Bab 9

6.3K 179 3
                                    

Tersembur air laici susu yang diminum oleh Mawar tatkala temannya memberitahu tentang berita tersebut.

"Hoi,apahal kau ni?Habis basah baju aku yang cun melecun ni!!"Ellysa menjerit sambil tangan mula mencapai tisu diatas meja.

Mawar mencerlungkan mata tanda marah.

"Aireen Ellysa,biar aku tanya kau satu soalan.Sebelum aku pergi hari tu,apa aku pesan dekat kau?"Mawar bertanya dengan suara lembut.

Lembut yang tersirat tu.Ellysa membuat rolling eyes.

"Aku pesan,jangan buat kerja gilakan?Dahtu,apa kau buat ni Lysa?!Kau nak kahwin dengan mamat mana tah!"Mawar menjawab soalan sendiri kerana melihat Ellysa yang diam.

"Kau ni pun,tak payahlah terkejut sangat..."

"Tak terkejut?Kau ingat benda kau buat ni kecik ke Lysa,bukan macam main goreng nasi,tanya abang nak makan apa?Abang nak makan awak.

Bukan macam tu wahai minah gila!"Mawar menjegilkan mata.

"Ye,ye aku tahulah!Tapi dah aku tengah terdesak..."

"Ni satu hal lagi,siapa suruh kau masukkan duit kau dalam akaun aku?Lysa,aku cakap,aku ada duit,aku adalah!"Mawar memotong lagi.

"Mar,kau dah banyak tolong aku selama ni.Lagipun duit tu bukannya banyak pun.Plus aku kan dah dapat kerja sekarang?"Ellysa cuba memujuk.

Kan dia dah kata,Mawar kalau bad mood semua benda dia sembur.Herh,seram!Mawar menarik nafas cuba menenagkan diri.

"Lysa,itu bukan kerja yang aku maksudkan untuk kau cari.Kahwin ni bukan boleh buat main-main!Kau ingat benda ni tak serius ke?!"Suara Mawar ternaik lagi.

Gila!Memang minah depan dia ni gila!Kahwin ni dia ingat main pondok-pondok agaknya!Panas betul hati Mawar dibuatnya.

Mana taknya,sudahlah hampir terjojol biji mata saat melihat jumlah wang yang terdapat dalam akaunnya.

Ni tak lain tak bukan mesti Ellysa lah yang masukkan!Lepastu,boleh pulak dengan muka selamba dia cakap...

"Mar,aku dah dapat kerja.Mamat sorang ni upah aku jadi isteri dia.Gaji dia lumayan tau Mar!"

Rasa nak hempuk-hempuk aja si Ellysa ni biar otak dia yang senget tu jadi elok balik!

"Ye-ye aku tahu.Tapi...pleaselah Mar.Aku betul-betul perlukan kerjaya sekarang ni.Pleaseeeeee!!!"Ellysa bangun lalu memegang kedua belah tangan temannya itu.

Siap cium lagi.Naik seriau Mawar dibuatnya.Hish,aku bukan serai okay!

"Ishh,yelah-yelah Lysa!Malaslah aku nak cakap dengan kau.Bak sini tangan aku balik.Basah dengan air liur kau nanti."Mawar segera menarik tangannya

"Thanks Mawar.Aku sayang gila,gila,gila,gila,gila dekat kau!"Ellysa memeluk Mawar pula.

"Tapi Lysa,kau kenal.ke mamat tu?Kerja apa?Nama apa?"Mawar menyoal serius.

"Hmm,nama dia Khail Redza bin Tan Sri Khalis Rafael...."Belum sempat Ellysa menghabiskan ayat,Mawar laju mencelah.

"Dia..Dia anak Tan Sri?!!Weyhhh,dia ada abang ke adik ke?Aku nak jugak!"Mawar terjerit.

"Samdol kau kawan!Tadi bukan main halang aku,sekarang kaulah manusia paling bersemangat!"Ellysa menyindir.

"Taklah,aku gurau aja.Hmm,apa pun Lysa kalau ada apa-apa roger aku balik.Kau kawan aku."Mawar memeluk temannya itu.

Ellysa membalas.Namun otak baru teringatkan sesuatu.

"Eh,Mar,esok aku nikah."Selamba sekali Ellysa berkata.Tidak semena-mena bahunya ditolak oleh Mawar.

Isteri Upahan  {Complete }Where stories live. Discover now