8 | I'm Yours?

1.6K 96 0
                                    

Sebaik sahaja tiba di hospital, Iqbal segera bergerak turun dan meluru masuk ke dalam hospital meninggalkan Nabila terkebil-kebil.

"Hello? I'm still here okay?"

Dengan perasaan marah Nabila cuba menjejaki Iqbal yang sudah hilang dari pandangannya namun langkahnya terhenti apabila dia teringat yang dia tidak tahu wad rakan Iqbal ditempatkan. Namanya pun dia tidak tahu. Keluhan kecil kedengaran Nabila lepaskan lantas dia berpaling semula ke arah kereta. Bahu jalan menjadi destinasi untuk tubuhnya berlabuh.

Apalah nasib kena tinggal. Nasib baik cuaca tak panas kalau tak Nabila panggang Iqbal jadi makan malam.

Mata Nabila memerhati keadaan sekeliling yang agak sibuk memandangkan sekarang waktu melawat sudah bermula Matanya pantas menangkap sesuatu di seberang jalan luar hospital.

"Wowerzz!!" Mata dikerdip berkali-kali.

"I'm not dreaming, right? Baby,I'm coming!!!"

SEJURUS mendapatkan maklumat keberadaan rakan baiknya, langkah dibuka laju menuju ke wad yang dinyatakan. Pintu dibuka laju.

"Najmi!" Raut kerisauan jelas kelihatan pada wajah Iqbal.

"Yow friend! Long time no see bro! Cepat kau sampai?" Najmi kelihatan tenang sambil duduk di tepi katil dan menikmati-

Pizza?

"Chop chop chicken chop. Kata accident?" Ni dah kenapa bukan Najmi yang baring atas katil?

"Memang pun. Tengok ni." Najmi menunjukkan luka pada dahinya. Ada tampalan plaster kecil di dahi Najmi. Punyalah Iqbal risau rupanya besar semut sahah luka dia.

"Tapi Alisya kata-aduh!" Iqbal menepuk dahinya kuat.

"Relax. Mesti kau tak dengar habis dia cakap kan? Mesti dia cakap, Najmi kemalangan. Pastu kau pun 'Ha apa tunggu 10 minit lagi sampai!' pastu pecut kereta tak ingat dunia. Betul tak?" Iqbal mengeluh lalu mengangguk perlahan. Tepat pula budak ni teka.

"Kau ni. Mentang-mentang lama tak jumpa, kau lupa yang kau sahaja panggil aku Najmi?" Orang lain memanggilnya Razak. Najmi Razak. Ini kerana orang lain memanggil adiknya, Najmi Ad-Din dengan nama Najmi. Maksudnya Alisya memaksudkan Najmi Ad-Din yang kemalangan.

Baru Iqbal perasan kelihatan Din sedang tidur di atas katil dengan kaki dan tangan yang berbalut.

"Dah tu kenapa Alisya kalut sangat bagitau aku?" Rambut hitamnya diraup ke belakang. Kalau Najmi Razak, logiklah kalau Alisya mahu maklumkan padanya memandangkan dia dan Najmi memang sangat rapat.

"Macamlah kau tak tau yang sepupu aku itu minat gila kau. Dah lama tak tengok kau itu yang dia cari jalan biar kau datang. Hahaha!" Mahu dia bantai gelak tapi ada satu tangan hinggap dulu di kepala Najmi.

"Diamlah cerdik! Ini wad. Kau ingat ini Sunway Lagoon?" Nasib baik kawan baik. Kalau tak Iqbal dah lempar masuk OR sana. Biar padan dengan kau takut darah.

"Aku ingat Wet World Of Tambun." Iqbal menjengilkan matanya.

"Maaflah. Kau ini dari dulu tangan itu laju je mengetuk. Kang masuk hospital betul-betul aku sebab bengkak kat kepala. Tapi tak ada rezeki Alisya nak tengok kau, mak dia ajak dia balik. Rumit betul love story kau." Dia nak gelak lagi sebenarnya tapi bila lihat muka Iqbal yang macam nak makan orang tu dia batalkan sahaja niat dia.

"Najmi, kau tahukan aku dah ada-" Kata-kata Iqbal terhenti apabila dia teringatkan sesuatu.

Sekejap.

Something is missing.

Dompet ada.
Telefon ada.
Semut yang selalu menyorok dalam bahagian kad pengenalan...

I'm yours?Where stories live. Discover now