[ 1 ]

602 35 9
                                    

" Argh!! Sakit! Please please aku minta maaf sangat sangat! Tolonglah lepaskan aku..! " rintih seorang gadis yang terpekik terlolong di dalam sebuah bilik.

Senyuman sinis terukir pada wajah gadis berbaju hitam itu. Langkah diatur perlahan masuk ke dalam bilik yang menempatkan gadis yang meminta pertolongan sebentar tadi.

" Jennie! Please, aku janji aku takkan kacau kau dah please! Lepaskanlah aku tolonglah! " rayu gadis itu tatkala Jennie mula bercangkung di hadapannya.

" Heh. Pikir senang macam tu je aku nak lepaskan kau? Kau jangan ingat sebab kau tu anak pengetua, kau boleh ejek aku sesuka hati kau. Kau faham?! " tengking Jennie sambil menampar pipi kanan gadis itu.

" Ya Jennie aku faham. Aku minta maaf. Aku janji takkan buat dah. Tolonglah lepaskan aku. " rintih gadis yang bernama Jia itu.

Jia kini diikat di atas besi yang telah dipanaskan dengan api. Kepanasannya tak ubah bagaikan duduk dalam neraka tetapi tidak setimpal.

" Aku takkan lepaskan kau. Pandai-pandai la kau survive sendiri. Heh. " balas Jennie lalu melangkah keluar dari bilik itu.

" No! Jennie!! "

~♡~♡~~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

Kring!

Pelajar-pelajar mula berpusu-pusu berlari untuk masuk ke kelas masing-masing kerana loceng persekolahan sudah mula berdering. Tinggallah Jennie sendirian yang masih sedang menggumam lollipop berperisa oren itu.

" Psst. "

Jennie menoleh ke kanannya tatkala terdengar bunyi bisikan dari seseorang. Keningnya dikerutkan.

" Kau siapa? " soal Jennie dingin.

Gadis itu tersenyum manis memandang Jennie. " Saya Lisa. Pelajar pertukaran sekolah dari Thailand. " balas gadis yang bernama Lisa itu.

Jennie mengangguk perlahan kemudian dia kembali memandang skrin telefon pintarnya.

" Erm.. "

Jennie mula berdecit. Sekali lagi pandangannya dialih memandang Lisa yang masih tercongok di sebelahnya.

" Kau nak apa? Blah la. " ujar Jennie dingin seraya menolak perlahan bahu Lisa.

" Erm.. Boleh kau tolong tunjukkan mana bilik guru? " soal Lisa perlahan.

" Tak boleh. " balas Jennie dingin. Beg sandangnya diambil lalu langkahnya diatur menuju ke kelasnya di tingkat dua bangunan itu.

Tinggallah Lisa sendirian yang masih buntu. Keluhan dilepaskan.

" Takpe. Kau jalan-jalan je sekitar sini dan kau mesti jumpa mana bilik guru tu. " ujar Lisa sendirian. Cuba menenangkan hatinya.

4Kaa1

" Kim Jennie! "

Jennie melemparkan pandangan kosong pada Puan Song yang sedang bercekak pinggang di hadapan kelas mereka.

Dada Puan Song naik turun bagaikan sedang menahan amarahnya dari meletus.
Para pelajar sudah mula berbisik antara satu sama lain. Habislah. Runtuh juga bangunan ni nanti.

" Ke sini kamu! " arah Puan Song.

Jennie menjulingkan matanya ke atas lalu melangkah perlahan menghampiri Puan Song.

" Apa cikgu nak? " soal Jennie sambil bercekak pinggang.

" Apa saya nak? Eh, apa yang awak dah buat dekat anak saya ha?! " soal Puan Song dengan nada yang tinggi.

Jennie tersenyum sinis. Sudah semestinya Puan Song akan bertanya tentang anak manjanya, Song Jia.

" Hidup lagi ke dia? Macam mana dia berjaya lepaskan diri? " soal Jennie dengan senyuman sinis.

Puan Song menjegilkan matanya pada Jennie. Nafasnya mula tidak menentu. Geram dengan perangai Jennie yang tidak semengah itu.

" Kenapa awak buat Jia macam tu, Jennie?! " soal Puan Song sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia akui bahawa Jennie seorang yang sangat lasak dan liar tetapi dia tidak sangka sampai begini tahap psiko Jennie. Sampai anaknya sendiri disakiti.

" Heh. Kenapa saya buat Jia macam tu? Kenapa cikgu tak tanya betina tu sendiri? " soal Jennie dengan penumbuk yang dikepal. Geram.

" Kim Jennie! Jaga sikit bahasa awak tu! " marah Puan Song membuatkan para pelajar yang lain mula berasa takut. Tidak pernah mereka nampak Puan Song sebegini marah.

" Song Jia tu dah ejek saya semalam. Dia kata saya kurang kasih sayang sebab ayah saya tu penagih dadah dan ayah saya bunuh mak saya. Dia buat poster kata saya ni anak haram. Bila betina tu dah buat saya macam tu, cikgu harapkan saya nak happy happy ajak dia pergi clubbing ke? Cikgu, sebelum cikgu tegur saya suruh jaga bahasa saya, baik cikgu ajar betina tu supaya jaga diri sendiri. Duit 50sen yang dah berusia 20 tahun pun masih boleh dipakai guna, dia yang baru 16 tahun pun dah rosak. Heh. " balas Jennie.

Puan Song terdiam mendengar kata-kata balasan dari Jennie. Sungguh dia tidak tahu bahawa anaknya sendiri bersikap sedemikian.

" Rasanya cikgu dah boleh blah sekarang. Pergi hospital jaga betina sundal tu sampai mampus. " ujar Jennie lagi.

Puan Song menundukkan kepalanya lalu melangkah keluar dari kelas 4Ka1.

Jennie mengalihkan pandangannya ke arah para pelajar yang asyik memandangnya sedari tadi.

" Siapa lagi yang berani kacau aku, aku balas lagi teruk dari tu. "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now