Part 3

10.1K 511 13
                                    

Adriana melangkah memasuki kelas, ingatkan masuk sahaja kelas bolehlah hilangkan rasa sebalnya tapi hampeh, semua orang pandang dia macam nak makan.. Gementar apabila dipandang sebegitu rupa cuba dibuang jauh

Adriana berjalan melintasi mata-mata yang memandangnya jengkel itu lalu berjalan ke arah Angel Crown yang sedang duduk tidak bersalah itu

"Sorry" ucap Khaira serba salah

"Ayah kau lah sorry" Adriana menjeling sekilas sebelum membuang pandang ke luar tingkap, sakit hatinya ditinggalkan keseorangan di kantin.. Tahulah dia kunyak 44 kali, tapi janganlah tinggalkan dia sebab makan lambat.. Haish!

"Kitaorang janji tak tinggal kau dah" Arisha cuba memujuk

"Betul ni?"

"Ye!" jawab mereka berempat serentak sambil tangan diangkat separas bahu tanda berjanji

"Hmm okey"

"Lagipun salah kau juga sebab dah bunyi loceng still nak duduk makan" Hana mencebik sebelum ketawa perlahan apabila Adriana menjenggil ke arahnya

"Korang tahu kan yang cikgu lepas rehat ni tak datang, macam tak biasa merayau kalau cikgu tak datang" Adriana menjeling mereka

"Azam baru aku, nak masuk dalam kelas awal sebelum bunyi loceng" kata Camelia selamba sambil tersengih

"Same!" sambut Hana, Arisha dan Khaira

"Erghh, Ok fine! Lepas ni kita masuk kelas awal"

Khaira dan Arisha membuka buku matematik dan ulangkaji, Hana bermain dengan telefonnya, Adriana letak kan kepala di atas meja sambil menghisap lolipop manakala Camelia bermain dengan tudung Adriana yang cuba untuk lelapkan mata

Qaisara yang baru memasuki kelas mula bising dengan siulan pelajar lelaki.. Pelajar perempuan pula hanya tersenyum manis kepada dia.. Berbeza layanan mereka terhadap Angel Crown.. Walaupun budak Camelia, Hana, Arisha dan Khaira mempunyai pangkat di awal nama diorang, mereka tetap dilayan seperti sampah jika berkawan bersama Adriana.. Camelia menjeling kemudian sambung bermain dengan tudung Adriana

Angel Crown yang lain hanya buat tak tahu, hal tak penting jangan serabutkan otak!

"Haih kesian kat orang tu tak dapat layanan macam ni sebabtu dok jeling jeling.. tak pe ya korang memang layak kena macam tu" kata Liyana iaitu penolong ketua tingkatan. Pelajar lain hanya tersenyum sinis

"Eh eh kitaorang tak kacau pun life korang.. Perlu ke kacau hidup kitaorang.. Kesian tak ade life" kata Camelia.. Terus terdiam Liyana di tempat duduknya

"Kitaorang memang akan kacau life korang yang menyedihkan tu sampaila korang berambus dari sekolah nih.. Kalau korang taknak berambus takoe, tapi biar Adriana tu blah dari sini.. Menyusahkan mak ayah je cari duit untuk dia sekolah mahal macam ni" batak Zahirah berkata,, back up member la katakan

"Suka hati dia la nak sekolah manapun.. Dia ada minta duit kau? Tak kan! Duit untuk sekolah kat sini, dia ada minta duit kau ke? Tak kan! Duit nak beli barang, ada dia minta duit kau ke? Tak kan! So diam!!!" Ha amik kau , bila Camelia bersuara lagi.. Panas hatinya mendengar orang menghina sepupunya

"Woi kau diam boleh tak.. Menyemak ahhh.. Diorang nak kata apa tu dengar jela.. Pangkat dia tu sesuai ngan bibik aku kat rumah tu ja.. Kalau aku marah dia, kau diam je la! Tak payah sibuk! Dia yang kena tu pon tak bising macam kau! Tahu pun dia sedar diri!" Jerkah Zaim kerana dari tadi diorang asyik bising bertengkar! Terus Khaira dan Arisha menutup buku, Hana menutup telefonnya dan Adriana mengangkat kepalanya sambil menutup mata..

