"Mama papa!!!"
"I miss you" Adriana memeluk tubuh kedua dua mama papanya
"We miss you too" Tengku Alham dan Puan Marissa membalas pelukan Adriana
"Mana Adriz?"
"I'm here" Adriana berlari menuju ke arah Adriz sambil mendepakan tangannya
"Euwwww Sape nak peluk kau" Adriz berlari ke arah Adriana
"Ishhh kau ni! Adik kau sorang je tau.. Meh sini aku nak gomol kau" kaki dibawa mengejar Adriz
"Ya Allah bantulah hambamu.. Mama papa tolong angah!! Along!!" Adriz berlari mengelilingi rumah.. Adriana tidak penat mengejar Adriz malah diikutnya Adriz mengelilingi rumah agam milik Tengku Alham dan Puan Marissa
🖌
"Lepas makan ni, papa ada nak bincang something"
"Ok"
Adriana menyuapkan spaghetti carbonara buatan bonda tercintanya
Emmm sedap
Dibawa air fresh orange ke bibir.. Sudah lama dia tidak dapat merasa air tangan mamanya..Rindu tak dapat dikata, tapi apa mampu buat? Menggedik je boleh
"Papa nak bincang apa?" soal Adriana apabila mereka sudah berada di ruang tamu.. Adriana mengambil tempat duduk di antara Adriz dan Adrian
"Sibuk je kau" Adriz berkata
"Suka hati bontot aku lah"
"Papa nak kamu belajar berlawan sepanjang lima hari kamu dekat sini" kata Tengku Alham
"Pa.. Tak lawaklah pa... Buat apa Kayla nak belajar benda tak berfaedah semua tu? Baik papa hantar Kayla pergi kelas Makeup ke ape ke bagi improve makeup Kayla lagi"
"Kayla.. Cakap elok-elok dengan papa" tegur Puan Marissa
"Hehe sorry tak sengaja.. Tapi kan pa.. Kenapa Kayla nak kena belajar berlawan pula?"
"Untuk keselamatan kamu sayang"
"Tapi kita kan ada bodyguard yang boleh sentiasa jaga keselamatan Kayla" Adriana memuncungkan bibirnya
"Selain belajar berlawan.. Kamu juga kena belajar seni pertahankan diri yang lain dan paling penting papa nak kamu belajar menembak"
"Tak lawak pa.. Kayla ni perempuan la"
"Demi keselamatan kamu pada masa akan datang, papa nak juga kamu belajar!"
"Pa....."
"Muktamad!" terdiam Adriana
"Boleh tak papa bagitahu Kayla kenapa?" soal Adriana lagi.. Tengku Alham mengeluh perlahan
"Keluarga kita ada banyak rahsia yang kamu belum tahu.. Daripada dulu keluarga kita diperhatikan.. Arwah nenek pergi pun sebab ni"
"Mak..maksudnya" gagap Adriana.. Dikalihkan pandangan ke arah Adrian dan Adriz.. Mereka berdua mengangguk
"Wasiat yang diwasiatkan oleh arwah nenek tidak dapat dibacakan pada malam haritu kerana perkara ini sulit daripada yang lain.. Arwah nenek wasiatkan kamu supaya menjaga sepupu kamu yang lain"
"Tapi kenapa Kayla?" terketar tangan Adriana
"Papa tak dapat nak bagitahu kamu sekarang cuma papa nak kamu ingat, nyawa Khaira diancam daripada dia lahir hingga sekarang.. Walaupun musuh keluarga kita tak pernah buat apa-apa lagi terhadap Khaira, papa nak kamu bersedia sebab kamu diwasiatkan untuk menjaga sepupu kamu"
"Kenapa tak Camelia? Hana? Arisha?" Tengku Alham tersenyum
"Sebab atuk dan arwah nenek pilih kamu, cucu termuda dalam keluarga Alexandra sayang"
"Ingat! Jangan pernah sebut tentang ni depan sepupu kamu yang lain.. Jangan risau.. Mak bapak saudara kamu tahu tentang ni cuma sepupu kamu yang lain atuk dan arwah nenek minta rahsiakan sampailah tiba masanya untuk kita bocorkan" Adriana mengangguk walaupun dirinya tidak rela
"Mulai esok, Adrian akan hantar Kayla pergi class.. Belajar betul-betul" Adriana mengangguk
"Kayla masuk bilik dulu ye" Tengku Alham dan Puan Marissa mengangguk
"Adik ok?" soal Adrian yang duduk di atas katil milik Adriana
"Ok je"
"Ha tipu dosa tau" sampuk Adriz.. Adriana menjeling Adriz tajam
"Adik takut"
"Alahhh kau chill-chill je..Tak payah takut-takut.. Bukannya diorang nak serang sekarang.. Papa suruh kau get ready awal-awal je"
"Haah en.. Buat apa aku nak takut?"
"Tahu pun.. Tu pon lembab" Adriz meluku kepala Adriana
"Along! Badak buat adik" rengek Adriana
"Kau biadab heh gemok"
Pap
Bantal tidur milik Adriana dibaling tepat pada wajah Adriz
"Balasan! Siapa suruh panggil aku gemok.. Aku kurus ok.. Slim gituh"
"Ergh dasar kau gemok"
"Tak!!"
"Dah dah!! Dua-dua gemok Along tengok"
"Along!!!" jerit Adriana dan Adriz serentak
"Ready angah!"
"Ready adik"
"1,2,3 serang balas bermula"
Badan Adrian ditolak.. Kakinya digeletek oleh Adriz manakala Adriana menarik-narik rambut Adrian
Penuh ruang bilik Adriana dengan suara mereka bertiga
Rindu
Kata hati Adriana.. Rindu dengan suasana begini.. Finally! Dapat dia rasakan lagi
YOU ARE READING
Alexandra Highschool ✔️
Teen FictionDia cool! Dia cantik! Pandai! Tinggi! Comel! Semua perfect .. Dia nakal tapi pendiam, Dia, Khaira Mysarah Tengku Aryan Mikael lelaki yang baru berpindah ke AH bersama rakan rakannya mempunyai paras rupa yang kacak, bijak ,tinggi and dingin. Dia meru...