Seperti kelmarin, aku menghabiskan waktu pagi aku di kantin. Makan lagi? Ya. Aku mempunyai perut ruminan. 24jam aku akan berasa lapar. Di atas meja terdapat sebungkus nasi lemak berserta dengan satu tin Nescafe' Latte. Aku tidak berseorangan kali ini, tetapi dengan teman. Aku mengerling figura di hadapan aku.
"Cik Izlyn Zulfa, kau ni bela saka ke apa?" Sindir aku kepada gadis yang berambut hitam paras bahu itu apabila di hadapannya terdapat dua bungkus nasi lemak, tiga biji karipap, roti sandwich beserta dengan dua air mineral. Walaupun aku sering makan, tetapi tidaklah seteruk gadis di hadapan aku. Nasib badannya maintain walau banyak mana pun dia melahap.
"Mulut kau tu sekali buka, kalah mulut puaka. Kau tahu?" Ujar Izlyn sambil mencebik. Karipap di tangan terus disumbat ke dalam mulut. Tanda protes. Aku hanya menjongketkan sebelah kening aku.
Sedang asyik Izlyn mengunyah makanan, tiba-tiba ada orang menepuk belakangnya. Tersedak gadis itu dibuatnya. Habis merah mukanya. Aku cepat-cepat membuka penutup air mineral lalu memberikan air mineral kepadanya. Gerangan yang menepuknya sebentar tadi dipandang oleh aku.
'Macam tak ada seat lain diorang ni'
Tiga pelajar lelaki yang memakai seragam sapphire blue mula memenuhi meja bulat yang sering digunakan oleh aku dan WB.
"Kau nak aku mati ke macam mana?" Marah Izlyn kepada lelaki di sebelahnya.
"Sorrylah. Aku tak tahu kau tengah makan" Tutur Shah sambil tersengih.
"Sorry.. Sorry.. Naik lori lah" Marah Izlyn masih bersisa. Aku memandang lelaki di sebelah aku. Kali ini dia tidak bersama dengan iPadnya pula.
"Just-"
"Ignore you. I know" Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, aku terus memotong.
"Interesting" Ujarnya sambil tersenyum senget. Aku memandang pelik ke arahnya.
"Korang ni macam langit dengan bumi tahu" Ujar Taufiq tiba-tiba. Aku memandangnya lama. Tidak mengerti apa yang hendak disampaikan olehnya.
"Diamlah kau" Tutur Zain sebelum melangkah pergi ke counter untuk membeli makanan.
"Lah.. Aku cakap benda betul" Sambung Taufiq lagi sebelum membuntuti langkah Zain. Seusai membeli makanan, mereka kembali ke meja semula.
"Pinjam kejap tin air kau" Ujar Zain. Aku seperti biasa, hanya menjongketkan sebelah kening.
"Bagi je lah" Aku memandangnya tidak puas hati. Belum sempat tin air Nescafe' aku bertukar tangan, tiba-tiba aku disergah seseorang dari belakang. Tin air aku selamat menyembah tanah. Aku merenung air yang tumpah di atas lantai sebelum mencerlung ke arah orang yang menyergah aku. Tidak sempat aku menghabiskan air itu. Kan dah berlaku pembaziran.
"You berdua share air ke? OMG. Tia, I tak percaya you macam ni" Ujar Nabila dengan lantang. Aku mengetap bawah bibir. Geram. Habis air kegemaran aku mencium lantai.
"You. You dengan Tia tak ada apa-apakan? Tak ada kan? Tapi kenapa sampai kena share air dengan dia?!" Rengek Nabila kepada Zain. Zain hanya menunjukkan muka bersahaja.
"Tia.. Kau ni tak ada lelaki lain ke hahh? Apa yang aku suka semua kau nak rampas!" Marahnya pula kepada aku. Aku mencapai botol air mineral Izlyn. Penutup dibuka. Lalu..
Splash!
"Jangan beri spefikulasi berdasarkan apa yang kau nampak" Ujar aku dengan nada mendatar sebelum berlalu pergi. Semua yang berada di situ terkesima kecuali Izlyn. Tawanya terus meletus tanpa henti.
"Itulah kau. Pagi-pagi dah spoil mood dia. Kan dah dapat habuan. Nasib air mineral..kalau air lumpur macam mana?" Ujar Izlyn sambil ketawa sebelum mengikut langkah aku.
