Part 7

8.7K 443 6
                                    

Angel Crown mengulang kaji pelajaran di 'Teratak Alexandra' iaitu pondok untuk mereka beriadah or what so ever thing.. Mereka sedang mengulangkaji pelajaran Matematik tentang Pemfaktoran..

"Weyh! Aku nak join boleh?" tanya Zara.. Budak yang tak duduk asrama juga dibenarkan datang ke sini semasa waktu beriadah

"Eh Zara!! Mehlaaaaaaaaa" ajak Hana

"Rindunya dekat kau" rengek Camelia sambil memeluk lengan Zara

"Hek eleh bajet ah kau.. baru semalam kita rehat sekali" kata Zara

"Makin cantik ah sekarang.. Dah tak pakai spek.. Nampak hotzzzz gitu" puji Khaira kepada Zara.. Zara hanya tersenyum manis.. Sejak dia berkawan dengan Angel Crown, mereka telah mengubah kehidupannya yang dulu dipanggil budak NERD sampailah sekarang yang sudah digelarkan sebagai budak HOTZ di sekolah.. Sudah genap 4 bulan mereka berkawan.. Zara juga sudah mengetahui siapa diri mereka yang sebenar.. Mula-mula tu memang Zara terkejut sebab ramai yang tidak suka dan benci Angel Crown tapi selepas telah diceritakan segalanya Zara sedahpun paham apa yang berlaku.. Yelakan Zara kan masuk lewat 3 minggu

"Hari - hari aku tengok kau dapat chocolate dari budak lelaki.. Untungla muka lawa" kata Arisha

"Haah.. Tapi aku tak layan .. Coklat tu pulak aku bagi dekat adik aku kat rumah.. Korang pun cantikla cuma tula diorang tak sedar.. pandang harta je and terima kasih juga kat korang sebab dah ubah aku yang dulu hodoh sampai jadi macam ni ha" balas Zara

"Haih tula.. emm no hal lah, kau memang dah cantik cuma kitaorang kena tacap sikit je" kata Hana

"Dah ka tu sembangnyeee.. Cepat ulangkaji kejap lagi dah nak habis waktu beriadah" kata Adriana yang sejak dari tadi berdiam diri

🖌

Camelia POV

Kami melangkah masuk ke dalam Dewan Makan.. Untuk apa? Untuk makanlah takkan nak mandi kot kat Dewan Makan aigooo.. Zara dah balik dah 3 jam yang lalu , yela dia bukan budak asrama ..Pelajar yang lain yang melihat hanya buat tak tahu.. Dulukan mulut macam bontot ayam tapi sekarang dah diam .. Yelakan tak dilayan hoho padan muka.. tahupun nak tutup mulut

"Ya ampun !! Sedapnya lauk harini .. Ada ayam masak merah, daging kurma, ayam goreng, sambal belacan dengan nasi tomato lahhh" kata aku ceria

"Kau memang hari-hari lauk sedap.. and terima kasih juga setiap hari bagitau kami menu apa harini" kata Adriana selamba mencenduk nasi di hadapan Camelia

"Nak buat macam mana dah terbiasa" kata aku dan tersengih

"So nanti besar kau jadi waitress ajelah baby" kata Arisha.. Aku hanya mencebik bila Angel Crown gelakkan aku.. Ah mummy diorang buli adik

"Hmm aku nak makan apa eh harini" kata Adriana memikir

"Kau makan je tulang ayam tu nanti" jawab Khaira sarkastik.. Aku dan lain hanya gelak melihat mereka berdua.. Kalau tak gaduh memang tak sah!

"Kau ni memang.. aku cabut gigi kau yang memang dah longgar baru tau" ugut Adriana kembali

"Kau jangan macam-macam ha.. tak sempat aku nak kahwin dah rongak" jawab Khaira semula sambil menayangkan buku limanya .. Adriana hanya tersengih.. Bukan boleh bawak main budak nih.. mau lebam mata Adriana kena tumbuk kejap lagi

"Sedapnya Mak Cik Algebra masak" kata aku

"Woi!! Senang senang kau je tukar nama dia" kata Arisha

"Mentang mentangla nama dia Alya lepastu dia suka gabra senang senang je kau samakan dengan ungkapan algebra tu" kata Hana

"Hehehehe.. sedap apa" jawab aku

"Sedap kepala hotakmu" kata Khaira.. Aku hanya tersengih tapi serious sedap lauk Mak Cik Algebra masak harini opppssss Mak Cik Alya yang suka gabra hehehhee

End POV

🖌

"Warghhh mengantoknya" kata Arisha lepas menguap

"Tula ..goodnight gang.. I want to sleep first" kata Camelia.. Arisha yang menguap dia yang tidur dulu haih manusia , manusia

"Weyh keja sekolah aku tak siap lagini temanlah aku" kata Hana

"Suruh Adriana dengan Khaira teman" jawab Arisha yang diselaputi dengan selimut..Camelia sudah lama masuk ke alam mimpi

"Ha cepatlaaa.. Kau tak siap yang mana?.. Meh aku tolong" pelawa Khaira.. Adriana masih di dalam bilik air.. mandi, katanya panas.. Apa tak cukup ke aircond dalam dorm nih?

"Aku nak buat karangan bm lagi 2 perenggan.. Kau tolong lekat gambar-gambar kecil yang aku print tadi kat bilik komputer dalam buku sains" kata Hana

"Alright" sahut Khaira

Setelah selesai menyiapkan apa yang perlu disiapkan.. Mereka terus menghumbankan badan di dalam selimut

"Adriana tolong tutupkan lampu" laung Hana

"Aishhhh..Aku ada sebelah ni aje.. Tak payahla jerit.. Boleh pekak aku" kata Adriana .. Hana hanya tersengih.. Dia dah lama keluar dari bilik air lebih kurang 20 minit yang lalu.. Terus Adriana melangkah ke suis lampu memandangkan suis lampu dan katil dia hanya jarak beberapa cm je

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now