ni?"Khail menyindir sambil membuka pintu kereta untuk keluar.Ellysa mencebik sambil tangan tetap membuka pintu kereta.

Sebaik sahaja berdiri Khail sudah pun terpacak disisi.Wanita tersebut datang menghampiri Khail sambil tersenyum.

"Assalamualaikum Encik Khail."Ujar Ayra kepada bosnya.

"Waalaikummussalam.Ayra ni isteri saya.Aireen Ellysa."Balas Khail sambil memperkenalkan Ellysa.Ayra berpaling lantas mengelumun senyum.

"Assalamualaikum,Puan..."

"Ellysa."Balas Ellysa sambil memberi senyuman

"Puan Ellysa.Err,Encik Khail,Puan Sri Airena dengan Dato' Rahman dah tunggu dalam hotel."Ellysa tersentak.

Dato' gatal tu lagi!Menyampah lah aku!!!Ellysa menjerit dalam hati.Khail mengerling isterinya yang dah kelat muka.

Namun tiba-tiba wajahnya berubah.Puan Sri Airena?Airena?Hmm,entah!

Mestilah dia tahu betapa menyampahnya isterinya dengan sikap Dato' Rahman yang memang terkenal dengan sifat penggoda kelas pertama dan juga buaya darat!

"Hmm,oklah.Jom masuk."Arah Khail sambil kaki mula melangkah masuk ke dalam hotel tersebut.Sempat juga dia berbisik sesuatu kepada Ayra.

Ellysa memandang curiga.Ada something ke diorang ni?Entah kenapa hatinya tiba-tiba dijentik satu perasaan aneh.Dia juga kurang mengerti apa yang dirasa saat ini.

Isteri Upahan  {Complete }Where stories live. Discover now