Chapter 81 | Heira

2.2K 193 36
                                    

Di sebuah perkuburan, seorang wanita duduk dihadapan salah satu kubur yang banyak dihiasi kalung bunga. Di sisinya pula, berdiri sang anak yang hanya berwajah sayu.

"Maaf sebab tak ada masa ayah dikebumikan." Bisik si anak dengan senyuman kelat. Tanganya naik mengusap batu peringatan ayahnya.

R.I.P

NASH DELAINE

"Aku..Aku cuma tak sedia nak mohon maaf sebab dah.." Dia tak boleh menghabiskan ayatnya. Lebih-lebih lagi apabila ibunya di sisi. Satu keluhan terbit dari bibirnya.

"Bila tiba masanya, aku akan datang balik dan mohon maaf pada ayah. Cuma buat masa ni, aku perlukan masa lagi. Susah nak buang dendam dalam hati walaupun aku rasa terkilan atas perbuatan sendiri." Kali ni dia tersenyum kelat.

"Terukan anak ayah yang ni? "

Tiba-tiba hujung bajunya ditarik sang ibu. Kepala ditundukan untuk menatap wajah suci itu. Dia memberi senyuman tawar sebelum melabuhkan ciuman pada dahi wanita tersebut.

"Eldera tahu ibu benci ayah, tapi dia dah pergi sekarang. Eldera harap ibu maafkan dia. Ibu tak boleh berdendam.. Eldera tak nak ibu jadi macam anak ibu yang satu ni. Lagi pun.." kali ni Eldera melutut di sisi ibunya. Perut ibunya diusap lembut.

"Eldera tak nak budak ni jadi macam abang dia."

Puan Eriana tersenyum halus dengan perbuatan Eldera. Kepala dianggukan lalu melabuhkannya di bahu sang anak. Eldera pula sekadar membiarkan. Pinggang si ibu di peluk kemas. Sekali lagi, satu ciuman dihadiahkan pada dahi wanita itu.

 Sekali lagi, satu ciuman dihadiahkan pada dahi wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mari pergi."

***

"Hey, Eryl. Kau ada nampak Eldera?" Soal gadis berambut ungu dengan wajah risau. Eryl yang elok mengunyah ayam panggangnya menoleh ke sisi. Pipinya kembung sebelah sebelum kembali seperti sedia kala apabila ayam tersebut ditelan.

"Entah. Katanya nak lawat someone. Tapi tak tahu lah pulak siapa."

"Mungkin master guild aku.." Bisik Adrea pada diri sendiri. Dia sudah sedia maklum akan kematian ketua guildnya. Tapi malangnya dia tak dapat hadir ke hari pengebumianya atas dasar dia masih lagi dirawat. Jadi, dia hanya mengetahui situasi ketika pengebumian Masternya melalui Nico..

Cakap fasal Nicolas..

"Adrea!"

"Nico!"

Adrea tersenyum gembira apabila melihat rakan baiknya. Sejak kejadian lepas, Nicolas dan Koharu banyak membantu penduduk di kerajaan Asoka. Ini kali kedua Adrea bertemu Nicolas selepas dia melawat di wad beberapa hari yang lalu.

"Kau betul ke dah okey nak buat request ni?" Soal remaja lelaki berambut hitam.Adrea tersengih lalu menumbuk pelahan bahunya.

"Relax lah brader. Bukan selalu buat request time baru nak recover. Hehe."

ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C]Where stories live. Discover now