Bab 3

2.5K 47 3
                                    

Bangunan berwarna putih di depan mata dipandang bersama perasaan yang sukar untuk dimengertikan. Pelbagai emosi mula menguasai diri sebaik sahaja dia kembali ke tempat ini. Tempat yang memberi seribu satu makna dalam hidupnya.

Entah berapa lama dia berdiri di hadapan bangunan itu. Sekadar memandang tanpa niat untuk melangkah masuk. Pandangan mata dihalakan ke arah papan tanda yang hampir usang.

Sunshine Cafe.

"Because you are my sunshine."

Heidry memejamkan matanya saat bicara dua puluh tahun yang lalu menyapa telinganya.

Suara mummy...

Senyuman mummy...

Belaian mummy...

Oh, Tuhan! Heid rindukan mummy. Rindu sangat, tutur Heidry dalam hati. Lirih.

Mata yang terpejam rapat dibuka semula. Diusir segala rasa yang menyelubungi diri. Dicampak segala rasa sedih yang mula bertapak dalam hati. Ditepis segala kenangan yang cuba menggamit jiwa.

Wake up, man. You can do this, bisik hati Heidry, menyuntik semangat dalam dirinya.

Nafas ditarik dalam-dalam bagaikan mencari kekuatan lalu dihembus perlahan-lahan bagaikan melepaskan beban yang tertanggung. Perlahan-lahan Heidry mula mengatur langkah. Menuju ke dalam kafe yang sunyi sepi tanpa seorang pelanggan.

Berbeza sungguh suasana kafe saat ini jika dibandingkan dengan suatu masa yang lalu. Dulu kafe ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Tak pernah putus. Meja sentiasa penuh. Ada yang datang seorang diri. Ada yang datang berpasangan. Ada yang datang dengan keluarga. Tetapi kini? Mana pergi semua orang? Mana pergi pelanggan-pelanggan kafe ini? Adakah mereka juga turut pergi bersama-sama arwah mummynya?

Lima tahun.

Sudah lima tahun mummy pergi meninggalkannya. Meninggalkan kafe ini. Meninggalkan mereka semua. Dan sudah lima tahun juga Heidry tak pernah jejakkan kaki ke kafe ini. Dia tak mampu. Tak sanggup. Tempat ini penuh dengan memori mummynya.

Tapi... Hari ini dia sudah kembali. Dia kembali demi mempertahankan satu-satunya kesayangan mummy. Nyawa mummy. Mana mungkin dia biarkan Dato Hamzah musnahkan segala-galanya. Tidak sama sekali. Ini usaha mummy. Titik peluh mummy selama ini.

Langkah Heidry terhenti di hadapan sebuah lukisan bunga matahari yang tergantung di tengah-tengah kafe. Lukisan itu masih tampak segar meskipun sudah berusia lebih daripada sepuluh tahun.

Heidry berdiri tegak. Menatap lukisan itu. Lama. Dan tidak semena-mena memori dia bersama mummy di bilik kecil saat mummy sedang melukis lukisan ini terlayar di ruang minda.

Oh, memori...

Kafe ini benar-benar penuh dengan memori.

Tidak sampai lima minit dia menjejakkan kaki ke kafe ini, dirinya sudah dihantui dengan pelbagai memori.

"Lukisan tu masih nampak cantik macam dulu."

Terbang segala lamunan apabila gegendang telinganya disapa satu suara dari arah belakang. Terus dia menoleh.

Sesusuk tubuh yang cukup tidak asing datang menghampirinya bersama senyuman tertampal di bibir.

"Welcome back, Heidry."

Heidry menguntum senyum seraya menghulurkan tangan, menyambut huluran salam daripada Razi, pengurus kafe yang sudah lama berkhidmat di situ.

"Hey... How are you?"

"I'm good. Macam yang kau tengah tengok sekarang ni."

Heidry pandang Razi atas bawah dan kemudian menyeringai.

Yang Tertulis Untuk KitaWhere stories live. Discover now