0

1K 90 20
                                    

"Wuu.. Sob..sob.." tangisan Diana bagai tidak ada tanda mahu berhenti.

"Apa patut aku buat, Eve?" soalnya lagi sekali.

"Hmm..." Eve berusaha mencari idea.

"Susah ni." komen Eve. "Perempuan mana yang dah berjaya curi hati kau ni?"

"Wuuuu~" tangisan Diana makin kuat. Ini selepas kali pertama dia bertemu Lucas dan Eve mendapat luahan perasaan dari lelaki tercinta.

***********

"Eh?" Lucas memandang lama perempuan dihadapannya.

Diana terkedu. Selepas setahun menderita, kenapa dia perlu berjumpa semula dengan orang tersebut?! Membulat mata Diana. Lucas yang memakai gaun putih dengan alat solek yang nampak neutral itu kelihatan sungguh jelita. Sakit mata Diana.

"Huh!" Diana menjeling Lucas.

Terkebil-kebil lelaki itu kini. Dia cuma mahu menegur dengan baik.

"Kenapa tak masuk dalam? Awak buat apa di luar?" tanya Lucas, sopan. Dia tidak tahu nama perempuan gempal itu dan dia juga bukanlah orang yang baik sangat. Tapi entah kenapa kali ni dia peramah nak menegur.

"Apa kau ingat kau perempuan cantik, kau boleh pandang rendah dekat aku? Kau nak aku masuk dalam? Heh?!" Diana tiba-tiba meninggikan suara.

Terkejut Lucas membuatkan kakinya melangkah beberapa tapak kebelakang. Diana lantas berpaling dan berjalan pergi meninggalkan Lucas. Si lelaki masih belum faham apa yang berlaku. Dia ada sakitkan hati perempuan tu ke? Tapi kenal pun tidak. Apa salah dia? Walaupun boleh dikatakan pujian bila dia digelar perempuan cantik, namun sedikit pun dia tak gembira.

"Urgh.. tapi aku lelaki." bisik Lucas.

Akhirnya dia tersandar di dinding. Nak masuk semula ke majlis perkahwinan sepupunya? Tak naklah. Cukup orang salah faham, fikir dia pengantin perempuan. Kesian Eve.

************

Diana yang mana berlari untuk menyorok di dalam tandas menekup mulutnya. Nafasnya turun naik. Dia duduk di atas mangkuk tandas duduk sebelum memukul kepala sendiri.

"Bodoh, bodoh, bodoh! Kenapa kau cakap macam tu dekat dia? Wuuu... Aku nak puji dia cantik tapi lain yang keluar.. wuu.. sob sob.." dia menangis sendirian.

Ya, mulutnya selalu cakap perkara yang berlainan dari apa yang ada kat dalam hati. Sedih. Akhirnya selepas dia berjaya menenangkan diri, Diana pulang terus ke rumah tanpa berjumpa dengan Eve. Selepas majlis tamat, Diana menerima panggilan dari kawan baiknya itu.

"Woi! Sampai hati tak datang majlis!" marah Eve di sebalik talian.

"......." Diana tak cakap apa-apa. Dia datang, tapi dia tak masuk sebab dia malu. Orang yang datang majlis Eve ramai orang kaya dan semuanya bergaya. Tak macam Diana yang gemuk dan miskin. Jauh beza taraf.

Entah kenapa sekarang dia rasa macam makin jauh dengan Eve. Mana taknya, suami Eve tu lelaki terkenal yang merupakan pewaris keluarga kaya raya. Ketika itu Diana baru teringat akan perempuan cantik yang dia jumpa di majlis tersebut. Maksudnya, dia pun anak orang kaya?!

"Wuuuu~" tiba-tiba tangisan Diana pecah.

Eve yang sedang membebel di talian terkejut.

"Kau dah kenapa menangis tiba-tiba ni? Aku bukan marah teruk sangat pun. Jangan la menangis." Eve rasa serba salah dibuatnya.

"Eve.. kau ingat lagi cerita aku dulu? Masa kau dengan Leon baru mula bercinta." Diana bersuara.

"Hm..." lama Eve fikir.

Parmesan Cheese (Completed)Where stories live. Discover now