Part 53

6.6K 303 31
                                    

Adriana hanya diam berdiri di samping Adrian dan Adriz, rasanya baru semalam arwah atuk bergelak ketawa dengan mereka bertiga walaupun Adriana dan Tengku Haris masih dalam perang dingin

Sudah sebulan berlalu sejak pertunangan Khaira dengan Aryan, dan kini Tengku Haris pula pergi meninggalkan mereka semua

Setitik air matanya jatuh tapi cepat sahaja dia mengelapnya

Aku tak sempat minta maaf dengan atuk

Khaira mengambil air yang diberikan oleh ibunya, dituang perlahan-lahan di atas kubur Tengku Haris.. Yang lain hanya diam memerhati.. Ramai pelajar AH yang turut ada di situ

"Adriana?" Khaira menyerahkan air itu kepada Adriana.. Adriana mengambilnya dan menyiramnya ke atas tanah merah itu

Adriana minta maaf atuk.. Halalkan semua makan minum Adriana, kasih sayang atuk dan segala perbuatan Adriana.. Terima kasih atuk..

Ada yang tertanya-tanya kenapa Adriana menyiram air di kubur Tengku Haris tapi Adriana hanya menghiraukan

Angel Crown yang lain hanya menunduk.. Tengku Haris lah yang menjaga mereka sejak kecil.. Tengku Haris lah yang memberikan kasih sayang sama rata pada mereka.. Dia lah yang mendidik mereka.. Dia lah yang menunaikan segala keinginan mereka

"Semoga atuk tenang di sana" Hana tersenyum.. Air matanya diseka

"Arisha akan sentiasa doakan atuk"

"Camelia sayangkan atuk"

"Khaira akan jadi anak yang baik"

"Adriana akan ingat nasihat atuk" kata hati mereka

🖌

Hari Sabtu merupakan hari dimana mereka perlu berkumpul atas arahan peguam arwah nenek dan atuknya, Tuan Ali

"Saya disini akan membacakan beberapa perkara yang telah diwasiatkan oleh Tengku Haris"

"Baiklah, bagi Tengku Khaira" sambung Tuan Ali setelah habis membaca segala yang diwasiatakan kepada ibu bapa serta abang dan kakak

"Tengku Khaira Mysarah diserahkan separuh daripada harta keluarga ini , Tengku Alham juga mewasiatkan Syarikat Alexandra iaitu syarikat paling terbesar dalam keluarga ini dimana mengasaskan segala rancangan dan menyatukan semua business milik keluarga ni seperti hotel, pembinaan bangunan, restoran dan pekapalan.. Saham sebanyak 50% akan diagihkan kepada Tengku Azim, Tengku Amira, Tengku Kaifa dan Tengku Kusya.. Manakala lagi 50% akan diberikan kepada Tengku Khaira"

"Bagi Tengku Hana Anissa, arwah Tengku Haris mewasiatkan restoran Alexa's dimana terdapat 3 buah di negara luar iaitu di California, Hong Kong dan Malaysia.. Saham restoran yang dimiliki oleh Tengku Hana sebanyak 65% manakala 35% lagi akan diserahkan kepada Tengku Adriz yang memegang syarikat pekapalan dan Tengku Hanief"

"Tengku Arisha Irdina diwasiatkan Hotel Alexis oleh arwah Tengku Alham.. Hotel Alexis berada di kedudukan pertama dalam kategori perniagaan hotel dari segi kemewahan layanan, kebersihan, keunikan dan kecantikan.. Hotel ini terdapat juga di negara luar sebanyak 4 buah negara iaitu Singapura, Malaysia, China dan Australia.. Tengku Arisha diserahkan saham sebanyak 60% manakala 40% lagi akan dipegang oleh Tengku Caryna dan Tengku Hanani"

"Tengku Camelia Aisyah diwasiatkan syarikat Alex Building oleh arwah Tengku Haris.. Syarikat ini sudah ditubuhkan sejak tahun 1985 yang lalu.. Hospital ini didirikan di 3 buah negara lain iaitu Italy, Malaysia dan Brunei.. Tengku Camelia memegang saham sebanyak 58% manakala 42% lagi akan diagihkan kepada Tengku Afira dan Tengku Adrian yang memegang syarikat pembinaan"

"Bagi Tengku Adriana Mikayla seperti yang sedia maklum nama kamu sudah ditarik daripada senarai nama pewarisan harta" Adriana mengangguk

"Baiklah..Kerja saya sudah selesai sampai sini.. Saya pulang dulu" semua berdiri dan ucapkam terima kasih kepada Tuan Ali.. Para bapa berjalan bersama Tuan Ali atas sebab ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan

🖌

"Kami dah nak balik London, kamu jaga diri dekat sini baik-baik" kata Puan Marissa.. Tubuh Adriana dipeluk, satu-satunya anak gadis mereka

"Mama jangan risau, Kayla elok-elok je dekat sini" Adriana memberikan senyuman manis

"Kalau tak cukup duit, call papa.. Papa banking" Adriana mengangguk

"Duduk dengan Angel Crown dekat rumah atuk, Mak ayah diorang pun dah nak pergi luar negara , along risau adik sorang-sorang dekat rumah"

"Taknak.. adik ok je la duduk rumah mama dengan papa sorang-sorang.. Ada guard kan , tak payah risau" memang tak lah dia nak pergi rumah atuk.. takut terbakar rumah tu dia gaduh dengan Camelia dan Khaira nanti

Tubuh Adrian dipeluk sekali lagi sebelum mereka bertiga berjalan memasuki balai pelepasan

"Alone again" Adriana menarik nafas sebelum menghembus nafas.. Dia akan free sampai ambil result nanti.. Seronok juga macam ni

Dibawa langkah menuju ke kerata yang diparking di tempat kereta.. Enjin kereta BMW i8 Coupe miliknya dipanaskan, hadiah daripada Adrian 2 tahun lalu

Seatbelt dipakai dan minyak ditekan sehingga habis..  Jabatan Guaman dituju.. Cepat sahaja kaki yang memakai kasut sport jenama adidas memasuki syarikat itu..

"Miss" wanita bertudung biru laut itu disapa

"Yes?"

"Tuan Ali ada"

"Cik ni Tengku Adriana ke?" Adriana mengangguk

"Kejap ye" Adriana mengangguk lagi.. Haih macam burung belatuk dah main angguk-angguk ni

"Tengku Adriana ikut saya ye" Adriana hanya menurut dan membontoti wanita tu

"Boleh panggil saya Sarah je.. Tak payah miss miss pun" Adriana tersenyum

"Masuk la.. Saya pergi dulu ye"

"Baik Kak Sarah"

Adriana mengambil tempat duduk di hadapan lelaki spearuh abad itu.. Disandarkan tubuhnya pada kerusi empuk itu

"Ni beberapa perkara yang perlu Adriana lakukan.. Arwah atuk ada bagi kad bank ni sekali.. Dalam tu ada RM500,000 atas nama Adriana sendiri.. Masa semakin suntuk sebelum kamu kena terbang ke tempat lain untuk sambung belajar"

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now