Chapter 27 | You're the devil

3.2K 302 111
                                    

"Eldera.. "

Eldera yang baru sahaja mengajar Adrea bermain pedang, menoleh ke sisi. Anak matanya tajam menikam anak mata berwarna biru itu. Si mata biru juga tidak terlepas membalas panahan mata itu.

"What?"

"Apa hubungan kau dengan Adrea? "

Soalan yang keluar daripada mulut si mata biru memberhentikan tindakan Eldera yang baru sahaja ingin mengambil botol minumannya. Badan dikalih memandang si lelaki.

"Kau rasa apa hubungan aku? " soalan dibalas soalan. Eldera hanya beriak kosong manakala si lelaki sudah menggenggam buku lima.

"Tolong jangan main tarik tali dengan aku Eldera. Aku tanya kau baik-baik dah ni. "

"Jadi aku pun. Aku tak tengking, jauh sekali marah dekat kau. Jadi soalan aku mudah, kau rasa, apa hubungan aku dengan Adrea? "

Botol air diambil kembali. Apabila tiada sebarang jawapan, Eldera hanya beredar. Dia lebih gemar duduk bersendirian atau lepak dengan kumpulanya sahaja. Yang lain dia malas nak ambil pusing.

"Kau cintakan Adrea bukan? "

Langkah Eldera terhenti serta merta. Badan dikalih kebelakang kembali.

"Aku ada tanda cintakan dia ke? "

Semakin bengang lelaki bermata biru. Eldera pula hanya menjadi dirinya. Batu dan dingin.

"Semua soalan yang aku tanya, semua tulah apa yang kau nampak tentang aku dan Adrea. Terpulang pada jawapan dan tanggapan kau. Aku malas nak jawab. So senang, kau fikirlah sendiri! "

Terus kaki Eldera melangkah pergi dan tidak menoleh lagi. Tengkingan dan panggilan sang lelaki bermata biru diabaikan begitu sahaja. Mengesah pulak dia kalau lelaki tu nak cari gaduh. Meh lah kalau nak masuk kubur sangat!

"Dammit! "

***

Adrea termenung memerhati langit biru. Kaki dirapatkan sehingga ke dada. Satu keluhan dilepaskan bersama mata tertutup.

"Janganlah nak mengeluh aje. Itu tanda kau tak bersyukur tahu tak? "

Sapaan satu suara menyentakan Adrea. Matanya membulat apabila Eldera menghulur air sambil tersenyum manis. Boleh tak aku cakap dia ni macam malaikat tak bersayap?

"Malaikat mana jatuh ni? " luahnya tanpa sedar. Terkelip-kelip mata Adrea seperti tidak percaya. Eldera senyum manis?

Satu keajaiban dunia betul.

Boleh lah kut masuk dalam Dianthus Book Of record.

"Aku bukan malaikat Adrea Bellvania. "

"Abistu? " Eldera ketawa dengan sikap blur Adrea. Macam budak-budak! Dengan pipi dan mata bulatnya! Eyy.. Ada yang kena gigit nanti!

"Malaikat maut kau. "

"Eh handsomenya! Patut jantung rasa macam nak terkeluar dah ni! Ehehe.. Hotnya maut ku.."

Terus jari Eldera naik menjetik dahi Adrea. Hailah budak ni. Aku bergurau pun boleh dibuat mainnya. Selamat kekasih hati. Heh.

"Auw.. "

"Imaginasi tu tinggi sangat kenapa? Nah, ni air. "

"Ni bukan air yang merangsang hormon aku kan? "

"Nak aku humban kau dalam kawah berapi ke?"

Adrea hanya mengambil air itu sambil mencebik bibir. Eldera pula sekadar mengeleng kepala. Ni padahnya kalau selalu bagi Adrea lepak dengan Eryl.

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now