『05』

1.1K 222 15
                                    

악마 합의
5. begin

❈——————❈



“ dia dah hidup semula. aku dah kembalikan nyawa dia. sekarang, giliran kau pula tunaikan janji kau ”

Wajah Jihyo tertunduk. Tiada jalan lari. Dia kini sudah terikat kemas pada syaitan kacak itu.

Jihyo sekarang seolah-olah berada dikeliling jari telunjuk Jimin. Segala arahan Jimin perlu dia akur tanpa sedikit pun bantahan.

“ apa yang awak nak saya buat? ”
Akhirnya gadis cantik itu menyoal.

Berderau darahnya apabila Jimin kini berada betul-betul dihadapan nya. Terlalu rapat sehingga dia dapat rasakan aura hitam Jimin.

“ tak banyak, aku cuma perlukan kau untuk lupakan Baekhyun dan gantikan aku sebagai pemilik hati kau ”

Jimin berkata tenang sambil ralit membelek-belek wajah cantik Jihyo. Bibirnya kemudian tersenyum kecil.

“ awak nak saya sayang awak macam saya sayang Baek ke? ”
Soal Jihyo datar.

Jimin mengekeh perlahan.

you are so straight forward but yes. that's exactly what i want you to do
Jimin mengusap perlahan pipi kanan Jihyo.

“ tapi awak— uhm—
Jihyo memberhentikan kata-katanya. Risau dia bakal tersilap cakap.

Dia tidak mahu menyakitkan hati syaitan itu. Kerana dia takut akan hukuman yang bakal dia terima jika melakukan perkara yang dibenci Jimin.

“ tapi aku apa? aku syaitan? aku jahat? dan aku kejam? ”
Sambung Jimin.

Sebelah kening nya terangkat, bibirnya tersenyum sinis.

Pada Jihyo sekarang, Jimin terlihat sangat menakutkan. Mahu saja dia lari menjauhi Jimin namun dia sedang dihimpit.

Dihimpit diantara Jimin dan dinding dibelakang nya.

Lambat-lambat Jihyo mengangguk bagi membalas pertanyaan Jimin itu.

“ ya, aku syaitan. dan aku dah jatuh pada kau. pada manusia yang sebelum ini aku gelar bodoh ”
Kata Jimin datar.

Langsung tidak kisah jika perasaan Jihyo bakal terguris.

“ tapi nampaknya sekarang— aku yang bodoh sebab sukakan kau ”
Jimin menyambung kata-katanya.

Jihyo terdiam tidak terkutik. Dia memandang tepat kearah mata Jimin, cuba mencari keikhlasan.

Dan ya, dia jumpa bukti bahawa kata-kata Jimin itu tulus dan ikhlas. Datang nya dari hati jika syaitan itu punya hati.

“ aku, sanggup buat apa aje untuk kau dan kau, patut buat apa aje juga untuk aku. aku nak kau balas cinta aku ”

Kata-kata Jimin itu lebih kepada suatu arahan keras.

Park Jimin, tidak kah kau tahu yang cinta tidak boleh dipaksa dan diarah sama sekali?

“ saya akan cuba, asalkan awak tak sakiti Baekhyun ”
Balas Jihyo perlahan.

Jimin kekal diam, menggengam erat tangan nya. Dia sedang menahan rasa geram dan berang.

Semuanya kerana Jihyo masih memikirkan Byun Baekhyun.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[DC] DEMON AGREEMENTWhere stories live. Discover now