2 Star Light
Selesai sahaja waktu PE, masing-masing mula menukar baju di washroom dan terus masuk ke dalam kelas. Aku antara orang terawal masuk ke dalam kelas. Semasa aku masuk ke dalam kelas, mata aku terus tertancap kepada tin air di atas meja aku. Tin air Nescafe' Latte itu diambil. Terdapat sticky note di atasnya.
'I'm sorry about earlier'
Aku merenung lama sticky note sebelum memandang ke kiri dan kanan.
"Tak kan Bella yang bagi.." Ujar aku perlahan. Tiba-tiba aku mendapat goosebumps. Perempuan tu memang dah gila kalau tiba-tiba meminta maaf. Aku telah bermusuh dengannya sejak sekolah rendah lagi. Kami berdua memang tidak sebulu.
Aku cepat-cepat menggelengkan kepala tidak mahu sangkaan aku menjadi-jadi. Tin air diletakkan kembali ke atas meja. Aku membiarkan sahaja tin air itu di penjuru meja. Pelajar-pelajar mula masuk ke dalam kelas. PdP berjalan seperti biasa.
03:30 pm.
Waktu yang selalu kelas aku tamat. Beberapa pelajar mula meregangkan badan. Penat mentelaah ilmu. Masing-masing mula mengangkat kaki untuk pulang ke rumah.
"Tia! Kami balik dulu" Laung Izlyn dari muka pintu.
"Jaga diri elok-elok"
"Make sure balik rumah terus nanti" Pesan WB kepada aku sebelum meninggalkan kelas. Aku terpaksa balik lambat hari ini memandangkan aku bertugas untuk membersihkan kelas.
Sedang khusyuk aku menyapu sampah, tiba-tiba aku mendengar kerusi ditarik. Muka aku terus cuak. Seingat aku semua dah balik. Lambat-lambat aku memalingkan muka sebelum aku menarik nafas lega.
'Zain rupanya..'
Aku memandangnya pelik apabila dia duduk di seat aku sambil memegang tin air yang aku tinggalkan di situ. Dia memandang ke arah aku tanpa berkelip. Aku hanya menjongketkan sebelah kening.
"Kau tak suka ke air ni?" Soalnya tiba-tiba. Aku memandangnya lama sebelum aku dapat menangkap sesuatu.
"Ahh. Kau yang bagi?" Soal aku kembali. Dia hanya menganggukkan kepala.
"Kalau kau tak sudi ambil tak apalah" Ujarnya sambil membuka tin minuman itu. Belum sempat dia menyisip air minuman itu, aku terus merampas dari tangannya.
"Tak baiklah ambil balik apa yang kau dah bagi. Buruk siku nanti" Ujar aku sambil mencebik.
"Kau ni memang tak berubahlah" Ujar Zain sambil ketawa. Aku memandangnya pelik.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soal aku ingin tahu. Tawanya terus berhenti. Air mukanya juga turut berubah. Seketika, keadaan menjadi sunyi.
"Kau dah habis kemas kelas kan? Jom balik" Ujar Zain memecahkan kesunyian. Beg sekolah aku digalas olehnya di bahu sebelum melangkah pergi. Aku memandang belakangnya lama.
'Something smell fishy here..'
Perjalanan ke pagar utama terasa agak lama. Dengan kedua-dua kami hanya mendiamkan diri sepanjang berjalan. Seusai tiba di pagar, aku dapat melihat sebuah kereta Toyota Avalon Hybrid setia menunggu aku. Aku memalingkan badan ke arah Zain. Beg sekolah aku telah bertukar tangan.
"Thanks. See ya" Ujar aku dengan kekok sebelum meloloskan diri dalam kereta yang dipandu oleh atok. Zain menghantar pemergian aku melalui ekor matanya lalu mengeluh.
'Sanggup kau padam aku dari hidup kau kan..'
tbc.
YOU ARE READING
Mission VS Love : Our Missions
ActionWarning ; [Rollercoaster Language] Semuanya bermula dari satu misi yang sama. Pertemuan antara mereka telah mengubah nasib dunia sekaligus telah menyelamatkan beberapa nyawa yang tidak berdosa. "Don't overcaring. It make us suck!" "Kalau kau tak mah...