1 | I'm Yours?

5.8K 134 4
                                    

"Bella, bangun subuh!" Sayup-sayup suara lembut itu kedengaran dari luar bilik tidurnya namun sudah mampu buat dia terjaga.

Mata dicelik luas. Senyumannya melebar. Daripada berbaring, dia terus menukar posisi kepada duduk.

"It's May!" Terus dia melompat turun dari katil dan menyambar tuala. Bilik air dituju dan dalam sekelip mata, dia sudah bersedia untuk memulakan harinya.

"Selamat pagi!" Seperti kebiasaan, dia menyapa kedua orang tua tercinta. Cuma kali ini hatinya agak berbunga-bunga, lebih darioada kebiasaannya.

"Ibuku sayang." Pipi si ibu dikucup penuh kasih. Itulah rutinyya setiap pagi. Manja? Dia tak nafikan. Dia mengaku dia terlebih manja kerana dia merupakan anak tunggal pasangan itu.

"Selamat pagi, sayang. Amboi, nampak berseri-seri hari ini! Ada apa-apa berita gembira nak kongsi dengan ibukah?" Puan Hani bertanya walaupun tangannya masih sibuk menyusun kuih-muih untuk dihidangkan. Anak yang satu itu tidak pernah diabaikan. Permata paling berharga buat dia, dan suaminya.

"Tak adalah, ibu. Bella bahagia macam biasalah. Kalau sedih, nanti ada pula hati yang rawan." Nabila tersenyum nipis sambil memeluk lengan Puan Hani.

Encik Aiman yang ralit membaca majalah menoleh sebentar melihat anak isterinya sebelum dia menyambung menghabiskan bacaannya pada satu artikel. Eksport Malaysia dilihat meningkat sebanyak tiga peratus. Satu berita yang baik.

"Cakap sahajalah, Bella. Bukannya sehari dua kami jaga kamu. 19 tahun dah. Macamlah kami tak faham bahasa isyarat kamu." Sempat juga Encik Aiman menyoal namun matanya masih tak lepas memandang tajuk artikel yang lain. Nabila mengekek perlahan. Kantoi pula!

"Ibu dan ayahku yang disayangi cinta hatiku seratus percent. Bella nak pergi majlis hari jadi kawan, boleh?" Mendayu-dayu suaranya memujuk. Mata dibuka luas dengan mulut dimuncungkan. Mengharap dia diizinkan pergi ke sana.

"Kawan yang mana? Bila?" Encik Aiman berhenti seketika daripada aktivitinya. Kopi dicicip sedikit.

Topik anaknya lebih menarik.

"8 malam esok. Nama dia Amar, kawan satu fakulti. Bella pergi dengan Mia. Dekat sahaja ayah. Dalam dua puluh minit naik kereta. Bolehkan ayah?" Dengan satu nafas Nabila memberitahu. Bukan dia tidak kenal ayahnya. Semua butiran harus dimklumkan kepada ayahnya kalau dia mahu kebarangkalian kebenaran itu diberi lebih tinggi. Walaupun agak tipis harapannya kerana majlis itu dianjurkan oleh kawan berlainan jantina. Pada waktu malam pula.

Nabila melihat ayahnya termenung seketika.

'Tolonglah bagi tolonglah bagi'. Mata ditutup rapat, mengharap keajaiban berlaku. Tangan diusap-usap seperti sedang berdoa.

Amar, lelaki yang dia minati dalam diam. Mereka bukan sekelas tetapi pernah beberapa kali melakukan projek dan tugasan bersama. Rasa indah betul apabila orang yang diminati perasan akan kewujudannya. Siap jemput ke majlis hari jadinya lagi.

"Pukul berapa habis? Balik ayah ambil." Ujar Encik Aiman ringkas lantas menyambung aktiviti yang tergendala.

"Pukul 11. Eh? Sekejap, maksudnya ayah izinkan? Yay! Sayang ayah ketat-ketat. Nanti Bella hantar alamat dia pada ayah. Terima kasih! Muah muah muah!" Bertubi-tubi ciuman dihadiahkan di pipi ayahnya sebelum dia berlari naik ke biliknya. Kena laporkan pada Mia cepat!

"Nabila Iman! Nak pergi mana? Mari sarapan dulu, sayang. Tahulah teruja. Budak bertuah ini." Puan Hani menggeleng melihat telatah anaknya. Kalau dapat sesuatu yang dia mahu, benda lain tak diingat dah.

"Lupalah ibu." Nabila hanya tersengih sambil turun ke ruang makan kembali.




KELOPAK mata yang terasa berat ditolak dengan jari telunjuk. Nabila cuba menghalang dirinya dari tertidur.

Pelik.

Jam baru menunjukkan waktu 10 malam namun dia rasa sangat penat. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu berbaring di tepi kolam renang itu untuk tidur.

Mata Nabila melilau melihat sekeliling. Masih ada satu jam lagi sebelum majlis tamat tapi Nabila rasa dia tak mampu menahan rasa kantuknya ini. Walhal, selalunya jam 12 adalah masa tidurnya.

