Part 52

6.5K 276 23
                                    

"Atuk! Catering kata diorang tak boleh datang!"

"Kenapa?"

"Diorang kata kita tak buat pun tempahan" kata Hana kemudian melabuhkan punggung di depan atuknya di ruang tamu

"Rasanya haritu atuk dah call diorang"

"I think ada orang yang cancelkan kot"

"Siapa pula dah?" macam nak nangis Khaira memikirkan hal ini

"Adriana mana?" soal Camelia

"Adriana tak ikut harini" kata Adrian selamba

"Macam mana ni atuk ? Majlis nak mula 3 jam lagi" kalut Kusya menuruni tangga saat dikhabarkan tiada makanan yang akan dihidang nanti.. Tetamu jemput banyak kot,, takkan makanan takde

"Kita cari catering lain" kata Tengku Alham, ayah Adriana

"Sempat ke?"

"Sempat kalau call sekarang"

"Atuk! Baju Khaira koyak!" laju Arisha menuruni tangga..Terkejut dia saat melihat pakaian yang akan dipakai Khaira koyak rabak.. Baru dia hendak berikan kepada Khaira tapi....

"Aaaaa.. Why this happen to me" Khaira bersandar pada bahu Camelia

Tengku Haris mengeluh perlahan.. Mereka tahu ini kerja siapa

"Ayah harap kamu nasihatkan anak kamu balik nanti.. Beritahu dia nanti ayah nak jumpa" Tengku Haris bangun dan terus berlalu pergi diikuti yang lain

"Apa nak jadilah dengan kamu Adriana?" Tengku Alham menggeleng kepala.. Adrian hanya senyap bermain telefon

Baju kurung modern berwarna putih yang ditaburi glitter dikenakan pada tubuh Khaira.. Kasut tumit tinggi beserta tudung shawl putih elok terletak pada tubuhnya.. Bunga yang digubah oleh Hana digamit dan dia mula meneliti tubuhnya di hadapan cermin.. Nasib ada baju spare cantik macam ni

Hari ini hari dimana dia bakal mengikat tali pertunangan.. Sepanjang seminggu perbincangan, Dia langsung tidak nampak wajah Adriana.. Hanya tinggal bersama orang tuanya dan abangnya, Adrian manakala Adriz masih di London kerana ada beberapa kelas yang perlu dihadiri

"Kau ok tak?" soal Camelia apabila melihat Khaira hanya termenung didepan cermin

"Aku cuma aku teringat Adriana"

"Kau boleh tak jangan teringatkan orang yang tak patut.. Dia hampir rosakkan semuanya" marah Camelia

"Walauapapun dia tetap sepupu —"

"Jangan rosakkan mood aku.. Hari ni kau nak bertunang so aku mesti kena happy" potong Camelia

"Khaira jom.. Banyak tetamu dekat bawah lagi-lagi pelajar AH.. Mak ayah Aryan pun dah sampai" panggil Arisha di muka pintu

"Jom" Camelia menggamit tangan Khaira

Khaira duduk di atas pelamin mini yang elok berada di ruang tamu.. Photographer sudah melakukan tugas mereka.. Bibir Khaira tidak lekang dari senyuman

"Baru aku sedar Khaira cantik rupanya"

"Aku tak sabar nak tengok Aryan"

"Untung jadi Khaira"

"Adriana takde ke?"

Banyak suara-suara yang berbisik, Khaira hanya mengabaikannya

Puan Rafidah , ibu kepada Aryan berjalan mendekati tubuh Khaira yang elok duduk di atas pelamin mini itu

"Assalamualaikum aunty" tangan Puan Rafidah disalam.. Dia mengambil tempat di sebelah Khaira

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now