Chapter 46 | Talk to yourself

2.6K 263 105
                                    

"Jadi? Apa yang kau dapat? " Soal Eldera bersama badan yang bersandar di dinding. Tangan bersilang di dada bersama riak seriusnya. Lelaki berkerundung disebelahnya hanya senyap sambil menghulur beberapa helai kertas kepada sang remaja.

"Daemon ciptaan? " Berkerut dahi Eldera membaca tulisan dan kata-kata diatas kertas-kertas itu.

"Yeah. Daripada maklumat yang aku dan Alter ada, itulah dia. Daemon ciptaan. Salah satu kajian yang dihentikan setelah bertahun-tahun lamanya. "

"Kejap. Maksudnya kekacawan malam semalam disebabkan manusia? "

"Tak jugak.. "

"Huh? "

Kini Alzer berdiri betul-betul dihadapan Eldera. Wajahnya serius. Tiada main-main.

"Aku kesan aura.. Syaitan. " Eldera mengeluh panjang.

"Kau nak tuduh aku? "

"Kau.. Tak hilang kawalan kan semalam? " Teragak-agak Alzer menyoal. Eldera senyum kelat.

"Alzer.. " panggilnya seakan berjauh hati.

"Kalau benda ni memang daripada aku, aku tak akan mintak kau dengan Alter cari. " Kertas itu diserahkan kepada Alzer kembali. Kaki diangkat untuk pergi. Terkilan? Huh, tipulah kalau tak rasa.

Alzer mula rasa bersalah. Dia tidak bodoh untuk nampak perubahan wajah Eldera tadi. Kecewa. Terasa.

"El! "

"It's okay. Aku tak boleh salah kan kau sepenuhnya. Tahun ni dah banyak kali aku lost control. So yeah.. " Kini Eldera berpaling kebelakang. Senyuman yang memang kelat dihadiahkan pada Alzer.

"I'm fine. Go back to Alter. He need you.. " Badan dipaling kehadapan kembali. Melangkah pergi meninggalkan Alzer dengan perasaan bersalahnya.

"Shit. I shouldn't have done that. Ah apa kau dah buat Alzer? Haiih.. "

***

"Hey pretty boy. What wrong with that pig face of yours? Sembelit? "

"Shut up Adrea. Aku tak nak gaduh dengan kau pagi ni. "

Ternaik kening Adrea apabila Eldera melayanya dingin tetiba. Lelaki itu pula kembali senyap dan duduk ditempat penonton. Malas mahu tunggu di bilik perserta, jadi mereka ambil keputusan untuk tengok dari luar aje.

"Bulan kembang ke? " soalnya separa berbisik. Terjengket-jengket Adrea berjalan melintasi Eldera seakan pencuri sebelum duduk disebelah lelaki itu. Eldera tetap juga begitu. Dingin.

"Eldera "

"... "

"Weh. "

Tiada sahutan.

"Bodoh. "

Masih sama.

"Weh pig. "

Menyampah dengan dirinya yang tidak dilayan, Adrea memeluk tubuh dengan bibirnya yang mencebik. Otak masih ligat memikirkan cara untuk mendapatkan perhatian sang jejaka.

"Hah! " Seakan mentol yang menyala dikepala, Adrea sengih sinis. Kini dia bangun daripada duduk lalu seakan diva, dia melintasi Eldera. Senyumannya melebar apabila bebola mata Eldera seakan memerhati tubuhnya yang kegedikan.

"Sayang! "

Kini mata Eldera terjegil apabila Adrea selamba memeluk Eryl yang elok mengorat dua gadis. Tersedak dia jadinya apabila tiba-tiba sahaja Adrea muncul. Kekok dengan keadaan itu, terus dua gadis itu cabut.

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now