Part 30

6.9K 341 7
                                    

'Baby shark doo doo doo
Baby shark doo doo doo
Baby shark doo doo doo
Baby shark
Mummy shark doo doo doo'

Lagu baby shark berkumandang di telefon Adriana yang berada di bawah bantalnya.. Dia meraba raba bawah bantalnya dengan mata yang masih terpejam.. Diangkat panggilan telefon tanpa melihat siapakah yang menelefonnya

"Assalamualaikum " jawab Adriana dengan suara serak basahnya

"Waalaikumusalam.. Mikayla kamu tak bangun tidur lagi ke? Lailahailallah apa lah nak jadi dengan anak dara sorang ni.. Sekarang dah pukul 11 dah sayang oi.. Ingat Kayla kamu tu dah tua.. Jangan asyik nak bangun lambat je.. Anak dara tak bagus bangun lambat.. Nanti siapalah nak ambil kamu ni jadi menantu.. Dengan peranagi suka bangun lambat ni.. Solat subuh tak tadi.. Bangun bangun!! Jangan simpan lemak je kerja" bebel Puan Marissa, mama Adriana

"Ya Allah mama.. Apa bebel pagi-pagi ni.. Kejap lagi kedut muka tu.. Kayla dah solat subuh pagi tadi.. Lepastu tadi saja baring-baring tak sangka pula terlelap" kata Adriana yang sudah bangun dari tidurnya..Dia meraup wajahnya lembut.. Sakit telinganya mendengar mamanya membebel

"Ehhh ehh pandai ye kamu!!" kata mama.. Adriana tergelak di hujung talian

"Kenapa mama call Kayla ni?" tanya Adriana

"Ehh nak call anak sendiri pun tak boleh ke?" tanya mama kembali

"Mana ada.. Kayla saja je tanya.. Mungkin ada benda penting mama nak cakap lagi"

"Minggu depan mama nak kamu datang London" kata mama

"Kenapa pula?" hairan Adriana dibuatnya

"Kami dekat sini rindu dekat kamu tapi tak boleh nak balik Malaysia sebab Papa terlampau sibuk..Apa kata kamu je yang datang sini" jawab mama

"Sorang?"

"Yup"

"Emmm yela mama..Tolonglah tempahkan tiket untuk Adriana"

"Don't worry mama dah tempah awal-awal"

"Oh ye sebelum Mama lupa, malam ni abang kamu sampai Malaysia.. Ada benda atuk nak bincangkan"

"Kenapa?"

"Nanti kamu tahu"

"Ok ma..Bye Assalamualaikum take care tau" kata Adriana

"Ye sayang.. Kamu pun sama.. Waalaikumusalam" jawab mama.. Panggilan ditamatkan

Macam tak percaya mama suruh pergi sana.. Balik je la Adriana ! Ponteng sekolah 5 hari je pun

"Babe.. Minggu depan I pergi London?" kata Adriana

"Untuk apa?" soal Khaira di hadapan televisyen

"Mama and papa nak jumpa I"

"Nak ikut!" jerit Camelia yang baru menuruni tangga

"Tak boleh!" Adriana menjelir

"Satgi malam kita kena kumpul kan?" soal Hana

"Haah.. Tadi ummi aku call kata macam tu" jawab Khaira

"You all rasa kenapa Atuk nak jumpa kita semua?"

"Entahlahhh.. Maybe nak cakap tentang wasiat arwah nenek" jawab Camelia.. Hana hanya mengangguk .. Nenek kepada Angel Crown sudah kembali ke rahmatullah sebulan yang lalu

Pada mulanya Angel Crown tak dapat nak menerima takdir tapi berkat nasihat abang-abang dan kakak-kakak diorang, alhamdulillah sekarang mereka sudah pun menerima takdir dan redha.. Tak baik menangisi pemergian seseorang

"Weyhh Adriana.. Tolong aku masak lunch jom.. Gajah-gajah tu semua kuranghajo taknak tolong aku.. Tahu simpan lemak je" laung Arisha dari dapur

"Coming" laung Adriana riang

"Mak Leha takde ke?"

"Takde..Atuk bagi cuti sebab harini atuk pun takde.. Dia pergi meeting"

Muka Khaira Camelia dan Hana jangan cakap ah!! Memang merah habis

"Kau Arisha!!  Jangan sampai periuk kat dapur tu ada atas kepala kau japgi" jerit Camelia

Adriana dan Arisha sudah tergelak terduduk di dapur.. Habis lantai jadi mangsa tepukan diorang.. Memang kalau gelak suka pukul benda eh.. Nasib pukul lantai!! Kalau pukul badan orang tadi!! Tak ke sakit

🖌

Malam itu, semua cucu Tengku Haris berkumpul di ruang tamu selepas selesai makan malam

"Benda apa yang nak dibincangkan?" tanya Hana apabila melihat peguam yang datang ke rumah atuk

"Kita akan bincangkan beberapa perkara yang telah arwah Tengku Wildan Aisyah wasiatkan sebulan yang lepas" kata peguam tersebut

"Baiklah.. Saya akan sampaikan beberapa perkara yang telah diwasiatkan pada semua.. Seperti yang saya beritahu, wasiat ini perlu dibacakan sebulan selepas pemergian beliau dan akan ada beberapa lagi wasiat yang tidak dapat saya bacakan pada malam ini" sambung peguam itu.. Peguam itu memberitahu beberapa wasiat dan harta yang ditinggalkan oleh Tengku Wildan

"Bagi Tengku Camelia Aisyah binti Tengku Qashaf  , Tengku Arisha Irdina binti Tengku Alif dan Tengku Hana Anissa binti Tengku Hakim perlu bertunang sebulan daripada sekarang"

"What?!!!!" jerit Camelia.. Hana menyandarkan kepalanya di sofa dan Arisha menyebamkan wajahnya di bantal

"Camelia behave"

"But kami taknak tunang"

"Maaf tapi ini wasiat daripada Tengku Wildan sendiri"

"Seterusnya, bagi Tengku Khaira Mysarah binti Tengku Khalif diminta untuk menjaga AH Company tiga bulan selepas Tengku Wildan meninggalkan kita"

"But my school? Spm?"

"Tengku Khaira sudahpun mempelajari tentang bussiness lebih awal daripada Angel Crown yang lain.. Jadi Tengku diminta untuk menjaga syarikat AH Company"

"Bagi Tengku Adriana Mikayla binti Tengku Alham, saya tidak dapat sampaikan lagi wasiat daripada Tengku Wildan buat masa sekarang" Adriana mengangguk

"Bagi adik beradik yang lain, saya akan bacakan sekarang.. Diminta Tengku keluar dahulu"

Angel Crown mengangguk dan berlalu keluar

"Apahal kita tak boleh dengar?"

"Private maybe" balas Adriana

"Jomlah lepak bilik aku" ajak Khaira

"Kenapa kau punya tak boleh dibacakan lagi eh?" soal Hana kepada Adriana yang sudah berlabuh di atas katil king milik Khaira

"I don't know"

"One day kau akan tahu juga"

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now