Bab 18

6.4K 184 3
                                    

Khail bergerak ke tingkat atas.Mata melilau-lilau mencari isterinya.Kosong.Mana pula dia ni?Khail menggumam dalam hati.

Bunyi pancuran air dari dalam bilik mandi membuatkan Khail menoleh.Dalam toilet rupanya.

Keluhan dilepaskan.Macam mana dia hendak berterus-terang?Lagi pula Ellysa belum tahu apa-apa.

Tapi dia sudah pasti,99.9% Ellysa bakal membenci dirinya saat mengetahui tentang atas dasar apa gadis itu diambil untuk dijadikan isterinya.

Khail berbaring di atas katil.Lengan kiri diletakkan di atas dahi.Otaknya sudah cukup berserabut dengan pelbagai masalah serta tekanan.

***
Ellysa keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang masih basah.Segar nya!!Namun baru beberapa langkah keluar dari bilik air,dia terpandangkan satu susuk tubuh disitu.

Ellysa merenung Khail sebelum bertindak menghampiri.Wajah yang jelas benar keletihan dan tertekan itu dipandang sayu.

'Apa sajalah yang awak sorok dari saya Khail?'Batin gadis itu mula menyoal.Rambut bewarna hitam itu diusap penuh kelembutan.

"Tidurlah Khail.Lupakan segala masalah yang awak hadapi,walaupun untuk sementara."Bisik Ellysa gemersik sambil mencium dahi suaminya.

Cinta?Ya,dia pasti.Lelaki itu sudah memegang hatinya.Kunci kebahagiannya.Sudah pastilah,dia menyayangi jejaka itu.

Cuma....Rahsia yang tersimpan sedikit menganggu fikiran Ellysa.Biarkan sajalah,esok lusa masih dia boleh tahu.

Perlahan-lahan dia merebahkan badan disebelah suaminya.

'I love you,Khail Redza.'

***
Pagi itu,Ellysa bangun namun kelibat si suami sudah tiada.Malas mahu berfikir dia menapak ke dalam bilik air.

Selepas sahaja siap mandi dan mengenakan pakaian,pantas Ellysa turun ke dapur.Terlihat adik iparnya sedang memegang anak kunci kereta Audi.

Dah cantik-cantik ni mesti nak keluar.Gumam Ellysa perlahan.

"Sha!"Panggil Ellysa.Keysha yang baru hendak melangkan pergi memandang ke arah kakak iparnya.

"Oh,akak!Having sweet dream?"Soal Keysha berlagak selamba.Ellysa tersenyum.

"Hmm,Khail mana?"Ellysa bertanya.Keysha mengeluh perlahan.

"Abang pergi office awal hari ni.Dia cakap ada meeting.Urgent."Balas gadis itu.Ellysa menganggukkan kepala.

"Oh...By the way,Sha nak gi mana?"

"Ermm,nak pergi office abang kejap.Ada hal.Kenapa ye kak?"Keysha menyoal sekadar berbasa-basi.

"Oh,kalau akak nak tumpang boleh?Boring pulak duduk sorang dekat rumah."Ujar Ellysa sambil muka dibuat kesian.

Keysha melepaskan nafas kasar.

"Err,abang bagi akak keluar tak?"Keysha berpeluk tubuh.Rambut yang dibiarkan lepas tidak diikat disebak kebelakang.

"Alah,tak pe.Akak bukan nak pergi mana.Jumpa suami akak jugak."Balas Ellysa selamba.Keysha mengerutkan dahi.

"Aihh,mana boleh macam ni kak!Matilah,Sha kalau abang tahu."Keysha membantah tegas.

"Tak apalah kalau macam tu...Biar jelah akak sorang kat sini.Sha keluarlah."Balas Ellysa pura-pura merajuk lalu bergerak ke dapur.

Keysha mengeluh berat.Sabar jelah.

"Akak...."Panggil Keysha.Ellysa yang sedang menghampiri pintu dapur itu tersenyum.

***
"Akak,Sha ada hal kejap.Akak naiklah dulu tau."Ujar Keysha lalu menapak pergi.Nampak cemas aja gayanya.

Tanpa banyak soal,Ellysa bergerak ke arah lif lalu menekan butang 15.Di dalam lif dia tersenyum sendiri.

Isteri Upahan  {Complete }Where stories live. Discover now