Mata yang berair ditenyeh sedikit. Dia sambung mencicip air yang diberikan Amar tadi semasa mereka berbual seketika. Nabila cuba bertahan dengan mengalih perhatian diri sendiri. Tetamu yang hadir diteliti. Ramai juga yang dijemput pada malam ini. Pakaian cantik-cantik pula.

Baru dia sedar. Amar bukanlah biasa-biasa. Mereka yang dijemput bukan calang-calang.

Tapi sebenarnya jika dilihat pada reka bentuk rumah pun dia sudah boleh agak hal itu.

Buktinya, kolam renang yang luas dihadapannya ini. Dia pernah melawat vila sahabat ayahnya suatu ketika dahulu yang mempunyai kolam renang privasi. Kolamnya tidak besar. Anggaran luasnya hanyalah sebesar kolam privasi di Hotel Lexis Hibiscus. Namun kos membinanya mencecah RM50k. Tidak dapat dia bayangkan berapa wang yang dilaburkan keluarga Amar untuk membina kolam sebesar ini.

Sekali lagi Nabila menenyeh matanya. Pipi ditampar-tampar dengan harapan rasa kantuk itu berlalu pergi.

PAK!

Akibat terlalu mengantuk, Nabila terlelap seketika dan kepalanya terhantuk pada meja.

"Aduh..." Nabila menggosok kepalanya perlahan. Orang sekeliling mula memandang Nabila. Tangan dinaikkan menutup muka. Kuat juga bunyinya tadi.

Malu!

Setelah beberapa saat, perhatian bukan lagi pada dirinya. Nabila menghela nafas lega. Dia memerhatikan rakan-rakannya yang bermain perrmainan yang dianjurkan. Masing-masing bermain mengalahkan budak darjah satu.

Mia, teman karib Nabila pun sama. Main tak ingat dunia. Jatuh dalam kolam nanti baru tau.

BUSH!

Masin mulut Nabila. Mia sudah selamat tergolek ke dalam kolam. Yang tak tahannya, boleh pula Mia dan yang lain sambung bermain di dalam kolam pula. Nabila tergelak perlahan. Kalau bukan kerana rasa kantuknya ini, mungkin dia sudah menyertai mereka.

"Awak okay Nabila? Saya nampak awak macam tak gembira." Nabila gigit bibir perkahan sambik memejam mata. Bila masa pula Amar sampai di sini? Jantung Nabila mula berdegup laju.

"Saya okay. Maaf, jangan salah faham. Saya gembira sahaja cuma tak tahulah kenapa rasa mengantuk sangat hari ini. Selama ini boleh sahaja saya tidur lambat. Tak taulah kenapa mata buat perangai pula." Nabila menenyeh mata lagi. Kalau boleh dia nak melompat kegembiraan kerana Amar menegur dia. Teruja rasanya! Tapi rasa kantuk itu mengatasi segalanya.

Malu pula kerana dia buat perangai tak semegah ini di hadapan Amar. Sudahlah dia meminati Amar sejak sekian lama. Semua orang tahu hakikat itu kerana ada manusia tak bertamadun terbaca isi diari yang Nabila tulis. Dalam sekelip mata, berita hangat itu tersebar.

Namun, sampai sekarang dia tidak tahu apa perasaan Amar terhadapnya. Amar hanya berlagak seperti tiada apa-apa berlaku jadi Nabila juga turut melakukan hal yang sama. Hanya berkawan. Padahal dia yakin, Amar tahu akan berita yang tersebar itu.

Tapi bagus juga begitu. Ini bukan masa untuk dia masuk ke alam percintaan lagi. Kalau Encik Aiman tahu akan hal ini, mahu dibebelnya Nabila.

"La ye ke? Okay, macam inilah. Sebenarnya, saya perhatikan awak sejak tadi lagi. Risau pula saya tengok awak mengantuk macam ini. Apa kata, awak masuk bilik tetamu dahulu. Rehat. Nanti saya bagitahu kawan-kawan awak untuk kejutkan sebelum mereka balik. Boleh?" Nabila terdiam seketika. Kalau ikutkan hati, dia tak mahu. Dia datang ke sini untuk meraikan Amar, bukannya menternak taik mata. Tapi apakan daya. Rasa kantuk menguasai segalanya. Makanya, Nabila hanya mengangguk setuju.

"Seganlah. Maaf menyusahkan." Nabila serba salah.

"Tak apa. Jom ikut saya." Nabila bangun sambil cuba menggagahkan diri untuk mengikut jejak Amar. Sampai saja di bilik tetamu, rasa kantuk itu tak tertahan lagi. Amar yang memahami terus mempersilakan dia untuk berehat lantas keluar dari bilik itu.

Empuk.

Walaupun hanya bilik tetamu, dekorasinya cukup mewah. Tilam yang digunakan sangat empuk. Bantal juga. Dalam masa kurang satu minit Nabila sudah selamat berlayar ke alam mimpi.






Updated : 13 Jun 2022

I'm yours?Where stories live. Discover now