[ 11 ]

181 18 0
                                    

" Kenapa kau nak minta maaf? Bukan kau yang bunuh daddy aku. " soal Jennie. Wajahnya diangkat memandang Yoongi dihadapannya.

Yoongi mengeluh kecil. " Aku rasa bersalah lepas dengar cerita kau. " balas Yoongi. Belakang tengkuknya diusap seketika.

Jennie tersenyum kecil. Kepalanya pula digeleng perlahan. " Kalaulah semua manusia dekat dunia ni ada perasaan bersalah macam kau. " gumam Jennie sendirian.

Yoongi menutup kamera yang sedari tadi merakam segala perbualannya dengan Jennie.

" Aku nak buat perjanjian dengan kau. " kata Yoongi seraya mengemas peralatan kameranya sebentar tadi.

Jennie melepaskan keluhan kecil. Perjanjian apa lagi dia ni?

" Kali ni aku lepaskan kau dan aku nak kau laporkan setiap apa yang berlaku dalam mafia kau dekat aku. Aku nak kau berkomplot dengan aku untuk tangkap kumpulan mafia kau. " ujar Yoongi dengan muka tidak berperasaannya.

Jennie tergelak kecil. Dia pikir mafia-mafia ni macam mainan lego ke? Boleh roger-roger macam tu je?

" Apa yang aku dapat kalau aku berkomplot dengan kau pun? " soal Jennie dalam nada menyinis.

" Aku akan bersihkan nama dengan rekod kau. Kau boleh mulakan hidup baru, jauh dari semua ni. Tapi, kalau kau tak setuju, bila aku dah lepaskan kau ni, aku akan hantar rakaman video tadi dekat jabatan polis dan dorang boleh gunakan kekerasan untuk tahan kau. "

Jennie terdiam seketika mendengar kata-kata dari Yoongi. Antara hidup dengan mati. Mana yang sanggup dia pilih? Kejujuran atau pengkhianatan?

" Aku nak pikir dulu. " balas Jennie dengam bibir yang diketap.

Yoongi mengangguk perlahan. Sehelai sticky note berwarna kuning diambil lslu dia menulis nombor telefonnya pada kertas tersebut. Sticky note itu kemudiannya diletakkan ke dalam beg galas Jennie.

" Aku bagi masa kau 24 jam untuk fikirkan tawaran aku. Kalau aku tak dapat panggilan dari kau dalam masa 24 jam, aku akan terus hantar rakaman ni. Faham? " soal Yoongi dengam senyuman sebaris.

Jennie tidak membalas dengan kata-kata sebaliknya dia hanya menganggukkan kepalanya.

Yoongi kemudiannya mengambil kunci untuk membuka gari di kedua-dua tangan dan kaki milik Jennie.

Sebaik sahaja gari terurai, Jennie terus mengambil beg galasnya lalu beredar keluar dari perkarangan rumah Yoongi.

Hoseok yang tadi hanya menjadi pemerhati di dapur, pantas sahaja menghampiri Yoongi yang sedang membelek laptop itu.

" Hui! " ujar Hoseok seraya menepuk bahu Yoongi.

Yoongi berdecit. Jelingan tajam dihadiahkan pada Hoseok. " Apa kau nak? " soal Yoongi perlahan.

" Kau agak-agak, perempuan tu akan terima ke tawaran kau? " soal Hoseok lalu secawan teh suam dihirupnya.

Yoongi mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.

" Tengok jelah macam mana nanti. " balas Yoongi lalu dia bergerak menuju ke biliknya.

" Aku nak tidur! "

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Kau pergi mana? Baru ingat jalan balik? " soal CL menyinis sebaik sahaja kelibat Jennie kelihatan di kawasan bangunan.

Jennie melepaskan keluhan kecil. " Perlu ke aku duduk sini 24 jam? " soal Jennie semula lalu dia bergerak ke arah tangga.

Pantas sahaja CL menggapai tangan Jennie membuatkan gadis itu agak terkejut.

" Jom. Ikut aku. " ajak CL dengan senyuman sinisnya. Jennie mendengus kecil. Langkahnya diatur membuntuti CL dari belakang.

Jennie terkedu tatkala mereka sekarang berada di bilik tawanan bawah tanah milik Geng Mafia Naga Merah. Ini merupakan kali pertama Jennie sampai ke sini. Tidak kiralah bagaimana pun dia cuba  menyelinap masuk, semuanya tidak berjaya. Ini kerana bilik tawanan ini dilengkapi dengan sekuriti yang kuat.

" Buka gate nombor 4. " arah CL pada salah seorang konconya, Kim Hanbin.

Hanbin mengangguk tanda faham lalu dia pun membuka sekuriti gate atau penjara bernombor empat itu.

" Kakak! " jerit Jennie sebaik sahaja ternampak tubuh lemah Jisoo yang diikat di atas sebuah kerusi. Ingin sahaja Jennie pergi memeluk Jisoo tetapi terlebih dahulu dihalang oleh Mingyu, bodyguard CL.

" Hold on there, Jennie. Kau nak jumpa kakak kau? " soal CL sambil perlahan-lahan dia mendekati Jisoo yang lemah itu.

Jennie menelan liurnya. Kepalanya laju sahaja mengangguk.

" Okay. Aku bagi kau masa 10 minit untuk berborak dengan dia. " ujar CL dengan senyuman sinis.

CL dan Mingyu mula melangkah keluar dari bilik tawanan, meninggalkan Jennie dan Jisoo sendirian.

Perlahan-lahan Jennie melangkah mendekati Jisoo. Air matanya yang kian lama ditakung itu akhirnya jatuh jua.

" Kakak.. " panggil Jennie perlahan dengan suara yang serak.

Jisoo perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang empunya suara yang memanggilnya sebentar tadi. Sebaris senyuman cuba dihadiahkan walaupun agak sukar baginya untuk tersenyum.

" Kakak, Jennie minta maaf. Sebabkan Jennie, kakak jadi macam ni. " pinta Jennie. Dia kini sudah melutut dihadapan Jisoo.

Jisoo menggeleng kecil. " Ni bukan salah Jennie. Bukan salah siapa-siapa. Jennie kena kuat. Okay? Beranikan diri Jennie untuk menegakkan perkara yang betul. " ujar Jisoo. Ingin sahaja dia membelai rambut Jennie tetapi apakan daya. Kedua-dua belah tangannya sudah diikat kuat.

" Kakak rasa Jennie patut tegakkan apa yang betul? " soal Jennie meminta kepastian.

Jisoo menganggukkan kepalanya laju.

" Jennie berani, kuat, bijak. Jennie kena tegakkan kebenaran. Buat apa yang betul dan apa yang Jennie rasa Jennie patut buat. "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now