Tak sempat Angel Crown nak membalas madam Laila sudah masuk ke kelas.. Wanita yang bergelar guru itu tahu pergaduhan sedang dilancarkan kerana suara Zaim menjerkah sudah dia dengar dari luar tadi

Disebabkan itu jugalah madam Laila berlari masuk ke kelas dan berlagak seperti biasa apabila melangkah masuk ke kelas ini.. Nafas yang termengah-mengah cuba dikawal sehabis baik.. Meremang bulu romanya dengan suasana tegang macam ni.. Haih!

"Stand up! Good morning Madam Laila" kata ketua kelas iaitu Hafiz

"Good morning class.. Oraite you may sit.. Today we will talk about prepositions so open your text book page 14"

🖌

Kringgg

Mereka keluar dari kelas hendek pergi ke kantin, yelakan sekarangkan waktu rehat

"Perlu ke diorang judge orang macamtu?" tanya Hana sambil menggaru pipinya perlahan kerana rasa gatal entah mengapa, ada nyamuk ke?

"hmm entahlah nanti kalau diorang dah tahu kita ni siapa pastu diorang datang nak kawan memang aku tak layan" kata Khaira

Cakap punya cakap , sembang punya sembang, gossip punya gossip tup tup dah sampai cafe hehehe

"Ha nak makan apa? Harini biar aku belanja" tanya Khaira kepada mereka yang berada disampingnya .. Terus bersinar mata mereka berempat

"Bukan korang semua tapi Adriana sorang je"

"Heh makan pun minta member belanja.. Nasiblah kawan kau ni kaya.. Kalau dia pun taknak kawan dengan kau memang tak makan setiap harilah nampaknya.. Duit takde la kan!" kata senior tingkatan 5 dengan sinisnya.. ye satu sekolah sudah tahu yang Adriana bersekolah disini dengan bantuan biasiswa sedangkan itu hanya dusta semata mata puih

'Satu kantin nih pon dia bole belanja la kalau dia nak' kata Khaira perlahan kepada Angel Crown.. Mereka hanya tersenyum sinis walaupun tiada siapa yang melihat

"Ha ah kak!! Mampu ke?" tanya Zahirah sambil tersenyum sinis.. Satu kantin hanya melihat sambil tersenyum mengejek

"Laa kakak kau ke .. Patutla perangai sebiji macam shaiton.. elok la adik beradik memang patut pun" jawab Khaira geram .. Terbeliak mata senior itu dan Zahirah

"Tak guna kau!!! Tunggu kau, aku akan buat kau menyesal sekolah dekat sini" kata Zahirah

"Takpelah makcik lain kali saya beli ye.. Rasa panas duduk sini" kata Khaira kepada makcik kantin itu.. Laju sahaja kaki mereka melangkah pergi dari kantin tersebut.. Takut nanti satu kantin makan penampar diorang

"Haih.. kesian aku tengok diorang.. Baru je mula sekolah dah ada orang benci" kata Ayna di samping Qaisara, pelajar tingkatan 1 yang baru bersekolah di Alexandra Highschool bermula hari ini

"Nak buat macam mana.. Nasiblah" jawab Qaisara

"Aku takut diorang gile je duduk dekat sini" jawab Ayna semula

"Kan"

Sementara di taman bunga

"Weyh aku penat" kata Arisha tiba-tiba.. Mereka hanya mengeluh

"Aku minta maaf, disebabkan aku korang semua bakal kena tempias tak lama lagi" balas Adriana serba salah

"Bukan salah kau lah" pujuk Khaira.. Tangannya mengusap bahu Adriana sebagai tanda bersabar

"Kita boleh bertahan ke hari-hari kena dengar orang hina maki kita ni nanti?" tanya Camelia

"Takpe guys..Selagi kita ada bersama..selagi tu kita bole bertahan ok" jawab Hana

Angel Crown hanya angguk mengiyakan

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now