7 | I'm Yours?

1.7K 92 0
                                    

"Ummi...Seriuslah?" Rengek Nabila sebaik sahaja Puan Umaira menyudahkan kata-katanya.

"Ya Bella. Kalau Iqbal izinkan, kami izinkan." Puan Umaira berkata jelas sambil tersenyum.

"Tapi kenapa?"

"Sebab ummi dan abi amanahkan achik untuk jaga Bella, ingat? Jadi lebih baik Bella minta izin daripada achik. Lagipun achik tak suka kalau benda yang jadi tanggungjawab dia, orang lain masuk campur. Okay?" Nabila lihat muka Puan Umaira seperti serba salah namun itu hakikatnya. Nabila mencebik.

"Baiklah. Bella akan tanya dia dulu." Nabila menjawab pasrah. Kalau itu kata Puan Umaira, tak akan dia nak bantah?

Pergi Mentoring dekat Kampung Orang Asli sahaja. Tak akan lah Iqbal tak benarkan, kan?

"LAMBAT lagi ke Iqbal...Huwaaa!" Rasanya ni dah nak dekat 7 kali Nabila menguap. Punyalah lama lelaki itu pilih barang.

"Sikit lagi lemon pie! Saya tengah tunggu respon orang lain ni." Inilah sebab kenapa beli-belah yang sepuluh minit boleh jadi dua jam. Setiap benda yang Iqbal nak beli dia akan tilik. Selepas itu, Iqbal akan bandingkan barangan yang dipilih dengan setiap jenama dari segi harga, kualiti dan kuantiti. Sangat teliti orangnya tapi ketelitiannya itu buat Nabila merana!

Sekarang Iqbal tengah tanya pendapat kawannya yang lain tentang barang yang dipilihnya.

Sekian lama menunggu akhirnya Iqbal menuju ke kaunter pembayaran. Kalau tak disebabkan ugutan Iqbal yang jika Nabila tak temankan Iqbal datang ke sini, Iqbal tak akan izinkan dia menghadiri kem, memang tidaklah Nabila nak temankan Iqbal.

"Fuh! Biar betul dia ni? Kalah aku shopping. Akhirnya siap– Eh jap! Woi nak pergi mana tu?! Kaunter dekat situ la!" Ingatkan nak pergi kaunter, rupanya Iqbal pergi dekat bahagian kasut pulak. Nabila dah terduduk balik atas bangku berhampiran.

"Penat ke?" Soal Iqbal sebaik sahaja dia selesai mendapatkan kasut yang dikehendakinya. Nabila hadiahkan pandangan helang kepada anak lelaki kedua Puan Umaira itu.

"Soalan tu tak ada yang lawak lagi ke?" Perli Nabila malas.

"Ada. Macam mana nak masukkan gajah dalam peti?"

"Buka peti, masukkan je lah." Walaupun sangat random soalan itu, Nabila jawabkan juga.

"Macam mana nak masukkan zirafah dalam peti?"

"Keluarkan gajah, masukkan zirafah."

"Singa buat majlis makan malam. Majlis tu lama sangat sampaikan haiwan yang duduk jauh pun sempat sampai untuk sertai majlis tu. Tapi satu haiwan tak datang. Siapa?"

"Err.. Sloth?"

"Sloth? Sebab?"

"Sebab dia jalan lambat gila!"

"Tet! Zirafah yang tak datang sebab dia dalam peti." Dahi Nabila berkerut sebentar sebelum sel-sel otaknya mula berhubung. Iqbal cuma nak alihkan perhatian dia.

"IQBAL!!!" Iqbal yang sudah melangkah ke hadapan hanya ketawa tak mempedulikan amarah Nabila. Nabila pula menghentam kaki tanda tidak berpuas hati.

Tiba-tiba Iqbal berhenti di salah satu kiosk dalam mall. Ha sudah dia nak apa lagi. Subuh esoklah jawabnya sampai rumah kalau macam ini.

"Cantik tak yang ni?" Satu gelang perak berbunga sakura merah jambu diangkat. Ringkas tapi elegan.

"Cantik. Untuk siapa?" Iqbal hanya tersengih.

"Girlfriend." Nabila menjeling sebelum menghampiri Iqbal. Sebal dengan jawapan lelaki itu tapi mata masih menilik gelang itu. Cantik.

Tapi Iqbal nak beli untuk kekasih dia. Okay sekarang gelang tu nampak buruk.

I'm yours?Where stories live. Discover now