[ 21 ]

176 17 0
                                    

" Aku dah agak kau yang belot. " bisik satu suara garau dari belakang.

Tiba-tiba sahaja kedua-dua tangan Jennie digari. " Woi! Bobby, lepaslah! " jerit Jennie seraya cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Bobby memandang Jennie dengan senyuman sinis. Rambut Jennie dibelainya lembut.

" Kau cari pasal dengan orang yang salah, Kim Jennie. " bisik Bobby lalu dia mendukung Jennie ke suatu tempat. Jennie diletakkan di dalam sebuah peti sejuk beku yang terletak di dalam kedai menjual ayam.

" Bobby! Bobby keluarkan aku! Bobby! " jerit Jennie seraya menyepak-nyepak pintu peti sejuk tersebut tetapi sia-sia.

Dengan pakaian yang Jennie pakai sekarang, memang dia kesejukkan. Gari pada tangannya dipandang seketika sebelum dia teringat bahawa di dalam poketnya terdapat kunci serbaguna yang digunakan semasa dia membantu melepaskan Bobby hari itu.

Sedaya upaya Jennie cuba mencapai kunci tersebut di dalam poket seluarnya tetapi tidak berjaya. Keluhan dilepaskan.

" Damn! "

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

Yoongi dan Chanwoo perlahan-lahan menbuntuti CL dan Mingyu dari belakang.

" Chan, kau cover aku. " kata Yoongi perlahan. Chanwoo hanya membalas dengan anggukkan.

Ppom!

Yoongi terus menembak mengena kaki Mingyu. CL menoleh memandang Yoongi dengan senyuman sinis. Kemudian wajah Mingyu yang menahan sakit itu dipandangnya.

" Awhh baby... Sakit ke? " soal CL lalu dia mengeluarkan pistol di dalam poketnya.

Pom! Pom!

CL menembak tepat mengena dada Mingyu. CL mengangkat wajahnya memandang Yoongi dan Chanwoo bersilih ganti.

" Angkat tangan kau dan menyerah kalah jelah! " jerit Yoongi mengundang gelak tawa dari CL.

" Seriously? Kau pikir aku akan menyerah macam tu je? Hahahahaha! " gelak CL lagi.

Pom!

" Argh! "

" Chan! " Yoongi pantas menghampiri Chanwoo yang sudah ditembak oleh seseorang di bahagian kepala.

" Chan!! Bangun Chan!! " rintih Yoongi. Pertama kalinya dia mengeluarkan air matanya pada seseorang.

Bobby tersenyum sinis ke arah Yoongi. " Bodoh. " kata Bobby. Dia lah yang telah menembak Chanwoo sebentar tadi. Bobby lantas mengeluarkan gari lalu memggari tangan Yoongi.

" Lepaslah! " teriak Yoongi dengan pipinya yang mulai basah dek air mata.

CL lantas menghampiri Yoongi lalu bercangkung di hadapannya. Pipi Yoongi terus ditumbuknya kuat. Tiba-tiba sahaja anak matanya berubah warna merah. begitu juga dengan tatu yang terdapat pada lengannya.

" Kau jangan buat aku naik angin boleh?! Jennie tu elok-elok ikut telunjuk aku, sejak kenal dengan kau, terus dia berubah! Jantan tak guna! " marah CL lalu sekali lagi pipi Yoongi ditumbuknya.

Naik turun nafas CL akibat dari marah yang terlampau.

" Bobby, letak dia dalam van. Bila semua ni dah settle, kita seksa dia sampai mampus! " arah CL lalu dia terus berlalu meninggalkan Yoongi dan Bobby sendirian.

" Bangunlah anjing! " teriak Bobby pada Yoongi. Yoongi tidak menghiraukan teriakkan itu. Dia terus-terusan menangis meratapi kematian Chanwoo.

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Tolong! Tolong! Ada orang dalam ni! Tolong bukak! " jerit Jennie yang sudah kesejukkan itu.

Bila-bila masa sahaja dia boleh mati beku di dalam itu.

" Tolong!! " teriak Jennie buat kali terakhir kerana dia sudah tidak lagi larat untuk menjerit.

Ppam!

Tiba-tiba sahaja pintu itu disepak oleh seseorang.

" Jennie! " jerit Jungkook tatkala kelihatan Jennie terbaring lemah di dalam itu.

Pantas sahaja dia mendukung Jennie keluar dari peti sejuk beku itu. Jungkook terus menyembunyikan dirinya dan Jennie di belakang sebuah kedai butik pakaian.

" Jungkook, dalam poket seluar aku ada kunci. Bukakkan gari aku. " pinta Jennie. Jungkook mengangguk lalu lantas mencari kunci di dalam poket Jennie seperti yang di katakan.

Jennie memegang dadanya sebaik sahaja gari tersebut terbuka. Wajah Jungkook dipandang dengan senyuman.

" Kau dah selamatkan aku. Good job, kook. Now, mana Chan dan Yoongi? " soal Jennie. Anak matanya melilau melihat sekelilingnya.

Jungkook menundukkan kepalanya. Hujung bajunya digentel-gentel. " Tadi Chanwoo kena tembak. Dia dah takde. Yoongi pula kena tahan dalam kereta tadi. Muka dia lebam teruk sebab CL pukul. " balas Jungkook.

Jennie mengeluh kecil lalu dia menyandarkan kepalanya pada dinding. " Apa aku dah buat ni. Oh My God. " kata Jennie sambil meraup wajahnya.

" Jungkook, kita kena selamatkan Yoongi dan teruskan rancangan kita. Sampai bila kita nak terperangkap macam ni? Jom! " ajak Jennie lalu kedua-dua mereka mula bergerak menghampiri kereta yang menempatkan Yoongi.

Ppuk!

Jungkook terus sahaja memecahkan pintu kereta tersebut. Kelihatan Yoongi sedang menangis dengan kepalanya yang tertunduk.

" Yoongi. Yoongi, please jangan macam ni. Bangun Yoongi, sedarkan diri. Kita kena tangkap diorang. " ujar Jennie sambil cuba membuka gari pada tangan Yoongi.

" Tepilah! " marah Yoongi lalu Jennie ditolaknya kasar sehingga gadis itu jatuh mencium tanah.

Jennie agak terkedu dengan tindakan Yoongi terhadap dirinya. Wajah Yoongi ditatapnya seketika.

" Chanwoo dah mati! "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now