Part 51

6.5K 275 55
                                    

"Tahniah anak-anak yang saya kasihi kerana telah menghabiskan zaman sekolah kamu.. Berdirinya saya di sini bukan untuk bagi ucapan panjang lebar sebab saya tahu korang semua dah penat dengar saya membebel selama 5 tahun" mereka tergelak kecil.. Confirm rindu nak dengar pengetua membebel lagi

"Tujuan saya ke sini hanya untuk menjemput kamu semua ke majlis pertunangan cucu saya, Tengku Khaira Mysarah bersama Tengku Aryan Mikael" dewan yang senyap tadi mula riuh apabila mendengar berita itu

Sudu yang dipegang Adriana terjatuh

"Benda apa ni?" tanya Adriana pada Qaisara

"Tu—tunang?" takut Qaisara nak ulang balik.. Please jangan buat hal lagi Adriana.. Arisha yang berada di meja sebelah mengalihkan pandangannya memandang Adriana

"Majlis pertunangan ni akan diadakan Jumaat akan datang.. Jadi saya harap korang semua akan datang ke majlis pertunangan cucunda saya.. Apa-apa berita akan dimaklumkan nanti.. That's it.. Enjoy your day"

"Kenapa I tak tahu?" Adriana memandang Qaisara

"Ke—Kenapa kau nak kena tahu?" gementar Qaisata menjawab

"Sebab dia sepupu I bodoh"

"Serious tho?" mulut Qaisara ternganga.. Besar benor keluarga Alexandra ni

"Kau jangan main-main Adriana" Bukan apa,, cuma perangai Adriana je lain daripada semua

"You nampak muka I macam nak main-main ke sekarang?" cepat Qaisara menggeleng,, takut tengok muka Adriana macam nak terkam orang

Aku sure yang diorang dah tahu pasal ni,, tapi kenapa sorang pun tak bagitahu aku?

Ouh lupa, aku tak penting

Pinggan yang berisi kek red velvet ditolak jauh.. Dia hanya perlukan masa tenangkan minda sebelum dia naik angin dekat sini.. Adriana bangkit dan terus berjalan keluar daripada dewan makan hotel itu.. Pantai yang berada bersebelahan Hotel Queenstyle dituju

Kasut tumit tinggi yang melekat pada kakinya dicabut, kang tak cabut tenggelam dia dalam pasir tu.. Angin menampar kulitnya kuat, tangan disilangkan pada dada

"Adriana" Adriana mengalihkan pandangannya kebelakang

"Apa you nak perempuan?"

"Ak—Aku minta maaf" Khaira berjalan mendekati Adriana

"Sebab apa?"

"Sebab aku akan tunang dengan Aryan"

"You boleh je bantah kan? Kenapa terima juga?"

"Sebab atuk paksa" Bahu Adriana dipegang tetapi cepat saja tangan lembut Adriana menepis

"You boleh je bantah habis-habisan kan perempuan? Apasal terima juga? It's mean you memang nak tunang dengan dia" Khaira menunduk , bibirnya dikemam

"Perempuan jenis apa you ni? I dah bagitahu you banyak kali supaya jauhkan diri daripada Aryan..You jangan sampai I sendiri yang jauhkan you daripada Aryan.. I dah usahakan banyak benda untuk dapatkan dia tahu tak?"

"Ak—Aku minta maaf.. Tapi majlis pertunangan aku akan ada minggu depan.. Aku harap kau ada" Adriana tergelak sinis

"Jangan harap! I akan pastikan majlis pertunangan tu batal.. If you tunang juga dengan dia, I akan pastikan you menyesal!"

"Adriana!! Kau boleh tak lupakan lelaki yang tak cintakan kau! Terima lah kenyataan.. Biar lah aku bahagia juga! Aku penatlah Adriana! Dengan kau yang selalu bagi aku down.. Aku dah taknak asyik ikut kepala kau je! Kau tak boleh paksa orang sukakan kau! Sedarlah Adriana" Khaira melepaskan amarahnya.. Dia dah penat nak ikut kepala Adriana.. Sampai bila?

"Then you nak I lupakan dia? Tak semudah tu Tengku Khaira! I cintakan dia since last year and you datang tetiba rapat dengan dia! What the hell girl"

"I don't care! Aku just nak kau move on! Sedarlah sebelum kau makin terluka"

Panggg

Khaira memegang pipinya,, terasa kebas seluruh wajahnya

"I akan pastikan you menyesal tunang dengan dia" kasut yang diletakkan di tanah di ambil dan kaki laju dibawa meninggalkan Khaira keseorangan.. Puas dia dapat menampar wajah gadis itu

"Dasar pengkhianat" kata Adriana perlahan

Khaira jatuh terduduk

"Dia lempang aku hanya disebabkan lelaki?"

"Ok fine mulai sekarang aku pun akan dapatkan apa aku nak! Aku dah penat dengan kau Adriana"

🖌

Adriana duduk di Taman permainan di hotel itu

Kata-kata Khaira bermain di fikirannya

Adriana!! Kau boleh tak lupakan lelaki yang tak cintakan kau! Terima lah kenyataan.. Biar lah aku bahagia juga! Aku penatlah Adriana! Dengan kau yang selalu bagi aku down.. Aku dah taknak asyik ikut kepala kau je! Kau tak boleh paksa orang sukakan kau! Sedarlah Adriana

Adriana tersenyum tawar

"Kau tak faham Khaira"

"Aku tak pernah jatuh cinta macam ni"

"Kau tak faham sebab aku sekarang terasa dikhianati" setitis air matanya jatuh

Siapa sangka kawan yang selalu diceritakan segala suka dan duka.. Tentang seorang lelaki yang disukai.. Tentang betapa banyak usaha untuk rapat dengan lelaki itu.. Tiba-tiba semuanya musnah

Dada dipegang, nafas yang tak teratur cuba dikawal.. Air mineral yang tersimpan di dalam
beg tangan dibawa keluar dan diteguk sehingga habis bagi menghilangkan rasa sakit di dada

🖌

"Atuk tak boleh buat Adriana macam ni!" kerusi yang berada di depan atuknya di duduki

"Apa atuk buat?"

"Atuk nak tunangkan Khaira dengan Aryan? Hell no, Adriana tak benarkan!"

"Atuk tak perlukan kebenaran kamu untuk tunangkan Khaira dengan Aryan" ternganga mulut Adriana

"Atuk tak boleh tunangkan diorang.. Atuk, Adriana suka sangat dekat Aryan tu since I'm form 4 and now atuk senang-senang tunangkan diorang?!"

"Macam ni la Adriana,, lupakan Aryan dan cari lelaki baru. Atuk nak Aryan kahwin dengan Khaira.. That's it"

"Hell no atuk! Khaira tu langsung tak sesuai dengan Aryan! Atuk better lupakan angan-angan atuk nak satukan diorang.. ataupun—

Adriana sendiri yang akan buat kacau nanti" Adriana bangkit dan menuju ke pintu library mini milik atuk

"Kalau kamu buat kacau masa hari pertunangan tu nanti— atuk tak akan bagi satu pun harta keluarga ni pada kamu.. Even sekecil zahra" ugut atuk

"dan Adriana akan buat apa je yang Adriana nak kan" terus kakinya melangkah laju keluar daripada situ

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now