Chapter 30 | Something wrong

2.9K 282 141
                                    

Mata hijau Eldera naik memandang gadis yang elok bercekak pinggang dihadapanya. Muka si gadis jelas merah ditambah juga dengan urat-urat geram.

Sebelah kening terjongket dengan riak bosan. Dia pula senang aje duduk di sofa single berwarna hijau di bilik belajar Adrea.

"Kau kenapa Adrea? Baru lepas membuang ke apa? Tangan basuh tak? "

Semakin mendidih lah Adrea mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut si jejaka. Kecik aje Eldera dimata Adrea. Ada jugak yang makan penyepak sulung dia nanti. Syaitan dah berbisik macam-macam dekat telingan ni, tinggal dia aje nak laksanakannya.

"Kau tahu tak kau dah buat apa dekat aku? " soal Adrea dengan nada tertahan. Eldera pula membulat mata bersama tangan yang ditekup ke mulut. Over.

"My god, aku buat kau mengandung ke? Kesan sebab aku cium kau dulu? Wow, senang betul kau mengandung. "

"Kepale hotak kau! Eyy… Kau dah buat aku jatuh miskin lah! "

"Oh. "

Sakit jiwa dan raga. Ringan aje tangan Adrea nak landing dekat muka batu bata tu sekarang. Bersepai aje nanti.

"Aku buat kau miskin apa? Miskin kasih sayang? Lar.. Kenapa tak cakap? Meh sini duduk atas riba aku. Dengan senang hati aku kasi kasih sayang yang sangat mendalam. " ujar Eldera dengan lirikan menggoda.

Muka Adrea dah merah padam. Laju tanganya mencapai buku diatas meja belajar lalu dibalingnya pada Eldera! Lelaki itu pula selamba menangkap. Semakin panas hati Adrea apabila lelaki itu memberi muka mengejek.

"Buku aje ? Hati kau bila nak kasi? "

"Eyy!!! "

Eryl yang baru sahaja sampai dihadapan rumah Adrea, meneguk liur apabila melihat keadaan pintu rumah yang dah ranap seperti dihentam teruk oleh sesuatu.

"Bapak kejam kau Eldera. Dulu pintu belakang kau ranapkan, kali ni pintu utama pulak? Habis duit Adrea macam ni. "

Keluh Eryl diluar rumah itu. Niat mahu pergi ke Academy dengan dua sahabatnya itu, tapi ada pulak 'perang' pagi ni.

Ni mesti kes Adrea cabar dia dalam group malam tadi. Katanya kalau Eldera pecahkan pintu rumah dia tu, Adrea janji akan belanja dia kek.

Tapi aku rasa Adrea bergurau aje kut.

Kalau melibatkan kek semua benda Eldera ambil serius.

Hantu kek sungguh.

"GANTI BALIK PINTU AKU CELAKA!!! "

"Eh, Tak payah ah ganti. Cantik apa pintu tu? Hasil tangan aku tau? Hargailah gift aku tu. "

"YOU LITTLE...!!! "

Satu lagi keluhan terbit di bibir Eryl dikala barang-barang mula keluar daripada tingkap atas rumah Adrea. Kerusi lah, meja lah, buku lah. Macam-macam!

Eldera pun satu. Pagi-pagi dah cari fasal dengan budak tu kenapa?

"Nampak macam aku kena pergi dulu lah ni. Puyu kau teman aku eh? " soal Eryl kepada tupai Adrea yang berjalan kearahnya. Puyu melompat keatas tangan Eryl sebelum sedap landing di kepalanya.

"Pururu.. "

"Hehe.. Comel lah kau ni. Betina en? Nak keluar dengan aku tak? "

"Purururu? (Excuse me?) "

Sudahnya Eryl tak habis bercelote itu ini dengan si tupai. Kena faham, orang forever alone memang sadis sikit. Binatang macam Puyu pun boleh jalan..

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now