Chapter 39 | Something wrong

2.7K 261 46
                                    

Nafas yang kencang, dikawal sehabis baik. Peluh yang menuruni lekuk badan, dibiarkan menitis diatas tanah. Mata yang seakan naga merenung tajam lelaki dihadapanya. Tersengih.

"Apa kau nak Vans? " soal Fafnir dingin lalu mengambil tuala kecil diatas batu besar berhampirannya. Peluh di lap. Baru sahaja habis latihan berlawan. Vans hanya senyap dengan senyuman. Mata emasnya bercahaya sedikit terang.

"Kau pasti nak biarkan Fenrir cari 'barang' tu sendirian? " soalan dibalas soalan. Fafnir diam seketika sebelum mata menatap wajah Vans.

"Fenrir mungkin bodoh, tapi dia cekap. Kau tak perlu risau. Cuma sekarang, tolong jalankan kerja kau. Aku dengar, Daze dah settle kan bahagian dia. "

"Daze? Daze the-" sebelum sempat Vans menghabiskan ayat, mulutnya ditekup oleh Fafnir bersama mata yang tajam menikam.

"Lebih baik kau jangan sambung ayat tu. Lagi-lagi depan dia. " Tangan Fafnir ditolak perlahan. Vans menghela nafas berat.

"So it's true. Aku ingat ianya khabar angin. Huh, nampaknya aku dah balik dari kematian pada waktu yang memang menarik. " ujar Vans lalu memandang langit. Fafnir pula hanya mendiamkan diri.

"Faf, Vans. "

Kini, kedua lelaki itu menoleh ke belakang. Fenrir memandang mereka dengan riak serius. Kerundung yang menutupi wajah diturunkan.

"Aku dah jumpa... " Sengihan mereka melebar. Tetapi sengihan itu pudar sebaik sahaja mendengar ayat daripada bibir si syaitan.

"Tapi bahagian 'penting' dah hilang."

"Dammit! "

***

Satu keluhan keluar dari bibir sang jejaka. Rambut emasnya diraut kebelakang. Butang baju dibahagian atas dibuka sehingga menyerlahkan dada bidangnya. Mata hijaunya, menatap dua mahluk yang sudah berkecai menjadi cebisan.

"Aku dah melebih, rasanya? Well, what done is done. Not my fault, maybe? Ahh, I don't kerek lah! " Ujar Eldera lalu selamba beredar meninggalkan dua bangkai rasaksa yang ditewaskan olehnya. Kaki hanya melangkah seperti tiada apa-apa.

"Aku harap Eryl ikut peta tu," bisik Eldera seorang diri. Tidak lama kemudian, suara sorakan kedengaran. Sangat kuat. Sengihan kelat terukir di bibir Eldera.

"Nampak macam mereka dah keluar. Well, kau seorang ajelah tinggal, Eldera. "

"Siapa cakap kau seorang? "

"Huh? " Membutang mata Eldera apabila melihat susuk tubuh Adrea yang berdiri dihadapanya dengan senyuman. Terkebil-kebil lelaki itu jadinya.

"What are you doing here? Kau sepatutnya-"

"Kita tak akan tinggalkan sesiapa dibelakang. Kau dah lupa apa yang Eryl cakap? "

"Tapi-"

"Tak ada tapi-tapi. Aku ketua, so aku yang bagi arahan. Faham? " Kini mata Eldera jatuh pada Eryl yang muncul disebalik dinding. Tangan bersilang didada bersama badan yang tersandar di dinding. Tersenyum.

"Apa boleh buat, kami pun bukan suka melawan cakap ketua. Sangat. " Kini Nicolas, Akira serta Koharu pula yang muncul. Nicolas buat muka menyampah bersama tangan di bahu. Gedik kejap.

Eldera hilang kata-kata. Sudahnya dia hanya mampu ketawa lalu tersenyum ikhlas. Terharu dengan sikap rakan barunya.

"What a stupid team I have."

Adrea mencebik manakala Eryl melepas tawa besar. Nicolas tersenyum kelat begitu juga dua gadis dibelakangnya.

"Kau memang Eldera. Ayat leleh air mata tak boleh kasi sikit ke? " sindir Adrea membuatkan Eldera menguling mata keatas.

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now