"Abang where are you?!"Keysha terjerit di sebelah talian sana.Khail terpaksa menjarakkan telefon dari cuping telinga akibat kenyaringan jeritan adik 'tersayang' dia tu.
"Ish,jangan nak jerit-jerit!Abang On.The.Way!"Khail balas bengang.Dengan adik pun kalau lebih-lebih mahu bengkak pipi kena pelempang dengan abang dia tu.
"Hehe sorry-sorry.Cepatlah!"Keysha berkata tegas.
"Ya.Dah sampai dah ni.Mana Sha nya?"Khail pula menyoal.Keysha tertinjau-tinjau mencari kereta abangnya.
"Ahh,dah nampak!"Keysha mematikan talian lalu bergerak ke arah Khail yang sudah keluar dari kereta itu.
"Abang!"Serta merta tubuh tegap Khail dipeluk erat oleh si Keysha itu.Khail tersentak.Bertuah punya adik!Dia main peluk aja?!Terkejut dibuatnya!!!
"Hey!!Apa yang nak peluk-peluk ni?Macam berpisah 26 tahun pulak!"Khail menggumam sambil cuba merungkaikan pelukan.
Sayang tetap sayang dekat adik.Tapi bab-bab peluk ni dia lemah sikit.Jadi senang mengalah pulak orang kata.Eh salah,beralah!
"Abang!Takkan tak rindu kut?Tak jumpa lama dah kan?"Keysha menyoal dengan rasa menyampah.Kurang asamlah abang dia ni!
Takkan tak rindu kat dia langsung kot?!
"Hmm,biar abang fikir kejap."Khail mengusik sambil tayang muka serius.Ternganga Keysha dibuatnya?What the...Serius ah abang dia ni?!!!
"Ermm,tak kot."Khail membalas sambil tangan dimasukkan ke dalam poket.
"Oh,sampai hati abang!Patah seribu hati ku~~"Keysha dah buat dah drama dia.Khail menahan tawa.
"Dah-dahlah nak berdrama depan abang!Tak layan punya.Drama Sha ni layak masuk Akasia je!"Khail mengusik.
"Ergh!!Khail Redza!!"Suara Keysha kedengaran kegeraman.Akhirnya meletus juga ketawa Khail.Suka dia menyakat adiknya itu.
"Ok-ok.Abang gurau jelah.Mestilah rindu adik abang yang bernama Keysha Rianna ni."Khail memeluk bahu adiknya itu.
Senyuman mula terlakar di bibir Keysha.Ni baru sayang kat abang dia ni!
"Oh,by the way mana Kak Lysa?"Soal Keysha.Khail tersentak.Lupa pulak dekat minah senget tu.
"Err,dalam.kereta."Jawab Khail lalu memusinh badan ke arah kereta.Keysha turut melakukan perkara serupa.
Ellysa berdiri tidak jauh dari mereka.Dari tadi dia menjadi pemerhati adegan dihadapan mata.Ini ke sisi Khail yang sebenar?
"Eh,Kak Lysa!"Keysha tersenyum lalu melangkah ke arah kakak iparnya itu.Ellysa mengalihkan perhatian kepada Keysha yang sudah berdiri dihadapannya.
Senyuman dihadiahkan.
"Apa khabar Kak Lysa?Akak sihat tak?"Soal Keysha mesra sambil memegang tangan Ellysa.
"Khabar baik.Akak sihat je.Sha macam mana?Sihat?Ada kena kecederaan mental tak masa cakap dengan ab...Abang Khail?"Soal Ellysa separa sinis.
Apa lagi terbuntang mata Khail yang mendengar.Ewah sedapnya mulut!Tak pe,tunggu kau!
Kedengaran adiknya itu ketawa mendengar ayat si Ellysa.Khail menjuih bibir sambil membuat rolling eyes.
"Adalah sikit-sikit.Effect dia tu adalah."Keysha membalas usikan kakak iparnya sebelum kembali ketawa.
Ellysa turut ketawa namun sangat sinis dipendengaran Khail.Siap gadis itu membuat muka mengejek lagi!
Oh panas-panas hati aku,bro!Tak pe,enjoylah kau dulu.Kejap lagi tahulah nasib kau.Khail tersenyum senget.
"Abang!Hah!Kenapa senyum-senyum sorang diri ni?Tengah bayang kak Ly..Auch!"Dahi Keysha telah menjadi sasaran jari Khail.
YOU ARE READING
Isteri Upahan {Complete }
RomanceAIREEN ELLYSA, gadis yang kini sedang terdesak. Memerlukan wang untuk menyara hidup, dia hidup sebatang kara tanpa ibu bapa disisi. Tapi ada dia kesah? Huh, tanpa ibu bapa hidup dia lagi aman rasanya! Kematian ayahnya sungguh memberi impak kepada El...