[ 18 ]

160 15 0
                                    

" Tapi kalau kita buat dekat Korea, tak bahaya ke? Senang kena tangkap. Kalau buat dekat Thailand, polis Korea hilang kuasa dekat negara Thailand tu. " kata Bobby pula.

Jennie mula berdicit. Wajah Bobby ditenungnya tajam. Bobby yang perasan akan tenungan Jennie itu membalas dengan senyuman sinis.

" Kita buat jelah polis Korea ni jadi tahanan kita. " sampuk Jennie pula.

CL dan Bobby serentak menoleh ke arah Jennie. Apa maksud Jennie?

" What do you mean, Jen? " soal CL dengan kening yang dikerutkan.

Jennie tersenyum sinis memandang CL dan Bobby. Dapat dia rasakan yang plan nya akan menjadi.

" Kita tangkap seorang polis Korea yang berpangkat tinggi, jadikan dia tahanan kita. Kalau polis yang lain nak member dia tu, dorang tak boleh tangkap kita dan kena benarkan kita jalankan operasi kita. " terang Jennie dengan senyuman bangganya.

" Eh, setakat tangkap seorang polis, dorang takkan rasa tercabar langsung lah. " sampuk Bobby seraya menjulingkan anak matanya ke atas.

Jennie yang naik geram itu pantas sahaja menghentak meja bulat itu. Kuat.

" Siapa cakap tangkap polis seorang? Memang kita tangkap polis tapi tangkap dua orang yang berpangkat tinggi dan tangkap lagi sekumpulan rakyat biasa untuk dijadikan tahanan. Polis yang lain takkan berani punya nak bertindak. " balas Jennie. Cuba menegakkan cadangannya.

Walau apa pun yang terjadi, plan untuk menangkap Mafia Naga Merah perlu berhasil. By hook or by crook.

Bobby mendengus geram. Wajah Jennie dijeling. Geram! Geram! Geram!

" Okay. Aku setuju dengan cadangan Jennie. So, aku tugaskan Naeun dan Jimin untuk tangkap dua orang polis. Pastikan yang berpangkat tinggi. Bomi dan Seokjin pula tangkap 20 orang awam. Dari baby sampai warga emas, faham? " arah CL.

" Faham. " jawab Naeun, Jimin, Bomi dan Seokjin serentak.

" Saya buat apa? " soal Junhoe dengan wajah bingungnya.

CL memandang Junhoe dan Jennie bersilih ganti. " Junhoe ikut Jennie. Persiapkan senjata. Lusa dah kena hantar. " arah CL.

Jennie dan Junhoe mengangguk serentak. Bobby dipandang Jennie sekilas.

" Habis Bobby buat apa? Duduk lenggang kaki main ps4? Heh. " soal Jennie berbaur sindiran.

Bobby yang mulai bengang itu menyepak kaki meja. " Apa kau tak puas hati dengan aku ha, perempuan?! " soal Bobby dengan nada tinggi.

Jennie laju sahaja melangkah mendekati Bobby. " Apa? Nak gaduh?! " soal Jennie pula. Kini wajah mereka hanya beberapa inci sahaja jaraknya.

CL yang mulai bengang dengan tingkah laku kedua-dua mereka itu pantas berdiri di tengah-tengah antara mereka berdua.

" Eh, anjing-anjing sekalian! Boleh berhenti menyalak tak ha?! Jennie, kerja kau dengan Junhoe tu bukannya susah mana pun kan? Yang kau tak puas hati sangat dah kenapa? " marah CL. Matanya dijegilkan pada Jennie.

Jennie mendengus geram. Kolar baju CL dicengkam kuat. " Satu hari nanti, kau yang jadi anjing kau sekali dengan balak tepi kau ni. " bisik Jennie lalu dia beransur beredar dari situ meninggalkan ketujuh-tujuh mereka sendirian.

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Jennie. " panggil satu suara dari belakang. Jennie yang sedang menunggu pakcik aiskrim tiba di perkarangan sekolah itu terhinjut sedikit.

Perlahan-lahan kepalanya ditolehkan ke belakang. Sebaris senyuman terukir di bibirnya.

" Ha, apa berita? " soal Yoongi dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket. Dia turut memakai topi baseball berwarna hitam serta mask muka berwarna putih.

" Aku nak kau dan seorang kawan polis kau jadi umpan CL. " kata Jennie. Yoongi memandang Jennie dengan pandangan pelik.

" Maksud kau? " soal Yoongi. Jennie mengeluh kecil. Haih.. Panjangnya cerita!

" Haih.. Macam ni.. "

10 minit kemudian..

" Oh! Okay, faham-faham. Biar aku dan rakan sekerja aku yang kena tangkap. " kata Yoongi dengan riangnya. Lusa dia akan mula bekerja semula sebagai polis dan jika dia berjaya tangkap mafia itu esok, sudah semestinya Seungri akan bangga dengan dirinya.

" Nanti kau bincang strategi dengan partner kau pastu roger-roger dekat aku. " ujar Jennie sambil menjilat aiskrim Unicornetto yang baru dibelinya sebentar tadi.

" Okay. Erm.. By the way, sekolah kau macam mana? Pelajar-pelajar lain still kacau kau ke? " soal Yoongi prihatin.

Sebenarnya dia kasihan melihat Jennie dibuli oleh pelajar-pelajar lain akibat kesalahan besarnya dahulu. Jennie buat kerana dia tidak dapat mengawal sifat panas barannya itu.

Jennie melepaskan keluhan kecil. Wajah Yoongi dipandangnya.

" Biarlah dorang nak buat pape pun dekat aku. Takde kena mengena dengan kau pun, kan? " balas Jennie berbalik soalan.

Yoongi menundukkan kepalanya dengan sebaris senyuman pada wajahnya.

" Memanglah ada kena mengena dengan aku. Kita kan kawan. " kata Yoongi dengan senyuman.

Jennie terdiam sejenak. Sekali lagi wajah Yoongi dipandangnya. " Kau nak jadi kawan aku? " soal Jennie.

Yoongi membalas pandangan Jennie. Kini, kedua-dua mereka sudah bertatapan mata. Yoongi perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.

" Nak. Lebih dari kawan pun aku nak. " balas Yoongi mengundang gelak tawa kecil dari Jennie.

" Kan cantik kalau kau gelak. Ni tak, asyik muram je. " puji Yoongi sambil membelai rambut Jennie membuatkan Jennie terasa agak janggal.

" Okaylah. Aku nak balik ni. Malam karang aku nak tangkap kau pula en. Hahaha! Oh ya! Sebelum aku lupa, ambil earpod ni. Esok pakai supaya senang aku nak berkomunikasi dengan kau. " kata Jennie lalu dia menyerahkan alat kecil yang dipanggil earpod itu kepada Yoongi.

" Okay. Bye, Jennie! "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now