5 | I'm Yours?

2.2K 97 0
                                    

"Ayah, penatlah duduk sini. Semua kena buat sendiri. Dunia dah moden, kot? Kenapa nak kena buang masa, tenaga, air untuk basuh baju? Mesin basuh ada sebuah je. Penatlah ayah nak tunggu turn." Adu Nabila kepada Encik Aiman melalui panggilan telefon. Baru sebulan berada di asrama, dia dah nak balik.

"Sabarlah sayang. Tak lama pun. Dua tahun sahaja. Nanti masa degree, ayah bagi Bella duduk rumah balik, okay?" Nabila mencebik. Nak buat apa buang masa macam ini? Dunia dah maju. Gunakanlah teknologi yang ada. Bagi Nabila, kena basuh baju guna tangan untuk melatih diri ni tak relevan! Nanti kerja, dia belilah mesin basuh. Tak pun, hantar dobi. Selesai masalah.

"Ayah, Bella datang sini nak belajar. Kalau kena basuh baju, nanti Bella penat. Terbuang masa nak ulang kaji." Nabila masih tak berpuas hati. Bukannya dia tak reti berdikari. Walaupun dia seorang anak tunggal, dia pandai melakukan kerja-kerja rumah. Cumanya, dia terlebih manja dengan ibu bapanya.

Datang kolej, tengok-tengok hanya ada satu mesin basuh untuk kegunaan satu blok yang mempunyai menghuni hampir 200 orang.

"Ayah faham, sayang. Tapi, bila lagi Bella nak rasa pengalaman macam ini? Ada hikmahnya. Jangan risau. Tak banyak, sikit pun mesti ada untuk Bella pelajari. Percaya ayah tak?"

"Hmm..." Nabila hanya menggumam perlahan sebagai jawapan. Masih tak berpuas hati.

"Dua tahun sahaja. Nanti degree, ayah janji ayah benarkan Bella pilih universiti dekat-dekat rumah."

"Betul ni?"

"Betul."

BEEP!

Nabial tersenyum apabila teringatkan perbualannya bersama Encik Aiman ketika dia berusia 18 tahun, pertama kali tinggal jauh dengan keluarganya.

'Ya, ayah. Bella belajar sesuatu. Bella belajar apa rasanya berjauhan dengan ibu ayah. Dan sekarang Bella dapat univeristi yang betul-betul dekat dengan rumah, ayah. Dekat dengan ibu, dengan ayah.'

Air matanya menitis perlahan. Bukan nak bersedih, cuma nak meluahkan tanpa bicara. Mungkin betul kata Puan Umaira.

Dia masih tak kuat dan perlu dibimbing. Boleh bilang guna jarilah berapa kali Nabila datang melawat tanpa tangisan. Setiap hari, dia bangun dengan penuh kekesalan.

"Ayah, janganlah hukum Bella macam ini. Bella janji tak susahkan ibu ayah dah. Kenapa tak nak bangun? Kenapa?" Hanya bunyi mesin yang kedengaran menunjukkan nadi ayahnya masih berdenyut.

Dia risau. Dia takut. Bagaimana jika ibu dan ayahnya tidur berdekad lamanya seperti apa yang dia sering lihat di dada akhbar? Atau, bagaimana jika mereka terus berhijrah ke dunia abadi tanpa menyapa dirinya terlebih dahulu? Kadang-kala, Nabila tak dapat melelapkan mata kerana memikirkan hal ini.

"Awak, sudahlah. Ibu, ayah, tengah berjuang nak bangun. Janganlah sedih macam ini. Nanti lemah semangat mereka tengok anak kesayangan mereka begini. Nanti awak sakit macam mana? Ingat saya pesan apa dekat pulau dulu?" Nabila melihat ke arah suara itu.

Iqbal Asyraf.

Air mata dikesat. Wajah lelaki yang bersih licin tanpa cela itu ditatap. Dialah yang selalu memberi semangat. Selalu menemani. Tapi dia juga yang selalu menyakat. Senyuman terukir di bibir Iqbal menambahkan lagi serinya.

Air mata Nabila mengalir deras lantas tubuh Iqbal yang duduk di kerusi di sebelahnya dipeluk erat. Segalanya dihambur dalam pelukan si dia. Rasa tenang. Nabila boleh jamin baju putih Iqbal sudah basah. Lama mereka berkedudukan begitu sehinggalah tangisannya reda. Jelas pada pendengaran Nabila yang kini jantung Iqbal berdegup laju.

'Sekejap,apa aku tengah buat ni?'

Bagai baru tersedar, Nabila menolak badan Iqbal jauh darinya. Iqbal yang tidak menjangka tindakan gadis itu pula–

I'm yours?Where stories live. Discover now