Bab 10

6.6K 179 0
                                    

"Weyh,Lysa!Aku duk punyalah ketuk bilik kau ni,kau boleh duk termenung pandang katil ni.Asal?Tak sabar eh?"Mawar mengusik.

Ellysa menoleh kearah temannya itu.Samdol lah kawan dia ni!!!

"Apa kau merepek ni Mawar?!Hey,aku hempuk jugak kepala kau dengan bantal baru kau tahu!"Ellysa merungut.

"Idoklah,sudah tu,aku ketuk kau senyap.Aku ingat dah wassalam.Kut nak suruh aku tolong baca tahlil kat kau malam ni."Selamba Mawar mengucap kata.

"Kurang asamlah kau!"Ellysa mengetuk dahi Mawar.

"Adeh!!Sakitlah sengal!"Mawar menggosok dahinya.Wajah cemberut dah keluar dah.Kemudian matanya melilau ke segenap ruang kamar itu.

"Lysa,untung kau kan?Dapat kahwin dengan si Khail tu.Dahlah handsome,anak Tan Sri,tadi masa aku duduk ketuk bilik ni,dia tegur aku cakap masuk jelah.Hai,gentleman lah!"Mawar sudah tersengih-sengih.

Ellysa menggeleng perlahan.Namun sekejap kemudian dia kaku.Jejaka yang suka sangat bertekak dengan dia sekarang ni sudah sah jadi suaminya.

"Eh,Lysa.Aku rasa aku kena balik dulu.Aku ambil half-day dekat kerja hari ni.Aku memang nak cuti terus tapi bos aku tak bagi.Sorry tau."Mawar memberitahu.

"Alah,Mar...."Ellysa merengek.Mawar tiba-tiba senyum.

"Tak payahlah nak merengek sangat dengan aku.Tu encik suami kau ada.Nanti bolehlah kau nak merengek,gesel-gesel ke?"Mawar ketawa terbahak-bahak.

Terjegil biji mata Ellysa dibuatnya.Mukanya jadi merah tiba-tiba.Malu weyh!Kuwang hajow lah kawan dia ni!

"Terlebih asam kau kawan."Ellysa membalas.Mawar masih lagi ketawa.

"Dah jadi bini orang kawan aku ni.Kau janji tau dengan aku Lysa.Apa yang berlaku,kau hadap dengan tabah ye?Jangan nak buat onar dalam hidup suami kau tu!"

Ellysa diam.Mata berkaca tiba-tiba.Entah kenapa macam dia dah tak bebas macam dulu.Macam ada tali jerut je dekat leher.

"Alah kau ni Lysa!Dah,tak yah nak berdrama dengan aku.Aku call kau nanti ok?Tak pasal-pasal aku kena buang kerja!Kau tak pelah kerja best!"Mawar bangun.

Ellysa turut bangun.Nak feeling-feeling pun tak jadi sebab ayat Mawar tu.Haila...

"Oklah Mar."Ellysa akhirnya memeluk tubuh kawan baiknya itu dengan erat.

"Ok,bye-bye sayang,muahh!!"Mawar tergelak kemudian berlari keluar.Ellysa menjegilkan mata.Huh,geli geleman I!

Baru dia ingin keluar,telefon bimbit siapa entah berbunyi dari atas katil.Ellysa mengerling kemudian mengangkat kaki ke arah katil yang dihias indah.

Telefon bimbit jenama Apple.Dah sah-sah milik cik abang dia.Ellysa pernah tengok telefon suami dia ni masa peristiwa kat hotel.hari tu.Uihh,seram!

Tertera nama Keysha diskrin.Ellysa mengerutkan dahi.Lorh,jangan cakap mamat tu ada skandal dahlah!

Ellysa menjawab panggilan tersebut.

"Helo,assalamualaikum,abang!"Ellysa menjauhkan sedikit telefon bimbit akibat jeritan dari si pemanggil.

"Err,waalaikummussalam.Hmm,Khail tak ada.Dia dekat luar.Ni siapa ye?"Ellysa menyoal lembut.Memanglah soal lembut,kang soal.kasar dilabel kuwang hajow pulak.Ye dak?

"Ohh!Err,saya Keysha,adik Khail.Ni siapa ye?"Soal si pemanggil tersebut.

"Oh,adik.Erm,saya Aireen Ellysa,is..isteri Khail."Selepas menjawab Ellysa mengetuk dahinya.

Nak sebut isteri tu payah bebeno.

"Laaah,Kak Lysa ye?Hehe,selamat berkenalan kak!Panggil saya Sha aja ye.Hehe,tak sabar nak jumpa akak."Suara Keysha kedengaran teruja.

Isteri Upahan  {Complete }Where stories live. Discover now