4 | I'm Yours?

2.5K 100 6
                                    

"Kalau tak ada soalan, kita bersurai. Jumpa minggu depan. Terima kasih, semua." Nabila meregangkan tangan. Bahu sudah terasa lenguh setelah mendengar syarahan pensyarah perakaunannya selama dua jam tanpa henti.

Penat. Tapi nak buat macam mana? Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk sedikit ilmu dan segulung ijazah.

Beberapa bulan yang lalu, Nabila memutuskan untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Meraung menyalahkan diri sendiri tidak akan memberi sebarang hasil kepada kemajuan dirinya. Dengan sokongan Encik Usman dan Puan Umaira, dia di sini.

Kriuk...

Perut yang lapar diusap perlahan. Kena cari makanan tengah hari sekarang! Perut dia dah berpesta. Aduh perut! Tak bolehkah tahan sekejap? Kalau boleh, dia tak mahu keluar dari kelas sekarang kerana...

"Hai lemon pie! Lunch jom?" Nabila memejam mata erat. Baru cakap, dah muncul. Tak perlu keluar kelas, makhluk yang dia cuba elak itu dah menceroboh masuk sebaik sahaja pensyarahnya melangkah keluar.

Nabila hanya mampu menekup wajahnya ke atas meja. Berulang kali dia melarang dan berulang kali juga dia memarahi lelaki ini dari mengganggunya, tapi tiada kesannya. Katanya, dia bukan mengganggu. Dia prihatin.

Inilah dia, Iqbal Asyraf.

"Bella, aku keluar dulu?" Mia, sahabatnya sejak sekolah sehingga ke peringkat diploma bertanya. Kini, mereka menyambung pengajian ijazah sarjana muda di tempat yang sama. Semuanya kerana Mia risaukan keadaan Nabila yang masih bersedih dengan keadaan ibu bapanya. Mia pun dah biasa dengan perangai Iqbal.

"Okay. Jumpa nanti." Tak mahu Mia menunggu lama kerana melihat dia dan Iqbal bertekak, dia terus membiarkan Mia keluar terlebih dahulu.

"Nak makan dekat mana, sayang?" Nabila ketap bibir. Rasa nak campak sahaja lelaki ini keluar kelas. Sayang, sayang! Menyampah.

Teringat bagaimana dia mengenali Iqbal, Nabila mengeluh. Kes Amar beberapa bulan yang lalu kembali bermain di ingatan.

Memandangkan hanya keluarga Nabila dan Amar yang tahu kejadian itu, ibu bapa Amar memutuskan untuk mereka berdiam dahulu apabila mengetahui berita kemalangan ibu dan ayah Nabila. Masalah ini akan diselesaikan apabila mereka sedar dari koma kelak. Sementara itu, bapa Amar akan menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

Dan dia pula harus tinggal bersama Puan Umaira dan Encik Usman. Iqbal pula merupakan anak mereka. Ya, anak mereka.

"Boleh tak kau keluar dari pandangan mata aku?" Sederhana kuat Nabila menengking. Tak adalah tengking, cuma dia naikkan suara sedikit sahaja. Iqbal yang terkejut terus mengusap dada perlahan.

"Uish garang. Saya ajak lunch makan nasi, bukan makan saya." Iqbal tersengih.

Nabila mengeluh lagi. Sudah terbiasa dengan kekebalan Iqbal terhadap semua amarah yang dia lemparkan.

"Kau tak penat ke kacau aku?"

"Mana ada kacau. Saya jaga awak." Iqbal tersenyum manis. Namun, tak mampu membuat Nabila tersenyum juga.

"Jaga apa? Look, memang aku duduk rumah kau tapi tak semestinya dari rumah sampai ke sini kau kena jaga aku."

"Apa salahnya? Awak tanggungjawab saya. Kalau jadi apa-apa? Penat saya nak jawab dengan ummi, Abi, Ibu, Ayah..."

"Okay stop!" Haih budak ini. Kalau dibiarkan dia, akan ulang ayat yang Nabila sudah dengar buat berpuluh kalinya. Sudahlah ayat yang sama sahaja. Tak berubah walaupun satu patah perkataan.

Iqbal tersenyum menang.

"Kan bagus macam ini.Isteri yang solehah." Tersedak Nabila dibuatnya mendengar ayat selamba Iqbal.

I'm yours?Where stories live. Discover now