[ 6 ]

181 20 0
                                    

" Cik? Saya minta cik keluar sekarang. Ada kebakaran dalam ni cik. " ujar Yoongi dengan suara lembut tapi jelas kelihatan dia gelisah akibat kebakaran yang tiba-tiba itu.

Jennie menelan liurnya. " Saya tengah tunggu abang saya. " balas Jennie.

Yoongi mengerutkan keningnya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Jennie.

Jennie yang perasan akan kerutan di kening Yoongi itu pantas menyepak kaki Yoongi lalu perut Yoongi ditumbuknya kuat.

Sebotol penyuntik (?) lantas dibawa keluar dari bahagian poket beg sandangnya. Penyuntik tersebut berisi sedatif di dalamnya. Jennie pantas menyuntik ubat sedatif itu pada leher Yoongi membuatkan Yoongi pengsan di situ atau lebih tepat ialah tidur.

Jennie melepaskan keluhan lega melihat Yoongi sudah menutup rapat matanya. Sehelai kain berwarna hitam diambil keluar dari beg sandangnya lalu dia mengikat kain tersebut pada mata Yoongi.

Jennie kemudiannya mengambil pula sepucuk pistol lalu dia menyorok di belakang sebuah kedai.

Sebaik sahaja kelibat Bobby bersama empat orang polis kelihatan, Jennie pantas menembak polis pertama tepat mengena dadanya. Tatkala tiga polis yang lain panik, Jennie pantas mengambil kesempatan untuk menembak polis kedua dan ketiga tepat mengena kepala mereka.

" Raise up your hand! " ujar polis keempat yang sudah memegang sepucuk pistol pada tangannya dan menghala pada Jennie.

Bobby tersenyum sinis melihat Jennie. Pantas Bobby menggunakan kepalanya untuk dihantukkan pada polis keempat itu lalu Jennie pula menembak dada polis tersebut.

" Good job, lil sis. " ujar Bobby dengan senyuman pada Jennie. Jennie tersenyum senget dibalik topengnya. Pantas sahaja dia cuba membuka gari pada tangan Bobby menggunakan kunci serbaguna yang direka oleh konco CL iaitu Namjoon.

" Angkat tangan awak sekarang. "

Jennie menelan liurnya. Gari Bobby telah pun terbuka tapi dia dapat merasakan seseorang sedang mengacukan pistol pada kepalanya.

" Angkat tangan awak dan perlahan-lahan melutut. " ujar suara garau itu.

Jennie menghela nafas perlahan. Tangannya diangkat ke atas. Sedang dia perlahan-lahan hendak melutut, sempat dia menepis kaki lelaki tersebut. Pistol pada poketnya diambil lalu ditembaknya kedua-dua belah kaki lelaki itu.

" Arghh!! " jerit Chanwoo yang ditembak pada kaki itu.

Jennie tersenyum sinis ke arah Chanwoo. " Dah jom. " ujar Jennie seraya menepuk bahu Bobby yang menjadi pemerhati itu.

Jennie dan Bobby pantas berlari mengikut pintu belakang lalu kereta CL mula kelihatan.

" Wow! Good job, Jennie. " puji CL sebaik sahaja Jennie dan Bobby selamat masuk ke dalam kereta.

" Sekarang aku nak kau lepaskan ayah dan kakak aku. " ujar Jennie dengan nada geram.

CL tergelak kecil dengan kepala yang digeleng-gelengkan. " Kau lupa ke? Kan ini hanyalah ujian untuk kau. Aku hanya akan lepaskan kakak dan ayah kau kalau kau berjaya laksanakan kerja besar tu nanti. " balas CL mengundang amarah di hati Jennie.

" Bodoh! " jerit Jennie lalu seat CL disepaknya kuat tetapi CL langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

" Bobby akan tolong kau dalam kerja tu nanti. " ujar CL tatkala Jennie sudah mendiamkan diri.

Bobby menolehkan kepalanya ke belakang melihat Jennie yang duduk di seat belakang. Senyuman dihadiahkan pada Jennie.

" Hi partner. "

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Saya kecewa sangat dengan awak, Min Yoongi. " ujar Seungri.

Wajah Yoongi yang pucat itu dipandangnya sekilas. Chanwoo yang terbaring di atas katil pesakit untuk ditatap seketika.

" Awak tengok apa yang dah jadi pada Chanwoo? Saya percayakan awak sebab tu saya lantik awak untuk handle kerja ni. Tapi awak gagal dan dah membahayakan nyawa anggota yang lain. " ujar Seungri.

Yoongi mengeluh kecil. Wajah Chanwoo dipandangnya seketika. Kedua-dua belah kaki Chanwoo kini telah dibalut setelah peluru pistol dikeluarkan sebentar tadi. Chanwoo tidak boleh berjalan selama beberapa minggu sehingga kakinya betul-betul sembuh.

" Maafkan saya Tuan. Maafkan saya Chanwoo. " ujar Yoongi sambil menundukkan badannya 90 darjah.

" Sekarang macam mana kita nak tangkap Bobby semula? Macam mana?! " soal Seungri dengan nada yang agak tinggi.

" Tuan, janganlah tinggikan suara Tuan. Sinikan hospital. " ujar Chanwoo perlahan. Sebenarnya dia kasihan melihat Yoongi dimarah sebegitu oleh Seungri kerana Yoongi merupakan seorang anggota polis yang reliable.

Seungri memandang Chanwoo sekilas. Matanya dipejam lalu nafasnya ditarik sedalam mungkin kemudian dihembusnya.

" Apa dah jadi sebenarnya, Min Yoongi? Selama saya tugaskan awak handle kerja sebelum ni, awak tak pernah gagal! Sekarang gagal teruk. Apa dah jadi? " soal Seungri sambil bercekak pinggang.

Yoongi menundukkan kepalanya. Tiba-tiba sahaja ingatannya terlintas wajah gadis bertopeng yang telah memengsankannya awal pagi tadi.

" Saya tak tau, Tuan. " balas Yoongi perlahan.

Seungri mengeluh sambil kepalanya terangguk-angguk. Wajah Yoongi dan Chanwoo dipandangnya bersilih ganti.

" Yoongi, saya tak tau apa masalah awak sampai tak boleh jalankan tugas, tapi sekarang saya nak awak balik dan berehat. Saya akan rehat kan awak dari menjadi anggota selama dua minggu. Faham? "

Yoongi memandang wajah kosong Seungri dengan mulut ternganga. Serius lah kena rehat?

" Erm.. Baik. Saya faham, tuan. "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now