[ 23 ]

310 25 1
                                    

" Jennie, saya nak ucapkan terima kasih sebab membantu kami menumpaskan mafia terbesar di sini. " ucap Seungri. Dia menghulurkan tangannya pada Jennie untuk berjabat tangan dengannya.

Jennie tersenyum lalu menyambut baik jabat tangan Seungri itu. " Sama-sama. " balas Jennie.

" Jennie! " panggil seseorang dari belakang. Jennie lantas menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu.

" Kakak! " Itu Jisoo. Jennie terus berlari sambil mendepakan tangannya pada Jisoo.
" Jennie, kakak bangga dengan Jennie.. " kata Jisoo dengan senyuman bangga tetapi air matanya turut mengalir.

" Kita dah boleh mulakan hidup baru, kakak.. Kita dah bebas dari CL.. " balas Jennie.

Sedang kedua-dua mereka melayan perasaan masing-masing, Yoongi dan Hoseok hanya memerhati.

" Hui. " panggil Hoseok sambil menyiku lengan Yoongi.

" Apa? " soal Yoongi lalu air mineral sejuk itu diteguknya.

" Bila kau nak bagitau Jennie perasaan kau dekat dia? " soal Hoseok dengan kening yang dinaikkan. Hampir terhambur keluar air dari mulut Yoongi itu.

" Apa kau ni?! " soal Yoongi lalu bahu Hoseok ditolaknya kasar.

" Hahahahaha! Ingat aku tak tau ke yang kau suka dia? Mengaku sajalah weh. Karang melepas. " sakat Hoseok membuatkan Yoongi terasa rimas.

" Diamlah. Tu awek kau tu. Pergilah peluk dia. " ujar Yoongi tatkala dia ternampak Chaeyoung baru sahaja keluar dari bilik siasatan.

" Chaeyoung! " Hoseok terus sahaja berlari menghampiri Chaeyoung lalu dipeluknya gadis itu.

" Saya rindu awak. " kata Chaeyoung dengan senyuman lebar. Hoseok turut mengangguk bagi mengiyakan apa yang dikatakan oleh Chaeyoung.

Yoongi hanya memerhati dari jauh. Pandangannya dialihkan semula pada Jisoo dan Jennie. Keningnya dikerutkan tatkala hanya Jisoo sahaja yang masih berada di situ.

" Eh, polis. " panggil satu suara dari belakang. Yoongi menoleh ke belakang dan senyuman terus terukir buat Jennie.

" Aku nak cakap something ni. " kata Jennie dengam gummy smile nya.

" Cakap jelah. " balas Yoongi acuh tak acuh.
" Akuu... akuu.. akuuu.. " kata Jennie sepatah sepatah, sengaja mahu menbuatkan Yoongi bengang.

" Kau kau kau. Kau apa? " soal Yoongi dengan pinggang yang dicekak.

" Aku sayang kau! " ucap Jennie lalu pipi Yoongi yang lebam akibat ditumbuk itu terus diciumnya.

Yoongi yang terkedu dengan perbuatan Jennie itu hanya mendiamkan diri. " Semoga pipi kau tu cepat elok. Dah bye! " ujar Jennie lalu dia terus beredar meninggalkan Yoongi di situ.

Sebaik sahaja kelibat Jisoo dan Jennie sudah tidak kelihatan, Yoongi terus bersorak kegirangan.

" Yeas yeas yeas!! " sorak Yoongi sambil terlompat-lompat.

" Congrats la bro! " ujar Hoseok sambil menunjukkan thumbs up pada Yoongi.

" Hey. " panggil Jungkook.

" Eh. Hai. Saya Lisa. " ujar Lisa sambil menghulurkan tangannya pada Jungkook.

" Hai. Saya Jungkook. Erm, boleh tak kita jadi kawan? " soal Jungkook dengan senyuman yang menampakkan gigi arnabnya.

" Boleh je..! " balas Lisa dengan senyuman yang tersangat lebar menampakkan wajahnya lagi comel.

Jennie hanya memerhati dari luar tingkap. Senyuman terukir pada bibirnya.

" Akhirnya , semuanya dah berakhir. Semua dah bahagia. Thank God. "

The End❤

Haha! Akhirnya cerita merapu ni dah habis yuho!

So nel nak tag beberapa oranglah untuk baca cerita ni. Up to u guys nak baca od not hehe >~<

kimiehazraisyah_shahiraSweggirl15tommorowXtogetherSwaggirl042lucas_hellalalaxisya-valertae-barbiegurlBookH2hunacetyhaziqaaaaaaddaengjjk-jellobears

Borahae💜

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now