[ 15 ]

161 20 0
                                    

" A-aku terpak-terpaksa.. " balas Jungkook dengan gagap-gagap.

Jennie tahu Jungkook takkan berbuat sedemikian. Jungkook turut menerima nasib yang sama seperti Jennie.

Jungkook dijual pada Mafia Naga Merah oleh abangnya. Bukan Jungkook seorang, ibunya yang sakit turut dijual sama. Oleh itu, CL mengambil Jungkook dan dilatih dengan Jennie manakala ibunya di dalam tawanan bersama dengan ayah dan kakak Jennie.

Jennie menggeleng perlahan. " Makcik, pakcik, baliklah. Jangan risau. Diorang takkan apa-apakan makcik dan pakcik dah. " ujar Jennie dengan senyuman sebaris.

Bobby memandang Jennie dengan dahi yang berkerut. " Woi! Kau siapa nak lepaskan diorang macam tu je ha?! " marah Bobby lalu kepala Jennie di sekehnya.

" Kau pula siapa nak pukul dorang sesuka hati?! Kau tak layak untuk judge sesiapa! Kau tu setan! " marah Jennie lalu bahu Bobby ditolaknya kasar.

Makcik dan pakcik itu pantas bangun lalu beredar dari bangunan itu. Jennie dan Bobby saling berpandangan antara satu sama lain dengan pandangan yang tajam. Geram.

Jungkook pula sudah lama beredar ke biliknya. Keluhan kecil dilepaskan. Jennie kemudiannya mengatur langkahnya mendekati Jungkook.

Ppuk!

Bahu Jungkook ditepuknya membuatkan lelaki itu menoleh memandang Jennie. " Apa? Kau nak marah aku? " soal Jungkook seraya dia mengelap air matanya yang menitis.

Jennie menggeleng perlahan. Wajah innocent Jungkook dipandangnya. Jungkook baru sahaja berumur 14 tahun dan sudah kena hadap semua ini. Kasihan.
" Aku tau kau buat semua tu sebab CL ugut kau kan? Aku pun pernah alami. " kata Jennie. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup sayu rambit Jennie. Kini, mereka berada di balkoni bilik Jungkook.

" Kalau aku diberi peluang untuk putar balik masa, aku akan lari dari mafia ni masa nak kena jual dulu. " ujar Jungkook tiba-tiba. Menimbulkan idea buat Jennie.

" Kau nak tak khianat mafia ni? " soal Jennie perlahan kerana takut didengari oleh orang lain yang berada di dalam rumah itu.

" Maksud kau? " soal Jungkook dengan pandangan bingungnya.

Jennie memandang sekelilingnya. Memastikan betul-betul tiada orang di situ.
" Aku ada komplot dengan seorang polis ni untuk tangkap semua geng mafia naga merah. Dan bila dah berjaya tangkap, dorang akan bersihkan nama dan rekod aku. So, aku cadangkan kau ikut sekali..? " ajak Jennie dengan wajah berharap.

Dia tahu Jungkook seorang yang boleh diharapkan.

" Kalau kita kena tipu macam mana? Aku lagi rela duduk macam sekarang ni dari kena duduk dalam penjara. " ujar Jungkooh seraya menjulingkan matanya ke atas.

" Tak punya! Aku jaminlah. Lagipun sampai bila kau nak jadi hamba abdi si CL tu? Kau tak kesian ke dekat mak kau? " soal Jennie dengan nada yang agak sayu. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan mak dan ayahnya yang sudah meninggal.

" Risiko dia tinggilah, Jennie. " balas Jungkook sambil meraup wajahnya.

Jennie mengeluh kecil. Dia faham apa yang Jungkook fikirkan sekarang. Dia turut merisaukan perkara yang sama ketika berjumpa dengan Yoongi dulu.

" Kau tak nak ke ubah jalan hidup kau? Jalan hidup kau sekarang tak semestinya akan kekal macam ni sampai kau mati. Kalau kau ubah jalan hidup kau, maybe kau boleh bahagia dengan mak kau lepas ni. Kau tak nak ke mende tu? " soal Jennie. Sedaya upaya dia cuba memujuk Jungkook untuk menyertainya.

" Kau khianat mafia ni sebab apa? " soal Jungkook sebaik sahaja Jennie selesai berkata-kata.

Jennie mengukir sebaris senyuman pada Jungkook. " Sebab aku kesian dekat kakak aku. Aku tak nak kakak aku terimaa nasib yang sama dengan ayah aku nanti. Mati sia-sia. Dan aku harap mak kau pun tak terima nasib tu. " balas Jennie tenang.

Cukup membuatkan Jungkook terpujuk. Keluhan kecil dilepaskan. Bibir diketap.

" Kau yakin aku boleh bahagia kalau aku komplot dengan polis tu? " soal Jungkook sekali lagi bagi meminta kepastian.

Jennie mengangguk laju. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. " Aku yakin. "

" Okay kalau macam tu, aku join kau. " ujar Jungkook yang sudah memutuskan keputusannya.

" Good. Sekarang aku nak minta tolong something dekat kau, boleh? " soal Jennie. Sebuah walkie talkie dikeluarkan dari beg galasnya.

" Apa? " soal Jungkook kebingungan. Jennie tersenyum sinis memandang Jungkook.

" Aku nak masuk ke bilik tawanan. So, aku perlukan kau untuk jadi mata aku dekat luar ni. Bagitau aku kalau-kalau CL atau Bobby datang. Faham? " terang Jennie panjang lebar.

Jungkook memandang kosong walkie talkie pada tangannya. Dia mulai tertanya apakah perbuatannya betul? Adakah nyawa maknya akan selamat? Keluhan berat dilepaskan menandakan betapa stress nya dia.

" Okay. Aku faham. " balas Jungkook.

Jennie tersenyum bangga memandang Jungkook. Bahu Jungkook ditepuknya beberapa kali.

" Jom mulakan. "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now