Glasgow, UK
"We need to move now. They already here" Ujar seorang lelaki yang berpakaian formal kepada seorang perempuan yang tengah mengendong bayi. Bayi perempuan ditangannya ditatap dengan penuh kasih sayang.
"Wait, where's Glenn?" Soal wanita yang memiliki mata berwarna baby blue itu.
"He with team Xia right now. Front lines" Balas lelaki itu. Mata wanita itu terus membulat.
"N-no way.."
BAM! BAM! BAM!
Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan yang berterusan. Tiada tanda-tanda hendak berhenti. Seketika, bunyi bom yang dilepaskan dari udara telah menyembah bumi dan menghasilkan gegaran yang kuat.
"We need to move now Snowflake" Desak lelaki itu lalu menarik lengan wanita yang digelar Snowflake keluar dari pintu belakang gudang. Sebuah kereta Subaru WRX setia menunggu mereka.
"Go! Aku akan pastikan suami kau hidup" Ujar lelaki itu lalu menepuk perlahan bahu Snowflake. Dia mengangguk kepala kepada driver tanda boleh bergerak tanpa dia sekarang. Kereta itu membelah malam dengan kelajuan yang laju meninggalkan bandar tersebut tanpa dikesan oleh musuh.
Rainy Canteen
Suasana pada pagi itu agak lengang memandangkan baru pukul 06:50 a.m. Aku menghabiskan waktu pada pagi itu di kantin memandangkan jadual bertugas tidak diatur lagi.
Aku terus menyumbat roti Gardenia ke dalam mulut dan menyisip sedikit air mineral yang baru aku beli sebentar tadi. Tiba-tiba satu figura duduk di kerusi yang bertentangan dengan aku. Aku menjongketkan sebelah kening aku.
"Just ignore me" Ujarnya lalu membelek iPad di tangan. Aku memandangnya pelik.
'Banyak-banyak seat, asal lah semak dekat sini?" Aku mencerlung ke arahnya sebelum mempercepatkan suapan aku. Malas hendak berlama-lama dengan stranger. Aku bukannya Dayana Izzaty mahupun Izlyn Zulfa yang mesra alam dengan semua orang.
Setelah suapan terakhir selamat masuk ke dalam mulut, aku terus bangun sambil memegang botol mineral yang masih berbaki separuh. Semasa aku hendak melangkah pergi, tiba-tiba mata aku bertembung dengan mata pelajar lelaki yang duduk di hadapan aku. Kami saling berbalas pandangan.
Pandangannya sukar ditafsir..
"Zain! Dekat sini rupanya kau" Ujar satu suara. Aku tersentak sebelum melangkah pergi meninggalkan kantin itu.
2 Star Light
Memandangkan cikgu tidak masuk kelas kerana ada urusan lain, aku menggunakan masa itu dengan mendengar lagu menggunakan earphone sambil menyiapkan homework Math.
Aku terdengar sipi-sipi orang memanggil nama aku. Aku mencabut earphone lalu memandang ke arah geng aku. Meja kami tersusun menjadi tujuh di penjuru kelas supaya senang semasa discussion.
"Korang panggil aku ke?" Soal aku kepada WB yang ralit bersembang. Mereka memandang aku pelik.
"Kau merepek apa ni?" Tutur Izlyn.
"Bilanya kami panggil kau?" Tutur Kaisara pula.
"Aku yang panggil kau" Ujar satu suara dari belakang kami. Serentak itu kami memalingkan wajah ke arah belakang. Aku seperti biasa hanya menjongketkan sebelah kening sebagai tanda 'kenapa?'
"Kau ni memang tak banyak cakap ke?" Soal Taufiq, salah seorang dari Admiralz. Aku hanya tersenyum sinis.
"Mind your own business" Balas aku seraya memandang semula ke arah depan. Taufiq memandang aku tidak percaya.
YOU ARE READING
Mission VS Love : Our Missions
AksiWarning ; [Rollercoaster Language] Semuanya bermula dari satu misi yang sama. Pertemuan antara mereka telah mengubah nasib dunia sekaligus telah menyelamatkan beberapa nyawa yang tidak berdosa. "Don't overcaring. It make us suck!" "Kalau kau tak mah...