Ellysa berjalan beriringan dengan Khail.Mereka membuntuti Firas yang teruja kemain itu dari belakang.
"Buang masa aja aku ikut mamat ni!Sudahlah kerja berlambak!Kekwat punya mamat."Ellysa terdengar Khail menggumam perlahan.
Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang sudah pastinya 'precious girlfriend' si Firas ini sedang menunggu.
Dalam masa yang sama hati Khail dan Ellysa sama-sama tertanya gerangan siapakah teman wanita si Firas Iskandar itu.
"Assalamualaikum,baby!"Firas menegur ramah seorang wanita yang sedang tunduk memandang telefon bimbitnya.
Wanita tersebut mengangkat wajah.Mata Ellysa terbuntang melihat gerangan yang sangat-sangat-sangat dikenalinya!
"Mawar?!!"Gadis itu terjerit memandang temannya itu.Mawar apatah lagi.Terkejut sampai terjegil biji mata!
"Lysa!"Mawar terjerit.Firas hanya memandang aneh dan bingung.Isteri sepupunya kenal dengan precious girlfriend dia?
Khail memerhati sahaja.Senyuman halus terbit disudut bibirnya.Terus sahaja dua sahabat itu berpelukan.
Wah rasa macam dah lama tak out bersama!Huhu,cedih!
"Apa kau buat dekat sini?"Soal Mawar selepas merungkaikan pelukan.Ellysa tidak menjawab hanya mengerling Khail.
Mawar mengikut lirikan temannya itu.Mak aih!Tak nampak pula suami temannya yang kacak bergaya meletop kebaboom tu!
"Errr,excuse me.Awak kenal dia ke,Mawar?"Soal Firas masih memandang aneh.Mawar menoleh ke arah teman lelakinya itu.
"Ye.Awak ingat tak yang saya cerita pasal dia?Yang housemate merangkap bffftj saya.Nah,inilah dia!Aireen Ellysa namanya!"Mawar tersenyum.
"Wait,what?!Kau cerita pasal aku?Apa kau dah cerita hah?"Ellysa menyergah.Bawah bibir diketap.Kalau minah ni cerita benda tak elok pada Firas mahu meraung dia.
"Err,hehe.Alah,chillah!Tak ada pun benda yang memalukan.Eh,kejap!Aku lupa pulak.Serasa tak ada.Tapi tak tahulah kalau aku terlepas cakap ke."Mawar tayang sengih.
"Mawar Erina!!"
"Woooo!!Relax ah,babe.Aku...aku gurau je."Mawar mengangkat kedua belah tangannya.Pergh,Ellysa kalau mood dia tak stabil,orang lain salah semua benda dia sabitkan.
Lebih-lebih time 'bendera merah'.Huhuhu.Ellysa menarik nafas.Sabor je lorh!!
"Sekali lagi kau buat macam tu,kepala kau jadi galang ganti ye wahai teman sehati sejiwa,sehidup,se.Ma.Ti!"Ellysa membalas lembut yang tersirat.
Perkataan 'semati' itu ditekankan.Mawar tersengih lagi sambil mengangguk laju.
"So selama ni,Mawar jadi girlfriend Firaslah ni?"Soal Khail tiba-tiba.Mawar menoleh lalu senyum malu.
"Ha'ah bro.Cantikkan baby aku ni."Firas mengusik.Namun seperti yang diduga,pingganya terasa sedikit pedih dengan cubitan Mawar itu.
Hailah...
"Mar,mentang-mentang kau cakap nak yang kaya,memang dapat betullah kau ni."Ellysa berbisik menyampah.
Mawar tertawa kecil..
"Taklah.Aku tak tahu pun Firas ni anak Dato' bagai.Aku kenal dengan dia pun secara kebetulan."Mawar berkata.
"Mawar sayang...Bisik-bisik apa ni?Mengumpat ehh?"Firas menegur teman wanitanya.Ellysa yang mendengar terasa nak muntah hijau pulak.
Entah si Mawar pergi manderem si Firas agaknya!Khail tayang muka menyampah.Huh,nak menunjuk sweet depan dialah tu!
"Tak payahlah nak tayang drama free kau dekat sini.Aku nak order makanan."Khail berkata lalu duduk dimeja tersebut..

ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Upahan {Complete }
RomanceAIREEN ELLYSA, gadis yang kini sedang terdesak. Memerlukan wang untuk menyara hidup, dia hidup sebatang kara tanpa ibu bapa disisi. Tapi ada dia kesah? Huh, tanpa ibu bapa hidup dia lagi aman rasanya! Kematian ayahnya sungguh memberi impak kepada El...