Bab 1

5.5K 52 2
                                    

Hanya kerana satu panggilan telefon, Heidry membatalkan satu urusan yang cukup penting untuk dirinya dan bergegas pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat yang paling awal, yang dibeli dengan harga 789.53 Euro. Terbang selama tujuh belas jam dari Barcelona ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghentikan satu perjanjian.

Dengan riak wajah yang tegang, Heidry melangkah laju menuju ke bilik mesyuarat Hussien Holdings. Seorang gadis tinggi lampai yang cuba menghalangnya, tidak diendahkan. Dengan selamba dan kasar, dia menolak pintu bilik mesyuarat.

"Stop everything!" jerit Heidry lantang.

Empat pasang mata yang berada di dalam bilik mesyuarat terhala ke arahnya. Terkejut dengan kemunculannya yang secara tiba-tiba itu. Sekali gus mematikan sesi menurunkan tandatangan Perjanjian Jual Beli di antara Pengarah Urusan Hussien Holdings bersama seorang usahawan muda.

Heidry tidak ambil peduli pada mata-mata yang memandangnya. Mata dia hanya tertumpu ke arah satu wajah lelaki tua yang duduk di atas kerusi pengarah urusan. Pandangan matanya cukup tajam. Bagaikan ingin membunuh.

"The deal is off. I tak akan benarkan you jual Sunshine," tegas Heidry dengan nada yang keras.

"Maaf, Dato... Saya dah cuba halang tapi..."

Setiausaha peribadi Dato Hamzah tidak jadi meneruskan bicara apabila Dato Hamzah memandangnya dan memberi isyarat mata untuk keluar dari bilik itu. Dengan penuh rasa bersalah, gadis itu melangkah pergi.

Dato Hamzah berdeham. Wajahnya tidak beriak. Pandangan matanya dikalihkan ke arah Hilman. Dengan nada yang perlahan seakan-akan berbisik, dia menyuruh Hilman membawa keluar semua orang dari bilik itu termasuklah usahawan muda yang masih terpinga-pinga dengan situasi di bilik mesyuarat itu.

Hilman mengangguk tanda faham. Tidak sampai satu minit, bilik mesyuarat itu sudah kosong. Yang tinggal, hanyalah Dato Hamzah dan Heidry.

Suasana di dalam bilik mesyuarat sunyi sepi. Sepi yang bertemankan ketegangan. Heidry masih berdiri di tempat yang sama. Memandang Dato Hamzah dengan riak wajah yang sama. Tegang. Bengis. Aura kemarahan jelas terpancar di wajahnya.

Dato Hamzah membalas pandangan mata Heidry tanpa sebarang riak. Kosong. Tanpa sebarang perasaan. Lelaki separuh abad itu tidak kelihatan terkejut dengan kemunculan anak lelakinya walaupun mereka sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

"Duduk," kata Dato Hamzah, kedengaran seperti satu arahan. Persis arahan seorang ketua kepada orang bawahannya.

Heidry silang tangan. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Daddy kata duduk," tutur Dato Hamzah lagi dengan nada yang sama.

Dengusan kecil terbit di hujung bibir Heidry. Hujung bibirnya digigit geram. Kerusi yang diduduki Hilman sebentar tadi ditarik kasar. Punggung dihempaskan.

"Setelah lima tahun menghilang, macam ni ke cara Heidry jumpa daddy?" soal Dato Hamzah tanpa nada meskipun soalannya berbaur sinis.

"Jangan tukar topik. I datang sini bukan nak buang masa."

"So, you nak cakap pasal Sunshine?"

Respons dingin Heidry sedikit pun tidak memberi kesan pada Dato Hamzah. Riak wajah lelaki itu masih sama. Namun, nada suaranya kedengaran lebih keras dan tegas daripada tadi.

"Yes!"

"You sedar tak apa yang you baru buat tadi?"

"Yes, of course. I'm stopping you from selling Sunshine."

"Dengan malukan daddy depan semua orang? Depan lawyer daddy? You tak rasa you kurang ajar ke rempuh masuk bilik ni?"

"I don't care. That's none of my business," balas Heidry bersahaja sebelum menambah bicara.

Yang Tertulis Untuk KitaWhere stories live. Discover now