Playground
"Jangan lari sayang. Nanti langgar orang" Pesan seorang wanita kepada anak perempuannya yang tengah berlari-lari di sekitar taman permainan yang terletak berdekatan dengan sebuah tasik.
"Hahh.. Baru mama cakap tadi" Dengan segera wanita itu ke arah anaknya yang sedang menangis apabila terlanggar seorang kanak-kanak lelaki yang berbadan agak gempal sehingga terjatuh.
"Saya tak buat apa-apa" Tutur kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ian.. Kan ummi pesan jangan berdiri tengah jalan" Ujar seorang wanita yang menghampiri mereka.
"Dia yang langgar Ian ummi.." Ian menuding jari ke arah kanak-kanak perempuan yang terduduk di hadapannya.
"Mama.. 아프다 (its hurt)" Rengek kanak-kanak perempuan itu.
"Ahh? I'm sorry bout this" Ujar ibu kepada kanak-kanak lelaki itu.
"Ehh tak apa. Salah Hana juga sebab berlari"
"Orang sini ke?" Tawa kecil terus meletus keluar dari mulut ibu Hana.
"Saya memang asal sini. Hannah. Panggil saya Anna" Kedua-dua wanita itu berjabat tangan sebagai tanda perkenalan.
"Azira.. Ni anak kedua saya. Panggil dia Ian" Azira memperkenalkan anak lelakinya.
"Ringan mulut dia bercakap" Puji Hannah.
"Ahh, yang ni Hana" Hannah menarik Hana yang berada di belakangnya untuk bersemuka dengan Azira dan Ian.
"Salam aunty Zira sayang" Arah Hannah kepada Hana. Dengan pantas Hana mencapai tangan yang dihulurkan oleh Azira.
"Ummi.." Sebut Hana tiba-tiba semasa bersalaman dengan Azira.
Dan bermula dari situlah sebuah kisah pahit, duka bagi seorang kanak-kanak perempuan yang digelar Hana.
Embun Resort
"Tia.. Tolong pergi cakap dekat cik Nab yang kita masih tak cukup dua lagi bekas ayam" Ujar Tuan Adi kepada aku.
"Sekarang ke?" Aku mengerling ke arah jam di tangan yang sudah berginjak ke angka 10 malam. Sudah dua jam para peserta berada di dalam hutan. Bila-bila masa sahaja mereka akan pulang.
"Tak kan esok pulak. Cepat sikit"
"B-baik" Dengan hati yang berat aku berjalan masuk ke dalam resort dan ke ruangan dapur.
Meanwhile
Seperti biasa, kumpulan Admiralz merupakan kumpulan yang sampai dahulu dan diikuti oleh beberapa kumpulan lain sebelum WB juga sampai dengan selamat.
"Makan besarlah Tia malam ni" Tutur Izzaty sambil tersenyum. Tiga beg plastik besar yang dibawa oleh mereka penuh dengan bahan-bahan semula jadi yang akan dijadikan BBQ dan makan malam.
"Aku pun tak sangka banyak tumbuhan dalam hutan yang tebal tu"
"Banyak tumbuhan hijau yang boleh dijadikan ubat juga"
"Suruh Tia lah yang masak. Kita dah berperang cari bahan untuk dia ni"
"Entahnya. Habis muka aku kena gigit dengan nyamuk"
"Kau jangan expect sangat dia nak buat. Dengan kaki macam tu"
"Kalau kaki dia ok pun.. Belum tentu dia nak buat" Tawa terus meletus dari mulut WB.
"K-korang.." Ujar Nabila yang muncul entah dari mana. Tawa WB terus mati.
"Kau nak apa perempuan?" Soal Izlyn dengan mukanya yang kembali serius.
YOU ARE READING
Mission VS Love : Our Missions
AksiWarning ; [Rollercoaster Language] Semuanya bermula dari satu misi yang sama. Pertemuan antara mereka telah mengubah nasib dunia sekaligus telah menyelamatkan beberapa nyawa yang tidak berdosa. "Don't overcaring. It make us suck!" "Kalau kau tak mah...